Saturday, February 16, 2008

Aksum simpan kisah Nabi Sulaiman, Ratu Balqis

AKSUM di utara Addis Ababa ialah pusat tamadun Habsyah yang banyak menyimpan pelbagai catatan dan kesan peninggalan tamadun silam.

Bagi masyarakat Kristian Orthodok, mereka menganggap Aksum sebagai bandar suci kedua selepas Baitulmaqdis.

Mereka mempercayai di situ tersimpan Art Of Covenant atau Tabut iatu kotak warisan Bani Israel yang mengandungi pelbagai penulisan mengenai undang-udang Yahudi warisan nabi terdulu.

Pada mereka, Tabut itu adalah warisan berbentuk spiritual yang amat bernilai. Selain itu, mereka yakin beberapa barangan milik nabi lain seperti tongkat Nabi Musa dan Harun serta sekeping roti yang masih segar masih tersimpan dalam Tabut.

Namun, di sebalik pelbagai kisah ini, Aksum juga dikaitkan dengan keagungan empayar Saba yang dipimpin oleh Ratu Balqis.

Selain tersebar ke Habsyah, kerajaan ini melebar sayap ke Semenanjung Tanah Arab terutama di Yaman.

Di sini, kesan peninggalan Kerajaan Saba masih kelihatan, terutama pada runtuhan bangunan lama. Ahli sejarah menjelaskan, bangunan terbabit didirikan lebih 1,000 tahun sebelum masihi.

Di sebalik peninggalan kerajaan ini sebenarnya tersirat cerita benar mengenai sejarah kerasulan Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis seperti dirakamkan dalam al-Quran iaitu dalam surah Saba.

Kajian mendapati Ratu Balqis memerintah Saba pada 1,000 sebelum masihi dan kemuncak kekuasaannya ialah pada zaman Nabi Daud dan Sulaiman.

Seperti kaum Thamud dan 'Ad, kaum Saba dianugerahkan Allah dengan pelbagai kepakaran serta pengetahuan mendalam dalam bidang pertanian dan perniagaan.

Hal ini membolehkan Kerajaan Saba pimpinan Ratu Balqis muncul sebagai empayar tersohor dan paling berpengaruh di rantau itu.

Diriwayatkan, kerajaan dan rakyat Saba dikurniakan tanah yang subur hingga menyebabkan wilayah itu kelihatan ibarat taman sejauh mata memandang.

Dengan anugerah Ilahi dan kekayaan itu, Ratu Balqis mampu membina istana tersergam indah dan beberapa struktur istana seperti tiang dan dinding masih boleh dilihat hingga kini.

Kisah keinginan Ratu Balqis untuk beriman dengan akidah tauhid bermula selepas beliau menerima sepucuk surat daripada Nabi Sulaiman.

Antara kandungan surat itu ialah baginda menjelaskan kepada Ratu Balqis agar tidak sesekali bermegah dengan kekayaan yang dimiliki, sebaliknya perlu sedar dan mengakui bahawa segala pemberian itu adalah daripada Allah.

Diriwayatkan, Ratu Balqis membaca surat itu berkali-kali untuk memahami tujuan dan kandungan sebenar surat itu diutuskan.

Bertitik tolak dari sini, lama kelamaan, Ratu Balqis dan rakyatnya terus beriman kepada Allah selepas menyedari bahawa kekayaan dan kemewahan dimiliki bukan milik makhluk.

Ratu Balqis berpendapat, ia adalah amanah dianugerahkan untuk dimanfaatkan sebaik mungkin oleh hamba-Nya dan bukan untuk bermegah-megah.

Diriwayatkan, Ratu Balqis beriman sekitar 965 hingga 926 sebelum masihi.

Kehebatan Nabi Sulaiman turut mengagumkan Ratu Balqis dan rakyat Saba kerana baginda mampu mengalihkan istana sekelip mata.

Tetapi, bagi Nabi Sulaiman, mukjizat yang dimiliki baginda terutama kekuatan bala tentera di kalangan jin adalah pemberian Allah sebagai bukti dan tanda kebesaran Ilahi.

Sejarah menunjukkan, keimanan kaum Saba kepada Allah tidak bertahan lama. Raja kerajaan itu bertindak kembali mensyirikkan Allah dengan kembali menyembah dewa Almaqah (Dewi Bulan) dan Dhat Bad’an (Dewa Matahari).

Pada mereka, Almaqah ialah ketua segala dewa. Raja pula menganggap diri mereka sebagai wakil Almaqah yang wajib disembah oleh seluruh rakyat.

Berikutan itu, mereka membina kuil dan peninggalan kuil itu masih ada di beberapa wilayah di Yaman hingga hari ini. Ahli arkeologi menganggarkan lebih 3,000 kuil menempatkan patung Dewa Almaqah di Yaman.

Tidak hairanlah, kaum Saba akhirnya menerima nasib sama seperti kaum Thamud dan ‘Ad yang dibinasakan Allah lantaran kekufuran mereka kepada Allah.

Friday, February 15, 2008

Hukum umat Islam menyambut hari kekasih(Valentin's Day"

"Amalan merayakan hari kekasih (Valentine's Day) tidak pernah di anjurkan oleh islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak islamiah serta di larang oleh islam."

Oleh itu, umat islam adalah di larang daripada melibatkan diri dalam meraikan hari tersebut.

Antara hujah-hujah mengapa kita dilarang menyambut Valentine's Day ialah....

  1. Sejarah Valentine's Day tidak ada dlm islam.Amalan, budaya dan hasratcperayaan ini mempunyai unsur-unsur kristian yang bercanggah dengan Islam.
  2. Dalam Islam tidak ada hari tertentu untuk meraikan kekasih atau kasih sayang.Islam sanagat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari dalam islam adalah hari kasih sayang.
  3. Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine's Day kerana amalan ritual keagamaan yang di amalkan boleh menggugat akidah Islam.
  4. Sekiranya seorang itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada seseorang pada 14 Febuarinbersempena dengan valentine, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah- olah meraikan konsep yang di bawa oleh Valentine's Day.
  5. Kebanyakan golongan remaja islam hari ini meraikan hari Valentine Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam.Gejala seperti kalau tidak di bendung akan merosakkan generasi umat islam akan datang.
  6. Nama sebenar Valentine ialah St Valentino, merupakan seorang paderi yan berpengaruh di zaman pemerintahan ratu isabella di Sepanyol dan juga merupakan orng terpenting yang telah menghancurkan umat Islam di Sepanyol.Oleh itu, Ratu Isabella telah menetapkan 14 febuari sebagai hari memperingati kemenangan Kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah olah dia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.
  7. Memang Islam amat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain.Tetapi untuk meluahkan rasa kasih sayang antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang di benarkan oleh syarak. Ia bukanlah menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dlarang dan maksiat.
  8. Sebagai alternatifnya, jika seluruh dunia berterusan menjadikan 14 febuari sebagai hari "percintaan rasmi" dengan pasangan mereka, marilah kita umat islam menjadikan setiap hari sebagai bersatunya ukhwah mukminin sesama mukminin dan mukminat sesama mukminat. Dengan memperkukuhkan ikatan ukhuwah, kasih sayang dan mencintai Allah dan RasulNya, demi menghadapi pakatan musuh Islam yang bertaanggungjawab menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol, serta pada massa yang sama mendeklamasikan penentanagn umat Islam kepada syirik dan penzinaan tajaan musuh-musuh Islam zaman berzaman...




Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template