Wednesday, November 7, 2007

Antara amal yang menimbulkan kecintaan Allah kepada seorang hamba1

Iman yang kuat.

Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya jika Allah mencintai seorang hamba, dia berseru kepada Jibril. Dia berkata,"sesungguhnya Allah telah mencintai si fulan, maka cintailah ia!" Lalu penghuni langit oun mencintainya dan ditetapkan bahawa penghuni bumi pun menerimanya." Beruntunglah kita sekiranya kitalah si "fulan" yang di maksudkan.Alangkah indahnya hidup ini sekiranya kita mendapat cinta daripada Allah telah yang menciptakan kiata.Kita gembira apabila dikasihi manusia namun sebagai muslim kebahagian sebenar hanyalah apabila Allah kasih dan redha pada kita.

Rasulullah lebihkan sifat dermawan

DIRIWAYATKAN dalam sahih Al-Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu Abbas, katanya: “Nabi Muhammad saw ialah orang yang paling dermawan dan Baginda lebih dermawan pada Ramadan ketika Rasulullah ditemui Jibril untuk membacakan kepadanya al-Quran.
“Jibril menemui Baginda setiap malam pada Ramadan, lalu membacakan kepadanya al-Quran.
“Rasulullah ketika ditemui Jibril lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus.”
Hadis ini diriwayatkan pula oleh Ahmad dengan tambahan: “Dan Baginda tidak pernah dimintai sesuatu kecuali memberikannya.”
Menurut riwayat Al-Baihaqi daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah jika masuk Ramadan membebaskan setiap tawanan dan memberi setiap orang yang meminta.”
Dermawan adalah sifat murah hati dan banyak memberi. Allah pun bersifat Maha Pemurah, Allah Maha Pemurah, kedermawanan-Nya berlipat ganda pada waktu tertentu seperti Ramadan.
Rasulullah ialah manusia yang paling dermawan, mulia, berani dan amat sempurna dalam segala sifat terpuji.
Kedermawanan Baginda pada Ramadan berlipat ganda berbanding bulan lain seperti kemurahan Tuhannya berlipat ganda pada bulan ini.
Ramadan adalah masa Allah menderma kepada hamba-Nya dengan rahmat, ampunan dan pembebasan daripada api neraka, terutama pada Lailatul Qadar.
Allah melimpahkan kasih-Nya kepada hamba-Nya yang bersifat kasih. Maka, barang siapa menderma kepada hamba Allah, nescaya Allah Maha Pemurah kepadanya dengan anugerah dan kebaikan. Balasan itu adalah sejenis dengan amal perbuatan.

Wednesday, July 25, 2007

Baca Yasin amalan jahiliah?

DI KEBANYAKAN rumah ibadat, sama ada masjid atau surau, Yasin dibacakan pada malam Jumaat diikuti istighfar, tahlil dan doa malah apabila menghadapi orang sakit tenat dan kematian, surah itu dibaca berulang kali.


Namun, ada sesetengah pihak mempertikaikan amalan itu, kononnya tiada dalam anjuran agama, malah mereka menganggap sebagai amalan jahiliyah yang sepatutnya ditolak.

Pendapat seumpama itu boleh menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat Islam. Jika dibuka sejarah Islam, memang amalan itu tidak dilakukan Rasulullah s.a.w.

Justeru, apakah perbuatan yang dilakukan umat Islam sejak sekian lama itu sia-sia atau perlukah amalan membaca Yasin pada malam Jumaat dan ketika seseorang sakit tenat serta meninggal dunia dihentikan?

Umum mengetahui Yasin adalah satu surah dalam al-Quran justeru, kita tidak terkecuali daripada membacanya.

Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin al-Ghari, berkata Yasin antara surah yang terpenting dalam al-Quran.

Beliau berkata, ini terbukti apabila Nabi Muhammad s.a.w menyifatkan surah itu jantung al-Quran.

“Pernyataan Rasulullah s.a.w itu menyebabkan naluri hati kita ghairah membacanya dengan sempurna, secara beramai-ramai di masjid atau di surau.

“Pembacaan ini lazimnya dipimpin seorang imam atau syeikh dan dilakukan pada malam Jumaat,” katanya.

Mengenai dakwaan amalan itu perbuatan zaman jahiliyyah dan tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w, beliau berkata ia dilakukan oleh mereka yang tidak faham dan sengaja mahu menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat Islam.

“Inilah sebahagian bentuk amalan yang sudah lama difahami, diamal dan dijadikan tradisi dalam masyarakat Melayu kita di Nusantara.

“Amalan ini banyak mendatangkan kebaikan dan mencegah seseorang itu daripada melakukan perkara yang sia-sia, maksiat dan dosa.

“Pendek kata, amalan membaca Yasin umpamanya mempunyai khasiat lapan dalam satu, manakala pihak yang mencela golongan mengamalkan bacaan Yasin secara hakikatnya berada jauh dari rahmat Allah.

“Mereka seakan buta hakikat dan buta makrifat. Hanya Allah jua yang merahmati hamba-Nya yang menyukai kebaikan dengan menyintai-Nya,” katanya.

Surah Yasin satu daripada surah yang dimulakan dengan huruf abjad dan dinamakan dengan demikian kerana ia dimulakan dengan lafaz Yasin, termasuk dalam surah Makkiyyah dan diturunkan sesudah surah al-Jin dengan 83 ayat. Ada pendapat mengatakan ia mengandungi 82 ayat.

Amalan membaca surah Yasin mempunyai banyak kelebihan, sebagaimana diterangkan melalui hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Imam al-A’jiri menyebut satu riwayat dari Ummul Darda, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Mana-mana mayat yang dibacakan padanya surah Yasin, nescaya Allah akan mempermudahkan kematiannya.”

Abu Hurairah meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Barangsiapa yang membacakan surah Yasin pada satu malam bertujuan mencari keredaan Allah nescaya Allah akan mengampunkannya pada malam berkenaan.”

Anas bin Malik meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Setiap sesuatu mempunyai hati, hati al-Quran adalah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah akan menulis pahala membaca al-Quran baginya sebanyak 10 kali.”

Imam al-Sya’labi menyebutkan satu riwayat dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa membaca surah Yasin pada malam Jumaat nescaya dia akan diampunkan Allah.”

“Terdapat beberapa hadis menunjukkan kelebihan membaca surah tertentu di dalam al-Quran sebagaimana diisyaratkan Imam al-Nawawi dalam kitabnya Riyadh al-Solihin,” kata Zamihan.

Dalil umum ini menggalakkan umat Islam membaca mana-mana surah di dalam al-Quran. Ia turut merangkumi surah Yasin memandangkan ia satu surah di dalam al-Quran.

“Perhatikanlah kepada sanad dan matannya secara terperinci. Sekiranya dalil terbabit muncul dengan sanad yang lemah, ia dapat dijadikan hujah kerana masih ada sanad sahih menjelaskan kelebihannya.

“Manakala sanad yang daif tadi jika dihimpun dan dihubungkan dengan kesaksian yang lain nescaya ia akan mencapai taraf hasan sebagaimana diperakui oleh ulama hadis seperti Imam al-Tirmidzi dan selainnya,” katanya.

Surah ini mempunyai banyak intipati yang sepatutnya direnung dan dihayati di samping membacanya, seperti kritikan dan penjelasan sikap kaum musyrikin (ayat 7 -12, 60-68), iaitu menggesa kita mengikis hati dari sifat keji.

Turut diceritakan bukti kewujudan hari berbangkit (ayat 31-54), perbincangan mengenai ilmu, rahmat dan kekuasaan Allah yang tidak terbatas (ayat 71-83) dan sifat syurga yang disediakan untuk orang beriman (ayat 55-59).

“Selepas kita memahami dan menyedari kedudukan al-Quran, kandungan surah Yasin, tuntutan, galakan dan kelebihannya, kita perlulah membina penghayatan yang mantap dalam diri kita.

“Ternyata kepada kita, amalan membaca surah Yasin bukan sesuatu yang diharamkan ataupun dihukum sesat dalam agama. Bahkan ia satu kelebihan dalam usaha mendekatkan diri kepada Tuhan,” katanya.

Tuesday, July 10, 2007

Doa orang yang teraniaya...

Zaman dahulu kala ada seorang nelayan yang mengail di lautan dan ketika itu mendapat ikan yang amat besar sekali.Tetapi ikan itu talah di ambil oleh seorang leleki yang gagah secara paksa. lalu nelayan itu berdoa "Ya Allah kau jadikan aku sebagai orang yang lemah dan dia orang yang gagah sehingga dia talah menganiayaiku. Maka ciptakanlah makhluk kau yang dapat mengalahkannya supaya menjadi contoh bagi orang-orang di kemudian hari."

Pemuda yang gagah tadi pulang lalu memanggang ikan tersebut. Setelah siap ia meletakkannya di atas meja. ketika ingin mengambil ikan tersebut, dia terkena tulang ikan dan luka.Dengan izin Allah luka itu membengkak. Akhirnya kerana tidak tahan sakit dia memotong tangannya tetapi bisa itu semakin menjalar ke bahagian lengannya dan terpaksa memotongnya.

Pemuda gagah itu kini kudung.Dia bermimpi bertemu dengan seseorang."Kembalikanlah ikan yang kau rampas kepada pemiliknya maka sembuhlah penyakit yg kau deritai.Pemuda itu tersedar dari mimpi itu lalu dengan serta merta berjumpa nelayan yang dianiyayainya.Dia memberikan nelayan tersebut dua puluh ribu dirham dan memohon agar di halalkan ikan yang di makannya serta memohon kemaafan.

Setelah nelayan itu memaafkannya, maka sembuhlah tangan pemuda tersebut seperti sedia kala.....

Jika kita fikirkan kembali cerita ini bagai mana seorang yang gagah boleh di kalahkan oleh tulang ikan. Bertapa tingginya kekuasaan Allah... Semoga Allah meletakkan kita di dalam kelompok hamba Allah yang benar-benar bersih dari sifat menganiyaya sesama makhluk dan pada akhirnya kita akan bebas dari azab ALLAH S.W.T....

Monday, April 9, 2007

Patuhnya Saidina Ali kepada HUKUM

Pada peristiwa perang Shiffin, Khalifah Ali bin Abu Talib telah kehilangan baju besi nya. Ternyata ia pada orang yahudi. Ali berkata :"Baju ini miliku dan aku tidak penar memberikan atau menjialnya" Kemudian orang yahudi itu menjawab: " Tidak, baju ini miliku sejak dulu lagi". Mereka berdua berdua berdebat yang akhirnya tidak mencapai penyelesaian. Maka mereka berdua bersetuju berjumpa hakim syuraih untuk menyelesaikannya secara adil. Terjadilah dialog antara mereka.

Ali : baju besi ini milikku sejak dulu lagi.
Hakim Syuraih : Bagaimana pendapat kamu bahawa Ali mengatakan bahawa baju besi kamu miliknya.
Yahudi : Tidak benar kerana ia milikku.
Hakim Syuraih : Manakah buktinya baju itu milikmu, Ali?
Ali : Buktinya pada putera ku Hasan dan husin kerana mereka mengetahui baju besi itu milikku.

Hakim Syuraih mengatakan bahawa saksi anaknya sendiri tidak dapat diterima menurut hukum yang berlaku.Sebagai Khalifah, Ali bin Abu Talib boleh menggunakan kuasanya tetapi dia tidak mahu. Sedangkan hakim menunjukkan contoh bagaimana seharusnya sikap seorang hakim yang harus mempertahankan keadilan. Yahudi itu juga berasa hairan melihat seorang pembesar tunduk kepada ketentuan hukum, tegasnya pendirian seorang hakim dalam menegakkan hukum bersumberkan keadilan Islam.

Yahudi itu akhirnya berkata di hadapan semua yang hadir :

" Aku bersaksi bahawa Islam agama yang benar dan adil."

Dia kemudiannya terus memeluk Islam.

Mudah-mudahan kisah ini dapat menjadi tauladan dalam kehidupan kita seharian. Berbuat adil merupakan perintah Allah S.W.T. Firman Allah dalam sura An- Nahl ayat-90 yang bermaksud

"Sesungguhnya Allah menyuruh( kamu ) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan Allah melarang dariperbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepada kamu agar kamu dapat mengambil pelajaran"

Sunday, April 8, 2007

Ulul Albab: Masjid al-Aqsa simbol persefahaman antara agama

SEJAK kelahiran Islam 1440 tahun yang lalu, Masjid al-Aqsa di bawah pemerintahan tiga kuasa agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Masjid al-Aqsa di bawah pemerintahan Islam selama 1200 tahun, Kristian (88 tahun) dan Yahudi (59 tahun).

Perlu dinyatakan di sini bahawa Masjid al-Aqsa pernah berada di bawah kuasa konspirasi antarabangsa moden (Inggeris dan sekutunya menerusi Perjanjian Balfour) dari 1917 hingga munculnya Israel pada 1948.

Kawasan Masjid al-Aqsa adalah satu-satunya negeri yang penyerahannya dilakukan oleh khalifah sendiri. Demi menghormati Masjid al-Aqsa dan permintaan penghuni Kristiannya, Khalifah Umar ibn al-Khattab meluangkan waktu dari Madinah pergi menuju Baitulmaqdis menerima kunci kota itu. Beliau turut membuat perjanjian bertulis disebut al-Ahdah al-Umariyah yang menyatakan bahawa orang Kristian mengamanahkan kepada Umar diri mereka, harta, gereja, keturunan, orang sakit, orang sihat dan semua kepercayaan mereka di sana, untuk dijaga dan dipelihara oleh pemerintahan Islam. Dari sinilah bermulanya pemerintahan Islam selama 1200 tahun hingga 1917.

Selepas 400 tahun pembukaan Masjid al-Aqsa oleh Umar, ia jatuh ke tangan pemerintahan Kristian. Ia ditakluki Raymond Tolouse, seorang keluarga diraja dari Toulouse, Perancis. Beliau memimpin tentera Salib menuju al-Quds. Jumlah mereka hanya sekitar 1,000 tentera berkuda dan 5,000 pasukan infantri. Pada 1099M, mereka berhasil memasuki Palestin dengan melalui Acre. Selepas itu mereka menduduki Ramleh, Lod dan Baitulaham. Pada 7 Jun 1099M, pengepungan wilayah al-Quds dimulakan. Iftikhar al-Dawlah adalah penguasa yang dilantik Kerajaan Fatimiyah di sana. Kota ini dikuasai pada 15 Julai 1099.

Tentera Salib terus menyerang umat Islam selama seminggu. Mereka berhasil membunuh lebih 70,000 muslim di dalam Masjid al-Aqsa, termasuk pemimpin, cendikiawan dan orang yang sedang beribadah. Malangnya, Kerajaan Fatimiyah dan Abbasiyyah tidak berbuat apa-apa untuk membantu, mereka hanya diam membisu melihat peristiwa ini. Al-Quds dikuasai oleh tentera Salib, Godfry Gouillon, yang dengan rendah hati menyebut dirinya dengan jolokan Pembela al-Quds.

Lapan puluh lapan tahun kemudian, iaitu pada 1187, Masjid al-Aqsa kembali ke tangan umat Islam di bawah pimpinan Salahuddin al-Ayyubi. Pada 20 September tahun itu, pengepungan ke atas kota al-Quds bermula. Di dalam kota ada seramai 60,000 pasukan Salib yang semuanya memutuskan untuk lebih baik mati daripada menyerahkan wilayah kota berkenaan. Pada masa pengepungan berlaku beberapa pertempuran. Pasukan Islam berusaha untuk merempuh masuk dan menyerang. Akhirnya, tentera Salib Eropah menuntut damai dengan meminta kota itu diserahkan kepada mereka dan apabila permintaan itu tidak dipenuhi mereka mengancam akan membunuh ribuan tawanan Muslim.

Mereka juga mengugut akan membunuh kaum wanita dan keturunan mereka yang Kristian, membakar dan menghancurkan seluruh harta benda, membunuh binatang ternak, merosak Masjid al-Aqsa dan Batu Shahrah, lalu mereka keluar untuk bertempur hingga ke titisan darah terakhir.

Salahuddin yang berbincang dengan sahabatnya kemudian bersetuju untuk berdamai. Lalu diberikan kepada mereka perdamaian. Akhirnya umat Islam mencapai kemenangan ke atas al-Quds pada 2 Oktober 1187M. Di sini nampak jiwa tolak ansur dan kasih sayang Salahuddin yang juga diakui oleh kebanyakan orang Kristian.

Begitulah akhirnya Baitulmaqdis kembali diperintah di bawah bendera Islam selepas 88 tahun dikuasai tentera Salib. Keagungan dan kemuliaan Masjid al-Aqsa dikembalikan, suara azan kembali berkumandang.

Pada 1948 pemerintahan baru menguasai Masjid al-Aqsa selepas tentera Yahudi menaklukinya. Ini diakui seorang wartawan Israel, Gad’on Levy, menerusi artikelnya di akhbar Israel Ha’aretz mendedahkan mengenai kejahatan dan penindasan terancang Israel terhadap tempat suci di Palestin. Dalam artikelnya itu, Levy menulis dengan berdirinya entiti Yahudi Israel di Palestin, mereka mula menodai nilai bangsa lain. Tidak kurang daripada 400 desa Palestin diporak-perandakan pada 1948. Padahal di desa berkenaan ada 400 masjid yang juga dihancurkan dan 400 gereja milik Kristian turut menjadi mangsa kekejaman Israel. Israel tidak meninggalkan jejak sejarah apapun di desa itu dan kubur yang ada didalamnya dibongkar manakala masjid, ada yang dihancurkan dan ada yang dikotori.

Hari ini selepas 59 tahun Masjid al-Aqsa dikuasai tentera Zionis Israel, rancangan tersembunyi dan jahat mereka ke atas Masjid al-Aqsa terdedah dan didedahkan lagi. Seperti dilaporkan awal minggu ini bahawa kegiatan menggali dekat Masjid al-Aqsa atas sebab mencari tinggalan sejarah Yahudi akan diteruskan oleh pihak berkuasa Israel, meskipun Israel menghentikan pembinaan satu laluan ke dalam Kota Lama yang menempatkan rumah ibadat berkenaan.

Walaupun pihak berkuasa Israel menolak kebimbangan al-Aqsa akan rosak termasuk Masjid Omar yang dikatakan dibina kononnya di atas bekas tapak kuil Yahudi purba, umat Islam masih meraguinya. Ketua Mahkamah Palestin, Syaikh Taisir Tamimi meminta kaum Muslimin tidak mudah terlena dengan janji Zionis yang akan menghentikan sementara penggalian di Maghariba, wilayah Masjid Al-Aqsa.

Katanya, apa yang dilakukan Zionis Israel yang menghentikan penggalian di sekitar Masjid al-Aqsa itu mempunyai tujuan lain iaitu menghentikan reaksi kemarahan masyarakat dan kaum Muslimin yang sudah meluas ke seluruh sudut kota Palestin bahkan ke beberapa negara Arab dan Islam, serta mengundang tekanan antarabangsa terhadap penjajah Zionis sendiri.

Syaikh Tamimi dalam keterangannya yang disampaikan kepada Palestine Information Center menegaskan bahawa sehingga saat ini beberapa pertubuhan Zionisme ekstrim sesungguhnya masih tetap melanjutkan penggalian dan menghancurkan kawasan sekitar Masjid al-Aqsa, khususnya pintu Maghariba, secara diam-diam. Beliau meminta masyarakat antarabangsa terus menekan Zionis Israel supaya menghentikan kerja menghancurkan Masjid al-Aqsa.

Pakar Zionisme, Nawwaf al-Zuru dalam tulisannya menyatakan ada 10 fasa menghancurkan Masjid al-Aqsa. Israel tidak hanya pandai membuat teori menghancurkan Masjid al-Aqsa tetapi mereka sudah melakukan 10 fasa untuk merobohkan tempat suci umat Islam itu, kemudian dibangunkan haikal Sulaiman di atas puing-puingnya.

Fasa I: Dilakukan sejak 1967 hingga akhir 1968 dengan menggali terowong 70 meter di selatan Masjid al-Aqsa di belakang menara masjid.

Fasa II: Dilakukan dari 1969 hingga 1970 dengan menggali terowong 80 meter dari pagar Masjid al-Aqsa.

Fasa III: Dilakukan dari 1970 hingga 1973, Israel menggali terowong di bawah Mahkamah Syariah dan di bawah lima pintu masjid al-Aqsa, al-Musalsal, al-Muthahirah, al-Qatthanin, al-Hadid dan Alauddin al-Basyri di samping terowong yang ada di bawah empat masjid dan menara masjid Qaithabi dan Suuq Al-Qatthanin. Penggalian terowong dan aktifak Yahudi ini menyebabkan sebahagian daripada bangunan Mahkamah Syariah berubah menjadi gereja dan peninggalan bersejarah perjuangan suku Kurdi Islam dan sekolah Al-Jauhariah mengalami kerosakan.

Fasa IV-V: Dilakukan sejak 1973 hingga akhir 1975 dengan penggalian daerah bahagian belakang gerbang selatan sepanjang bahagian timur bawah Masjid al-Aqsa, pagar Masjid al-Aqsa bahagian timur sepanjang 80 meter juga mencakupi penggalian bahagian bawah Masjid al-Aqsa.

Fasa VI: Kegiatan dilakukan mulai 1975 dengan tujuan menghilangkan kubur Sahabat Nabi dan mendirikan beberapa tempat pelancongan nasional Israel di atasnya.

Fasa VII: Ini dilakukan sesuai dengan projek Dewan Kementerian Israel pada 1975 yang merampas infrastruktur milik Islam hingga pagar Al-Barraq (al-Mabkaa) dan diteruskan dengan penggalian di bawah bangunan Mahkamah Syariah dan perpustakaan Al-Khalidiah dan pojok Abu Madin al-Ghauts dan semuanya roboh, ditambah 35 rumah warga lainnya.

Fasa VIII: Fasa yang bermula daripada permulaan tahun 80-an dengan slogan mengungkap harta karun Kerajaan Israel ini adalah penggalian yang sangat berbahaya yang pernah di alami oleh Masjid al-Aqsa. Sebab banyak penggalian yang masih dilakukan secara sembunyi oleh Israel. Sebahagian penggalian ini diungkap oleh laporan kepala daerah Um Alfahm, Raid Shalah seperti Lembaga Al-Aqsa dan Jabatan Waqaf di Al-Quds. Pada saat itu sempat terjadi pertentangan antara Israel dengan jemaah. Di tengah-tengah pertentangan ini penggalian dilakukan di bawah Masjid al-Aqsa.

Fasa IX: Dilakukan pada 1981. Pembukaan terowong yang ditemukan Kolonel Inklizi Charles Warn dibuka dan kemudian ditutup semula. Terowong itu bermula di bahagian bawah pintu Al-Muthahharah antara pintu Al-Silsilah dan Al-Qathanin hingga ke pintu Magharibah dan ke bawah Masjid al-Aqsa. Israel mendakwa bahawa tembok yang terdapat di terowong adalah milik Haikal Sulaiman yang mereka sebut dengan terowong Hasyumunaim. Pada fasa ini dilakukan penggalian terowong di bawah bangunan Mahkamah Syariah pada 1987 dan di bawah sekolah Al-Tankiziah. Terowong dibina sehingga ke sebelah utara Masjid al-Aqsa. Akibat kegiatan penggalian ini sejumlah bangunan, sekolah dan bangunan kedai mengalami kerosakan malah ada yang roboh. Penggalian ini juga mengakibatkan gerbang utama Jabatan Waqaf, roboh.

Fasa X: Sebahagian terowong Hasyumunaim yang panjangnya kira-kira 250 meter dibuka selepas hari raya Pengampunan Yahudi pada Isnin 24 September 1999. Pengumuman pembukaan yang dihadiri oleh pejabat tinggi Israel ini menyebabkan perselisihan atau pertentangan antara Israel dan Palestin paling sengit berlaku di Masjid al-Aqsa. Pemerintah Israel tergesa-gesa menutupnya. Israel menggali terowong di bawah Masjid al-Aqsa sepanjang 400 meter dari kampung Barat Arab hingga di tapak tembok Al-Barraq di bahagian utara kampung Islami. Jika tindakan itu diteruskan, sewajarnya kita bimbang Masjid al-Aqsa, kiblat pertama kita dirobohkan? Jika berlaku, sewajarnya orang Kristian juga bimbang dan khuatir tempat suci mereka dirobohkan.

Jadi sama-samalah kita berdoa agar Allah s.w.t supaya masjid Al- aqsar tidak dirobohkan oleh yahudi..

Mutiara kata

" siapa yang menghulurkan kepadamu kebaktian, maka balaslah dia, jika kamu tiada apa-apa balasan maka hendaklah kamu doakan kepadanya."

" sesungguhnya orang yang adil di sisi Allah laksana berada di atas mimbar yang di perbuat daripada cahaya. Maka berlaku adilah dalam menetapkan hukum, baik kepada rakyat mahupun keluarga."

" hari ini LEBIH baik daripada kelmarin,
esok LEBIH baik daripada hari ini,
Lusa LEBIH baik daripada esok,
Tulat LEBIH baik daripada lusa"
Perbetulkanlah niatmu setiap hari agar mendapat keberkatan daripada-Nya.

Iklan Jawatan Kosong.



Jawatan yang di tawarkan :
a) Ahli Syurga
b)Ahli neraka
c)Ahli neraka sementara kemudian di lanti menjadi ahli syurga.

Kelayakan:
Anda tidak perlu membawa apa-apa sijil akedemik atau dokumen kelayakan. Cuma bawa Iman dan Amal.

Tarikh Temuduga :
Bila bila masa..

Tempat temuduga:
Di alam barzakh.

Panel :
Mungkar dan Nakir.

Cara memohon :
Tak perlu memohon atau isi borang, cuma tunggu seseorang yang akan menjemput anda. Dia akan datang apabila telah sampai waktunya..(mungkin sekejap lagi). Dia dikenali sebagai IZRAIL...

Saturday, April 7, 2007

Golongan Ulul Albab

Siapakah golongan Ulul Albab? Golongan Ulul Albab ialah golongan yang mahu berfikir. Sesungguhnya Allah s.w.t telah menganugerahkan akal fikiran kepada manusia untuk membezakan mereka dengan makhluk lain termasuk lah binatang dan tumbuh-tumbuhan. Akal ini jugalah yang sepatutnya digunakan untuk berfikir. Golongan Ulul Albab ini memiliki beberapa sifat tertentu iaitu :

  • memiliki hikmah atau kebijaksanana.
  • boleh mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa terdahulu sama ada di ceritakan atau dilihat sendiri.
  • prihatin terhadap perkara yang ada kaitan dengan kebenaran.
  • Bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu.
  • Selalu berfikir tenteng kejadian alam sehingga terasa dihatinya akan kebasaran Ilahi.
  • Mahu mengambil pengajaran kitab-kitab terdahulu.
  • Mahu menyampaikan kebenaran kepada orang lain walaupun di caci.
  • Menyambung tali silaturahim dan menepati janji.
  • Secara terangan atau sembunyi menolak keburukan.
  • Bangun di tengah malam untuk beribadat kepada Allah s.w.t.


Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template