KUANTAN: Akibat tak tahan dihina masyarakat setempat kerana miskin, 11 beranak di Kampung Jaya Gading di sini, dikatakan nekad mahu keluar Islam sebagai jalan terakhir membebaskan diri daripada belenggu derita.
Menurut wanita yang mahu dikenali sebagai Azmah, dia dan suami, Rahim, 40, nekad mengambil keputusan menukar agama kerana tidak sanggup sering menjadi bahan cacian dan penghinaan masyarakat, malah sembilan anak mereka turut menjadi mangsa buli rakan sekampung.
“Saya kecewa dan tak tahu apa salah keluarga kami hingga ada kaki buli anak saya tergamak memotong saluran paip yang menyalurkan air dari surau berhampiran ke rumah kami selain melemparkan batu ke cermin,” kata ibu kepada sembilan anak berusia antara lima bulan hingga 14 tahun.
Asmah yang berasal dari Ajil, Terengganu, ditemui di sebuah premis menyediakan perkhidmatan menaip surat di Jalan Mahkota, di sini, memberitahu dia dan suami nekad menukar agama.
Menceritakan semula tindakan itu, Azmah berkata, pendapatan suami sebagai pencari besi buruk tidak seberapa.
Menurutnya, keperitan hidup mereka pernah mendapat perhatian kerajaan apabila memberikan sebuah rumah melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Jaya Gading.
Bagaimanapun, rumah PPRT yang didiami sejak dua tahun lalu itu tiada bekalan air menyebabkan mereka terpaksa menyambung saluran paip dari surau berhampiran.
“Namun, tindakan itu tidak disenangi penduduk setempat sebelum remaja nakal memotong paip dan membuang kepala paip ke dalam tangki najis surau.
“Bukan itu saja, saya sebelum ini sudah membuat tujuh laporan polis sejak 2007 kerana anak saya sering dibuli serta diugut penduduk yang mahu mengancam keselamatan mereka, “ katanya sambil menitiskan air mata ketika ditemui, semalam.
Difahamkan, keluarga berkenaan sudah pergi ke sebuah gereja, namun dihalang pengawal keselamatan yang meminta datang semalam.
Berikutan itu, keluarga berkenaan bimbang pulang ke rumah dan bermalam dalam kereta di tepi sebuah gereja di Jalan Gambut, di sini.
Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu diselamatkan seorang pemandu bas ekspres, Sheikh Anuar Sheikh Abdullah, 38, yang kemudian menghubungi Harian Metro.
Ketika ditemui, keluarga terbabit pada mulanya cuba mengelak ditemu bual dan mahu beredar dari sebuah restoran tetapi berjaya dipujuk beberapa wakil media sebelum menunggu ketibaan pegawai Majlis Agama Islam Pahang (Maip).
Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Islam Maip, Nik Ibrahim Nik Abdullah, berkata beliau akan memberi bimbingan dan kaunseling kepada keluarga terbabit dalam usaha memujuk mereka supaya membatalkan niat mahu menukar agama.
Menurutnya, pihaknya begitu terkejut apabila dimaklumkan kes berkenaan dan akan cuba membantu menghulurkan bantuan kepada keluarga terbabit.
......MASYAALLAH.....
ALLAH S.W.T TELAH BERFIRMAN DLM SURAH AL FUSHILAT : 30
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan TUHAN kami ialah ALLAH kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan.."janganlah kamu takut dan jangan lah kamu merasa sedih, dan bergembiralah dengan syurga yg telah dijanjikan ALLAH kepada kamu."
Tuesday, March 24, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)