Thursday, April 2, 2009

Kisah Zainal Abidin bin Husain

Muhammad Al-Baqir bin Zainal Abidin berkata: “Ayahku berwasiat kepadaku : “Janganlah engkau bersama lima golongan manusia, jangan berbual dan jangan menjadikannya sebagai teman dalam perjalanan.

Yang pertama, jangan bersahabat dengan orang jahat kerana dia boleh jadi akan menjual kamu dengan hanya kerana ingin mendapatkan makanan atau barang yang lebih sedikit lagi dari itu.”

Lantas aku bertanya : “Wahai ayahanda! Apakah yang lebih sedikit lagi itu?”

Beliau menjawab : “Dia mengharapkan sesuatu dari persahabatan itu, akan tetapi teryata tidak mendapatkan apa-apa.”

Yang kedua, janganlah engkau bersahabat dengan orang bakhil, kerana dia tidak mahu memenuhi keperluanmu jika kamu dalam keadaan terdesak.

Yang ketiga, janganlah engkau bersahabat dengan orang pendusta, kerana dia adalah persis fatamorgana (yang dari jauh bayang-bayang itu disangka air oleh orang yang haus, tetapi apabila didekati ternyata tidak ada) yang membuat jauh perkara yang dekat dan membuat dekat perkara yang jauh.

Yang keempat, jangan bersahabat dengan orang yang bodoh, kerana kelihatannya akan memberikan manfaat, tetapi memberikan mudarat.

Yang kelima, jangan bersahabat dengan orang yang memutuskan diri dengan keluarganya, kerana di dalam Al-QurĂ¡n orang ini dikutuk 3 kali.”


Wednesday, April 1, 2009

“Earth Hour 2008″



EARTH AT NIGHT..


TWIN TOWER


CHICAGO


Sydney_Harbour_Bridge_and_Opera_House


burj-al-arab



DUBAI...



“Earth Hour 2008″ Kuala Lumpur, Malaysia.

















Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template