Thursday, February 28, 2008

SAHABAT...

Sahabat. Perkataan yang sentiasa bermain-main di benakku. Mengapa? Aku pun tidak mengerti. Namun akalku sentiasa berlari-lari sekitar taman perkataan itu. Seakan-akan perkataan itu menggamit aku untuk mendalaminya dengan penuh pengertian. Aku pun tidak faham mengapa persoalan ini sering menghentam-hentam benak pemikiranku. Mungkin sahaja ada sesuatu di sebalik perkataan itu yang mesti kuteliti...

Sebab itu akalku berlari. Tanganku mencoret idea luahan hati. Kisah seorang insan kunukil di sini. Insan yang turut mencari erti persahabatan. Insan yang mencari apa erti seorang sahabat. Seorang insan yang juga mencari apa manisnya ukhuwwah berlandaskan keimanan. Insan bernama Saifullah yang ALLAH beri peluang mencari, merasai, menghayati erti persahabatan dalam kehidupan insani.

Dengan rasa kerdil kupersembahkan karya ini. Semoga ALLAH memberkati usahaku dan merahmati kamu yang membacanya.

Redup. Hari ini langit biru dengan awan-awan putih gebu menghiasai angkasa. Namun pohon-pohon kemboja di sini menghalang matakau menancap langit dengan sempurna.

Wus.

Angin lembut bertiup perlahan membelai tubuhku. Rambutku yang lurus lebat ada yang terjatuh di hadapan dahi. Perlahan aku mengelusnya kebelakang semula. Suasana di kawasan ini amat tenang sekali. Sememangnya inilah kawasan yang sekiranya diziarahi sentiasa boleh mengingatkan kita betapa sementaranya kita di dunia fana ini. Pohon-pohon kemboja putih yang memenuhi sekitar kawasan ini seakan-akan peneman setia penghuni-penghuni di sini. Pendamai mesra ahli alam barzakh sunyi.Kerna itu Rasulullah menyucuk tumbuhan di atas kubur kerna tumbuhan sentiasa berzikir. Moga dengan zikirnya ALLAH mengurangkan seksa ahli kubur yang menderita. Aku pula hanya duduk sementara. Mengimbau pengalaman lama.

“ Hai jauh termenung, tak takut ke duduk kat kubur ni sorang-sorang?” Satu suara menyapaku dari arah belakang.

Segera aku menoleh. Kawasan ini terletak bersebelahan dengan hutan getah. Pastinya pelik sekiranya ada orang yang berkunjung di sini bukan pada hari raya. Anak mataku menangkap seorang manusia berwajah cerah dengan pakaian yang amat bersih berjubah putih. Selepas memberikan salamnya kepada penghuni-penghuni di sini, dia segera mendekatiku. Aku mengukir senyum. Senang.

“ Oh Abang Irfan, ingatkan siapa tadi” Dia tersenyum. Selepas membetulkan keadaan jubahnya, dia duduk bersila di sebelahku. Tenang sahaja wajahnya.

“ Teringat kisah lalu ke? Bukankah penghuni kubur ni telah tiada? Apa yang perlu dikenangkan lagi?” Bertubi-tubi soalan dilontarkan kepadaku.

Namun suaranya perlahan sahaja. Menghormati ahli-ahli di kawasan ini. Aku tersenyum lagi. Perlahan mataku menyorot ke arah kubur di hadapanku.

“ Heh, sekadar mengimbau zaman lampau agar memberikan kita pengajaran bagaimana untuk melangkah pada masa hadapan” Aku menjawab penuh bernas.

Seketika kukerling wajahnya. Abang Irfan tersenyum. Aku membalas seyumannya. Sememangnya senyuman yang lahir dari hati yang ikhlas amat menyenangkan.

“ Senior, kalau saya panggil senior ni sahabat boleh ke?” Satu hari aku pernah bertanya.

Pertanyaan itu kutujukan kepada seorang abang di sekolahku. Sememangnya dia amat rapat denganku. Sekilas anak matanya memandangku. Kemudian dia tersenyum.

Manis.

“ Mengapa bertanya begitu?” Dia bertanya sambil wajahnya yang bersih itu menatap wajahku.

Bibirnya masih mengukir senyum. Aku malu memandang wajahnya yang bersih bersinar, pantas aku menundukkan wajahku sambil jari telunjuk kananku melukis-lukis kosong di atas tanah.

“ Bukan apa, seniorkan rapat dengan dengan saya” Aku nampak dia mengalihkan wajahnya ke langit selepas aku berbicara.

Ketika ini baru aku berani mengangkat mukaku memandangnya.

“ Kalimah sahabat, bukannya untuk orang yang rapat dengan kamu sahaja” Senior berkata sambil wajahnya tetap menatap langit.

Seakan ada sesuatu yang dilihatnya di situ.

“ Habis tu, kalau dah rapat bukankah dia sentiasa bersama kita dan menjaga kita?” Aku bertanya.

Sedikit keliru dengan kata-katanya. Sementara itu, riuh rendah suara penghuni asrama bermain bola sepak di padang menjenguk ke dalam renggang persembangan kami. Aku memandang senior. Menanti.

“ Heh, ada manusia yang rapat dengan kamu kerana wang kamu. Ada manusia yang sanggup bergadai nyawa menjaga kamu kerana kesempurnaan wajah kamu. Ada juga manusia yang sanggup menghabiskan hartanya untuk kamu hanya kerana keluarga kamu. Itu tidaklah layak digelar sahabat” Panjang.

Lebar.

Penerangan yang kurasa amat baru pertama kali kudengar.

“ Jika kamu ingin meletakkan darjat sahabat pada seseorang, maka kamu ingatlah bahawa setiap manusia punya niat dan niat seseorang itu akan terbukti dalam amalannya. Jangan sekali kamu lupa bahwa sahabat kamu merupakan bayangan diri kamu yang sebenar. Sahabat mampu mempengaruhi sikap dan kelakuan kamu” Seniorku menyambung lagi.

Wajahnya kembali menatap wajahku. Bersih sungguh wajahnya. Sesekali rambutnya yang ditiup angin dikemaskan menggunakan tangan kanannya. Matanya tulus memandang jauh ke dalam anak mataku. Perlahan-lahan tangan kanannya diletakkan di atas kepalaku. Lembut dia mengusap rambutku. Kurasakan hangat.

“ Ketahuilah, sahabat adalah orang yang sanggup terjun ke neraka sekiranya kamu jatuh ke dalamnya. Sahabat adalah orang yang ingin beriringan dengan kamu ke syurga. Sahabat adalah mereka yang ikhlas menghubungkan silaturrahim denganmu dan tiada mengharapkan apa-apa dalam perhubungan kamu selain redha ALLAH. Ringkasnya, sahabat adalah mereka yang sentiasa mendekatkan diri kamu dengan ALLAH dan RasulNya” Lembut kata-katanya menembusi liang rongga telingaku.

Telus matanya memandangku seakan menunjukkan kepadaku segunung harapannya agar aku memahami kalamnya itu. Sebentar kemudian dia bangun. Dia memandang kepada teman-teman yang leka bermain bola sepak di padang.

“ Setelah kamu teliti seseorang individu itu menurut ciri-ciri yang kukatakan tadi, barulah kamu layak meletakkan darjat sahabat kepadanya, menangis di bahunya, tertawa bersamanya, berjuang semati dengannya, dan merintis jalan ke syurga beriringan dengannya” Aku melihat sahaja belakang senior sementara wajah senior tidak sekali pun menghadapku ketika berkata-kata.

Sejenak selepas dia menelan air liur untuk membasahkan tekak, dia menoleh ke arahku yang sedari tadi khusyuk mendengar kata-katanya. Dengan senyuman yang manis, perlahan dia berkata

“ Telitilah kata-kataku dan kamu akan berjumpa dengan ‘sahabat’, Abang pergi dulu” Selepas mengusap kepalaku lembut, senior terus sahaja pergi menuju ke gelanggang bola tampar kegemarannya.

Sebenarnya aku amat senang dengan tingkah laku senior yang baik hati itu. Dia sering mengusap kepalaku menumpahkan perhatian dan kasih sayangnya terhadapku. Acapkali aku ditegurnya jika melakukan sesuatu yang tidak elok. Dia juga bersungguh-sungguh mendidik aku dan teman-teman yang lain supaya cemerlang bukan sahaja dalam pelajaran tetapi juga akhlak dan syahsiah. Aku gemar memanggilnya senior berbanding teman-teman lain yang meletakkkan ‘abang’ di hadapan namanya. Itu menunjukkan betapa aku amat hormat dan mengasihinya. Dia memang seorang abang, ketua, dan senior yang amat baik. Mungkinkah dia juga merupakan seorang sahabat?

Aku sekadar tersenyum sendiri apabila kelibat senior hilang dari pandangan. Nampaknya petang ini aku telah mendapat sesuatu yang baru. Aku mesti meneliti kata-kata senior sebentar tadi.

Perbincangan dengan senior pada waktu petang beberapa hari lepas membuatkan aku semakin berusaha memahami erti sahabat. Nampaknya perkataan itu begitu sukar untuk ditafsirkan. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka belum tentu mampu menghurai perngertiannya. Aku kadang-kadang tertawa sendiri. Entah mengapa pada usia yang sebegini, aku begitu tertarik untuk mencari perngertian perkataan ini. Mungkinkah aku berasa sunyi?

“ Ayah, mengapa kita rasa kita seperti bersendirian?” Satu hari, pertanyaan itu melancar keluar dari bibirku.

Ayah yang sedang mengelap peluh memandangku. Pandangannya mengandungi perasaan hairan. Namun wajahnya tetap tenang menatapku.

“ Kita?” Ayah mengangkat kening sambil mengukir senyum mengusik.

“ Alah ayah ni, saya lah tu” Aku memuncungkan bibir.

“ Manusia akan rasa kesunyian, rasa sendirian, apabila dia meletakkan pergantungan kepada makhluk” Ayah menjawab.

Badanku yang penuh dengan keringat jantan kubiarkan. Latihan mempertahankan diri oleh ayah begitu memberatkan. Tetapi persoalan ini lebih menarik perhatian. Ayah kutatap sopan.

“ Apabila kamu merasakan sendirian, sepatutnya kamu perlu sedar bahawa kamu sudah jauh daripada ALLAH” Ayah menambah lagi.

Aku tunduk mendengar. Tidak mengungkap kata. Sekadar mendengar dan cuba memahami.

“ Ketahuilah ALLAH....” Ayah meluncur kata, sambil jari telunjuk dan jari hantunya dirapatkan ke leherku.

Tepat menyentuh urat nadiku.

“ ....lebih rapat dengan kamu daripada ini” Ayah menyambung kata-katanya.

Yang ayah maksudkan ‘ini’ itu pastinya urat nadi. ALLAH amat rapat dengan kita sampai begitu sekali? Aku tertanya-tanya.

“ Tetapi kita sebagai manusia, kita tetap merasa perlu meluahkan perasaan kepada seseorang. Bagi ayah, dalam usia kamu yang sebegini mungkin kamu ingin ada teman yang boleh kamu jadikannya sebagai contoh” Ayah mengusap lembut rambutku yang dibasahi peluh.

“ Kalau rasa sendirian, carilah sahabat”

Kata-kata ayah itu sentiasa tergiang-giang dalam kehidupan aku selepas itu.

Sebelum aku melangkah pulang ke sekolah untuk memulakan sesi pembelajaran di tingkatan lima, Ayah menghadiahkan kepadaku buku karangan ‘Amru Khalid, Dengarkan Suara Hati, “ Buku ini bagus untukmu, jadilah anak yang soleh” Ayah melepaskanku dengan kucupan di dahi. Buku yang amat bagus. Aku berazam akan membacanya ketika itu. Namun lantaran kesibukan, buku itu hampir sahaja tidak kusentuh.

Aku hairan dengan diriku. Aku benar-benar hairan. Aku sangka, teman-temanku sepanjang lima tahun berada di sekolah boleh kupanggil sahabat. Tetapi entah, bila bersama mereka kesunyian tetap menjelma. Aku rasa kosong. Cuma dengan beberapa orang teman sahaja kurasakan kesunyian itu terisi. Terutama apabila bersama dengan senior.

Mungkinkah senior itu sahabat? Aku juga tidak mengerti.

“ Weh, menggelamun apa tu?” Satu tepukan deras menyapa bahuku.

Berderai lamunanku. Aku segera menoleh ke belakang. Amiri. Teman karibku. Aku pernah tinggal sebilik dengannya. Dia amat rapat denganku. Walaupun usianya mendahuluiku setahun, kami tetap serasi.

“ Eh, ustaz dah panggil tu. Karang marah pulak coach kita tu” Amiri menyedarkanku.

Aku bingkas bangkit meninggalkan persoalan sahabat ke tepi. Persoalan yang kurasakan tiada penghujungnya. Pastinya tidak akan berakhir hingga ke akhir hayat. Aku menuju ke arah teman-teman sepasukan yang sedang duduk di hadapan Ustaz Mahadzir.

Sebenarnya aku dan Amiri merupakan pemain bola tampar untuk sekolah. Latihan akan diadakan pada setiap petang kecuali hari Rabu dan Khamis. Sekarang pasukan kami sedang berlatih giat setelah berjaya melepasi peringkat separuh akhir. Tidak lama lagi, pasukan kami akan bertanding di peringkat akhir. Aku sudah pastinya mahukan kemenangan berpihak kepada kami. Berpihak kepada Islam.

“ Kita sebenarnya dipilih oleh ALLAH untuk memikul beban tanggungjawab ini. Medium sukan bola tampar sebenarnya adalah satu medan untuk kita mempamerkan ISLAM kepada masyarakat. Kemenangan semata-mata bukanlah tujuan kita” Ustaz Mahadzir, Ketua Warden Asrama merangkap jurulatih pasukan bola tampar sekolah memberikan kata-kata perangsang sebelum latihan ditamatkan.

“ Sepatutnya kita merasa diri kita terpilih dan kita harus lebih bersemangat dalam latihan. Sebenarnya matlamat kita masih jauh. Jika sekadar ingin mencapai kemenangan, latihan kita sepatutnya berakhir di sini” Ustaz Mahadzir berhenti sebentar. Dia meneguk air liur membasahkan tekak.

“ Yang kita inginkan ialah menawan hati masyarakat agar tertarik melihat syahsiah Islamiyyah Kamilah dalam diri kita. Seterusnya dapat membuktikan bahawa Islam adalah deen yang sesuai setiap masa, tempat dan ketika” Bersemangat ucapan beliau.

Semangat kami sepasukan kembali membara. Pastinya kami tidak akan membiarkan panji Islam di bahu kami tumbang begitu sahaja.

“ TAKBIR!!!!” Amiri melaungkan takbir tanda semangat. Seluruh pasukan menyambutnya dengan kalimah ALLAHUAKBAR. Aku menepuk bahu Amiri. Amiri senyum kepadaku. Senang sekali perasaan ini. Sekilas aku menoleh teman-teman seperjuangan yang lain. Kelihatan Abang Zubair dan Abang Hanifah mengukir senyum. Mereka adalah sebahagian daripada Ahli Majlis Tertinggi Badan Pengawas Sekolah. Mereka juga merupakan tunggakk utama pasukan bola tampar sekolah.

“ Baiklah, kita tangguh latihan kita untuk hari ini dengan membaca tasbih kifarah dan surah Al-‘Asr” Ustaz Mahadzir menamatkan latihan. Sejurus kami selesai mebaca surah Al-‘Asr, siren tanda masa bermain sudah tamat berbunyi. Kami segera bersalaman lalu pulang ke dormitori masing-masing untuk persiapan solah maghrib.

“ Alah Saifullah, takkan tak nak ikut kitorang malam ni?” Kata-kata Ali menggetarkan gegendang telingaku. Malam prep yang tenang tiba-tiba sahaja terganggu. Pantas aku menolehnya dengan bersahaja.

“ Ha’ah, takkan tak nak ikut. Best tau pi sana” Omar pula menambah. Kini anak mataku dipenuhi dengan kelibat-kelibat manusia-manusia yang belajar di kelas yang sama denganku. Mereka ialah Omar, Ali, Karim dan Saifuddin. Seluruh pelajar di sekolahku menggelar mereka empat paksi kejahatan. Entah mengapa. Mungkin kerana sikap mereka yang gila-gila dan nakal. Kebelakangan ini, mereka sering sahaja menganggu hidupku. Entah apa masalah mereka.

“ Mana boleh Omar, kan perbuatan tu dah melanggar peraturan sekolah?” Aku menolak ajakan mereka dengan alasan yang kurasakan munasabah. Saifuddin membesarkan anak matanya melihatku. Tampak garang sekali wajahnya.

“ Hek eleh, bukannya haram pun. Ada ke hadith Rasulullah yang mengatakan perbuatan tu berdosa?” Saifuddin menyoalku. Pantas sahaja anak Kiai Salleh ini menyuakan hujah. Aku mengeluh.

“ Tapi ALLAH pun ada menyuruh kita taat kepada pemimpin kita, kan sekarang pemimpin kita adalah pihak sekolah” Aku mempertahankan hujahku.

Saifuddin mendengus kasar. Tidak puas hati. Pantang sungguh kalau hujahnya disanggah.

“ Alah, kau tu bukannya nak ikut firman ALLAH, tapi nak jaga title pengawas yang kau sandang. Biasalah, bakal Ahli Majlis Tertinggi Pengawas Sekolah” Karim pula bersuara.

Ayatnya lebih pedas berbaur fitnah yang tidak bermata. Aku melihatnya dengan pandangan yang kosong. Dalam diam, istighfar mula bergerak.

“ Kau ni sejak jadi pengawas, dah tak nak geng dengan kami lagi. Asyik tak mahu ikut kami aje. Lagi-lagi bila dah rapat dengan Abang ‘Senior’ kau tu. Ginilah SAHABAT” Saifuddin menambah bicara menyebabkan pedih kata-kata Karim bertambah.

Tampak tegang suasana di mejaku apabila dikelilingi oleh mereka berempat. Teman-teman yang lain hanya melihat tidak berani menolong. Malah ada antara mereka yang terus membuat kerja masing-masing tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Mementingkan diri.

“ Sudahlah, ginilah manusia bila dah berkuasa. Lupa siapa sahabat dia dulu, lupa siapa yang tolong dia masa dia susah, lupa siapa yang ajar dia jadi pandai. Dah kawan-kawan, mari kita pergi buat projek kita. Biarkan sahaja mamat power rangers biru ni dengan ‘senior’ dia. Jangan kita sibuk dengan orang yang lupa sahabat ni!!!!” Ali mengungkap bicara yang pedas sambil bergerak keluar kelas dengan diikuti oleh Saifuddin, Omar dan Karim.

Mata-mata yang berada di dalam kelas mengiri perjalanan mereka keluar. Aku ditinggalkan seorang. Terdiam aku sebentar. Selepas itu segumpal udara berat kulepaskan dalam satu keluhan.

Sahabat? Perkataan itu membentak-bentak lagi. Apakah mereka berempat itu adalah sahabat? Aku masih ingat lagi zaman tingkatan satu yang penuh dengan keindahan. Sememangnya mereka berempat merupakan teman sepermainan aku yang paling rapat. Merekalah manusia pertama yang kukenali di sekolah ini. Merekalah yang menemaniku ketika aku susah dan merekalah yang mengajarku serba-serbi dalam pelajaran, sukan dan kehidupan di asrama.

Saifuddin anak Kiai Salleh merupakan seorang yang amat genius dalam pelajaran. Dia amat arif dalam hadith dan Al-Quran. Omar dan Ali merupakan ahli sukan yang aktif dan cemerlang. Pelbagai cabang sukan mereka kuasai. Karim pula tidaklah sehebat rakan-rakannya tetapi dia paling cekap dalam urusan rumah tangga seperti memasak dan mengemas.

Kami sering berjalan bersama-sama, makan bersama-sama, dan belajar bersama-sama. Sememangnya zaman itu amat indah.

Tetapi suasana itu mula terhakis apabila aku dilantik menjadi pengawas ketika belajar di tingkatan dua. Pada mulanya, semua berjalan seperti biasa. Aku tetap rapat dengan mereka seperti mana kami di tingkatan satu dulu. Namun kehadiran seorang pelajar tingkatan lima yang baru sahaja mendaftar di sekolah kami merubah segala-galanya.

Dia membawa segala anasir jahiliyyah dari luar dan disuntik ke dalam urat nadi pelajar-pelajar asrama. Abang itu telah mengedarkan VCD lucah, rokok dan mengajar pelajar-pelajar asrama untuk keluar tanpa kebenaran dan membantah kata-kata warden. Abang Khairul namanya.

Saifuddin, Ali, Omar dan Karim adalah antara pelajar yang terpengaruh dengan peribadi abang itu. Mereka mula menjauhiku dan menggelarku bermacam-macam. Mereka cukup benci dengan para pengawas yang dianggap menganggu pelbagai aktiviti mereka. Malah ada di kalangan pengawas yang diugut dengan pelbagai ugutan yang merbahaya. Akhirnya pihak sekolah mengambil keputusan untuk membuang pelajar tingkatan lima itu selepas kegiatannya terbongkar.

Namun segala-galanya telah terlewat apabila segolongan besar pelajar telah mengikuti jejak pelajar sementara itu. Malah ada dalam kalangan mereka yang mogok menentang pembuangan pelajar itu. Pihak sekolah tidak dapat melakukan apa-apa melainkan menutup mulut dan mendiamkan diri.

Setelah tiga tahun berlalu, kini tampuk golongan penentang sekolah telah diterajui oleh Saifuddin dan rakan-rakan. Mereka sering sahaja mengugut pelajar dan melanggar peraturan sekolah. Sikap mereka semakin hari semakin melampau.

Saifuddin anak Kiai Salleh sering sahaja menggunakan hadith dan ayat Al-Quran untuk menghalalkan perbuatannya dan rakan-rakan. Karim dan Omar pula selalu menggunakan badan mereka yang sasa untuk menakut-nakutkan pelajar. Karim yang bertubuh kecil pula selalu menggunakan kata-kata yang pedas menyakiti hati guru-guru dan para pengawas.

Sememangnya mereka berempat cukup dikenali dengan sikap dan perangai mereka. Mengenangkan mereka aku menjadi sedih. Apakah mereka itu sahabat?

Aku meninggalkan persoalan itu terbenam di dalam hati. Terperosok jauh ke dalam otak. Masih banyak kerja sekolah yang perlu kulangsaikan. SPM semakin hampir. Aku mesti bersedia.

Hari ini ada perhimpunan Usrah Khas. Perhimpunan ini melibatkan para mas’ul halaqah dan juga beberapa orang pengawas terpilih. Ahli Majlis Tertinggi sudah semestinya turut serta semuanya. Senior selaku pengerusi organisasi Usrah Khas ini akan memberikan tazkirah. Selalunya perhimpunan ini akan diadakan pada hari Isnin selepas Isya’. Majlis ini bertempat di Dewan Makan Pelajar Puteri.

Aku berjalan perlahan-perlahan dari musolla. Seusai sahaja solah Isya’, aku bingkas berwirid ringkas kemudian bangkit menunaikan solah sunat ba’diah. Guru Al-Quranku, Ustaz Abdul Hadi amat menitik beratkan hal ini. Dia sering berpesan tanpa henti kepada para pelajar agar tidak meninggalkan amalan sunat ini. Hem, memang satu suasana yang baik apabila ilmu yang kita dapat dapat diimplimentasikan dalam segenap kehidupan. Inilah kelebihan sekolahku. Menjadikan Islam sebagai penghayatan. Bukannya pegangan buta semata.

Tanpa menunggu rakan-rakan lain, aku pantas sahaja pergi selepas menunaikan solah sunat. Kugapai buku dan pen yang berada di bawah tangga lalu terus menyarung selipar dan bergerak ke dewan makan. Dalam perjalanan, akalku menari-nari.

“ Kalau satu hari nanti kita ditakdirkan berantakan, apa yang akan kamu lakukan?” Beberapa hari lalu, senior ada bertanya sebegitu.Soalan itu mengundang rasa pelik dalam diriku.

Senior kurenung sedalamnya. Anak matanya redup. Wajahnya sugul sahaja. Jarang senior berkeadaan sebegini. Sebentar aku senyap. Kemudian aku tertawa. Senior mengangkat keningnya tanda pelik.

“ Kenapa tertawa?” Dia bertanya.

“ Mustahillah senior. Itu mustahil berlaku” Aku mengukir senyuman manis kepadanya.

Senior mengeluh.

“ Kau kata itu mustahil?” Senior kembali bertanya.

Aku menganggukkan kepala. Padaku ianya amat mustahil kerana kami amat rapat sekali. Hatta ketika cuti sekolah, senior dan aku tetap berhubung melalui telefon dan e-mail. Malah kami juga sering sahaja bertukar-tukar pesanan di dalam friendster.

Tiba-tiba dahiku terasa hangat. Tangan senior melekap di atas dahiku. Senior demamkah? Namun anak mataku pantas menangkap wajahnya yang sugul.

“ Aku bermimpi, laut yang tenang berkocak, angkasa yang damai berselerak, bintang di langit menjadi malap, mentari bercahaya menjadi kelam, dan rembulan indah menjadi suram. Sebilah pedang hebat patah menjadi dua. Entah ia bersambung atau tidak, mimpiku berakhir di situ” Panjang senior bercerita.

Aku hanya senyap. Pada masa yang sama, aku juga terkejut dengan perbuatan senior. Terasa segala kasih sayangnya tumpah dalam tubuhku melalui telapak tangannya yang bersih. Terasa kerisauannya terpapar dalam jiwaku.

Risau.

“ Andai perkara itu berlaku, berpegang teguhlah” Senior melepaskan tangannya.

Rasa hangat di dahiku hilang. Aku senyap tergamam. Senior dengan senyuman manis terus sahaja meninggalkanku. Seperti biasa, dia tidak mengucapkan selamat tinggal mahupun ‘bye’. Dia pernah berkata, perbuatannya tidak mengucapkan selamat tinggal adalah sebagai doa bahawa kami akan bertemu lagi. Namun kali ini, aku pandang belakangnya seakan kami tidak akan bertemu lagi. Entah apa perasaan ini.

“ Berangan ke?” Suara senior tiba-tiba kedengaran. Wajahnya menggantikan lamunanku.

Aku tidak menjwab pertanyaannya. Wajahnya yang sedikit kemerahan itu lebih menarik rasa risau dalam diriku. Namun kemunculannya juga mengubat rasa hatiku. Sekurang-kurangnya kami masih bertemu. Ternyata jangkaanku salah. Tanganku kutekapkan pada dahi senior. Panas.

“ Senior demamkah?” Aku bertanya.

Senior mengukir senyum lemah. Namun usapan tangannya kepada rambutku selepas itu seakan memberitahu kepadaku supaya jangan risau. Pantas senior menarik tanganku mengekorinya ke dewan makan yang sudah tidak jauh dari kami. Kammi berpegangan tangan. Panas.

Rasa sayu mula menerjah di dalam benakku apabila menatap wajah senior. Wajahnya yang cerah itu kelihatan merah akibat demam. Dalam keadaan demam sebegini pun dia kuat menjalankan usaha dakwah dan tarbiyyah. Usahanya tidak terhenti setakat Usrah Khas, malah pelajar biasa dan juga penghuni asrama.

Aku amat menghormati senior. Walaupun senior baru sahaja dua tahun menuntut di sekolah ini, kehadirannya telah membawa perubahan kepada suasana kehidupan pelajar di sekolah ini. Senior denngan gagah membawa arus perubahan ini dengan mula nyedarkan kami para pengawas dan para mas’ul yang merupakan tunggak perjalanan sekolah.

Awalnya ramai yang tidak senang dengan senior. Yelah, senior orang baru. Tetapi dengan syahsiahnya yang menarik, tutur katanya lembut dan baik, akhlaknya yang cukup menawan dan juga usahanya yang gigih, senior berjaya membentuk suasana di sekolah ini bersama lima orang rakannya.

Sejak kedatangan senior, perjalanan usrah dan halaqah bertambah baik. Ramai pelajar bermasalah menjadi insaf dan suasana tarbawi mula subur kembali. Aku yang lima tahun tinggal di sini memerhati perkara ini dengan takjub. Para pengawas sebelum ini telah berusaha bertungkus lumus, tetapi tidak berjaya. Malah semakin dibenci. Tetapi senior hanya dua tahun, belum pun sampai dua tahun, sudah mencapai tahap yang sebegini baik. Entah apa yang berlaku sekiranya senior datang lima tahun dahulu.

Senior pernah berkata kepadaku, masalah utama adalah teknik. Para da’ie kadangkala tidak mengendahkan teknik yang mereka gunakan. Bagi mereka, mengajak kepada kebaikan itu sudah cukup. Teknik tidak berapa dititikberatkan. Akhirnya berlakulah beberapa perkara yang dilepas pandang.

Senior pernah mengajakku meneliti sirah nabawiyah. Dia berkata, adalah mustahil Mus’ab bin Umayr mampu membuka hati seluruh penduduk Kota Yathrib sekiranya teknik yang beliau gunakan tidak tepat. Sedangkan jika kita telusi, Kota Yathrib ketika kedatangan Mus’ab bin Umayr diduduki oleh dua kaum, Aus dan Khazraj yang telah berperang ratusan tahun. Pastinya sukar mendekati mereka. Tetapi dengan teknik yang betul dan matlamat yang baik, segalanya akan bertukar menjadi mudah.

Penerangan senior begitu jelas dan tidak berbelit. Aku mengerti, matlamat tidak menghalalkan cara. Sekiranya matlamat kita baik, belum tentu cara yang kita gunakan itu menepati kebaikannya. Maka manusia tidak akan tertarik dengan ajakan kita. Tetapi sekiranya matlamat yang baik itu diiringi, didampingi dengan teknik yang betul, nescaya seluruh dunia ini bukanlah mustahil untuk kita sebarkan kefahaman mengenai deen ALLAH yang syumul.

Ketika sampai di tempat ceramah, memoriku berhenti bergerak. Kelihatan semua Ahli Majlis Tertinggi, para mas’ul halaqah dan beberapa orang pengawas telah bersedia. Baik pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan. Semuanya menanti kedatangan senior dengan buku cacatan dan pen yang tersedia kemas di tangan mereka. Mereka seperti aku, dahagakan fikrah yang boleh mengisi kekosongan jiwa dan membantu kami mendekatkan diri kepada ALLAH serta membolehkan kami beramal dengan uslub yang betul.

Aku segera mengarah ke tempat dudukku. Senior pula menuju ke tempat duduk yang disediakan untuk penceramah. Dia nampak bergaya dengan jubahnya yang serba putih.

Sebaik sahaja aku duduk, aku terus menumpukan penumpuan dengan hujung mata pen sentiasa bersedia untuk emncurahkan dakwatnya. Senior tidak menunggu lama lalu terus memulakan majlis dengan membaca ummul quran Al-Fatihah. Wajahnya yang merah tampak segar apabila memberikan penyampaian. Seakan-akan dia tidak sakit. Aku sekadar menggelengkan kepala melihat semangatnya.

“Senior tidak datang ke sekolah?” Aku bertanya kembali.

Pelajar tingkatan enam sekadar mengangguk. Aku hairan apabila melihat senior tidak bersama mereka pada waktu rehat. Apabila aku bertanya, mereka ringkas menjawab yang senior sakit. Aku jadi risau. Aku bergegas menghabiskan nasi ayam di dalam pinggan. Air soya kegemaranku tidak kuhabiskan. Aku berikan sahaja kepada pelajar tingkatan satu yang duduk bersebelahan denganku. Rezeki dia.

Aku membeli beberapa biji kuih kegemaran senior dan juga air soya suam. Tanpa membazirkan masa walaupun sesaat, kakiku segera melangkah ke bilik sakit yang terletak di aras paling bawah asrama lelaki. Jaraknya dengan kantin tidaklah terlalu jauh. Dalam perjalanan, aku melihat jam yang setia di tangan kananku. Pukul 10.50 pagi. Selalunya pada waktu ini aku sudah berada di musolla untuk sembahyang dhuha. Tetapi nampaknya amalan sunat yang afdhol itu terpaksa aku tinggalkan untuk menziarahi senior.

Sampai sahaja di hadapan bilik sakit, aku memberi salam dan meminta izin untuk masuk. Kedengaran suara yang agak lemah di sebalik pintu menjawab salam dan menjemputku masuk. Aku membuka pintu dan melangkah masuk menuju ke arah senior. Hanya senior seorang berada di dalam bilik ini. Kulihat wajahnya merah kepanasan.

Aku terus melekapkan telapak tanganku pada dahinya.

Panas.

Terlalu panas.

Aku lihat senior cuba mengukir senyum. Lambat kemudian baru senyumannya sempurna.

Kaifa asbahta?” Senior bertanya tentang pagiku dalam bahasa syurga.

Asbahtu ‘ala fitratil islami wakalimatil ikhlas Aku menjawab seadanya.

Pertanyaan dan jawapan yang penuh dengan makna yang mendalam. Aku duduk bersila di sebelah katil senior. Kuusap rambut senior yang sedikit kusut.

“ Senior demam teruk ni, tak nak pergi hospital ke?” Aku bertanya. Senior menggeleng.

“ Ini mungkin kifarah dosa, tiada masalah dan tidak perlu pergi ke doktor” Senior menjawab lemah.

“ Tapi senior, keadaan senior macam tak berapa baik. ALLAH suruh kita jaga kesihatan” Aku cuba memujuknya lagi.

Senior hanya tersenyum sambil menggeleng perlahan. Senior memang pantang pergi ke hospital kalau sekadar demam ataupun sakit-sakit biasa. Katanya, antibodi akan menjadi lemah sekiranya asyik dibantu ubat doktor. Lagipun ubat doktor mengandungi dadah. Tidak berapa baik untuk jangka panjang.

Aku mengalah. Lalu kusuakan kepadanya kuih-kuih kegemarannya.

“ Mari makan senior, saya ada belikan kuih kegemaran senior” Aku mengeluarkan kuih karipap kegemaran senior.

Dia menghulurkan tangan kanannya ingin mencapai kuih itu. Namun segera kutarik kuih itu kepadaku. Dia seperti terkejut. Aku tersenyum.

“ Senior ingat lagi tak waktu saya sakit dulu?” Aku bertanya kepadanya.

Senior mengangguk lemah.

“ Waktu tu senior suapkan saya, hari ini biar saya suapkan senior” Aku menyuruhnya membuka mulut. Dengan berhati-hati kusuapkan kuih itu ke dalam mulutnya. Senior cuba mengunyahnya. Tampak sukar. Tetapi dapat juga diselesaikan. Senior tersenyum. Aku membalasnya.


Rasa tenang.

Rasa senang.

Hasil persahabatankah? Hatiku berdetik. Namun perhatianku kini tertumpu kepada senior.

Tiba-tiba loceng berbunyi deras. Waktu rehat sudah tamat. Semua pelajar mesti pulang ke kelas. Senior segera memegang tanganku. Aku melihatnya. Matanya membalas redup.

“ Pergi,” Ringkas kata-katanya. Aku terpempan.

“ Bukankah senior sakit?” Aku bertanya. Senior tersenyum kelat.

“ Menziarahi sahabat yang sakit, sunat. Menuntut ilmu fi sabilillah, wajib” Senior menjawab penuh tersirat.

Aku mengangguk faham. Segera aku bangkit.

“ Belajar betul-betul” Perlahan suara senior kedengaran apabila aku sampai di muka pintu. Aku berpaling menatapnya. Tersenyum.

“ Senior jaga kesihatan ya?” Aku berpesan.

Dia mengangkat tangan lemah. Tanda jangan risau. Aku tersenyum. Pantas aku bergerak menuju ke kelas sebaik sahaja pintu itu kukatup rapat.

Perasaan senang setelah melawat senior, hilang rasa gundah yang menghambat, ringan jasad untuk berjihad. Aku melangkah penuh semangat, seakan wakil senior meneruskan perjuangan. Apa perasaan ini? Aku juga tidak mengerti. Aku teruskan langkah, bersiap untuk menghadapi pelajaran yang seterusnya.

Sudah beberapa hari senior sakit. Namun hari ini senior sudah mula ke sekolah. Entahlah, mungkin dia sudah rasa sedikit sihat. Aku juga perasan akan kehadirannya di musolla tadi. Cuma masa rehat yang singkat tidak memberikan aku peluang untuk bertegur sapa dengannya. Tambahan, senior datang ke musolla lewat. Apabila aku sudah habis bersembahyang, senior baru sahaja mula mengangkat takbiratul ihram.

Sebaik sahaja waktu rehat berakhir, aku bergegas turun menuju ke rak kasut. Kasut hitamku kucapai lalu kusarung kemas.

“ Abang Saifullah!!!!!!” Satu jeritan nyaring kedengaran.

Kelihatan seorang pelajar bberlari tergesa-gesa mendapatkanku.

“ Mengapa?” Aku bertanya segera. Pantas dia bercerita.

Sakit sungguh kepalaku. Baru sahaja kes kecurian di kelas Tingkatan Satu Hamzah selesai pagi tadi, kini aku menerima satu berita yang agak mengejutkan pula. Seorang pengawas tingkatan tiga telah dibelasah dengan teruk oleh Saifuddin dan teman-teman. Kejadian itu berlaku di kelas tingkatan lima aliran sastera. Lima Syed An-Nursi.

Aku segera berlari menuju ke kelas Tingkatan Lima Syed Nursi. Daripada Musolla aku melepasi dataran. Aku melompat sahaja ketika menuruni tangga yang menuju ke kantin. Cermin gelap bahagian tempat makan guru memantulkan bayangan diriku. Pantas sahaja anak-anak tangga yang menuju ke bangunan akademik utama kulangkah dengan langkahan yang besar. Dalam masa tidak sampai dua minit, aku telah tiba di hadapan kelas itu. Keadaan yang sesak di hadapan kelas memaksa aku menjerit dengan suara yang agak kasar meminta mereka memberikan laluan. Lantas pelajar-pelajar yang berkumpul sebagai penonton itu berundur memberi laluan kepadaku.

“ Oh, ada Ahli Majlis Tertinggi yang datang” Kedengaran suara Ali dari dalam kelas.

“ Berikan sambutan yang hangat kepadanya, bukankah Rasulullah berpesan suapaya kita menghormati tetamu” Suara Saifuddin dengan hadith Rasulullah yang sering menari di mulutnya pula kedengaran.

“ Abang power rangers biru dah datang” Karim menambah.

Kata-katanya menambah amarah di dalam hatiku. Pengawas sekolah memakai baju seragam berwarna biru. Hal ini membuatkan pelajar-pelajar bermasalah memberikan gelaran power rangers biru kepada pengawas.

Berkerut dahiku menajamkan anak mataku memandang mereka. Benar-benar meruntuhkan tembok kesabaran hatiku dengan sikap mereka. Tambah pula aku melihat pengawas tingkatan tiga, Zayd sedang terbaring dengan mulutnya dipenuhi darah.

Wow, you looking very angry friends” Omar berucap sinis.

Dia kini menghalang pandanganku dengan tubuhnya yang sasa. Aku mengetap bibir menahan kemarahan. Nampaknya mereka benar-benar telah melampau.

“ Apa salah dia?” Aku cuba bertanya dengan suara serendah yang boleh.

Cuba untuk berdiplomasi dan berhikmah. Jantungku berdegup-degup kencang dengan syaitan mula berlari-lari di setiap urat darahku menghasutku menarik amarah keluar memunculkan diri.

“ Herm, apa salah dia yek? Tuan Hakim, sila terangkan kepada kawan kita ni” Dengan nada mempermain-mainkanku, Omar menyuruh Saifuddin menerangkan kepadaku.

“ Oh ya Encik Polis, nampaknya budak ni telah melanggar perintah ALLAH yang menyuruh manusia mengajak manusia lain dengan cara yang hasanah dan berhikmah” Saifuddin mula memutar belitkan firman ALLAH untuk kepentingan dirinya. Sememangnya dia berbakat untuk menjadi ulama’ palsu. Hatiku diamuk amarah. Namun aku masih cuba bersabar.

“ Habis apa yang dia buat?” Aku bertanya lagi.

Kali ini mataku menangkap sengih mengejek dari Karim. Bibirnya mula mengukir bicara.

“ Dia suruh kami keluar dari kelas untuk pergi sembahyang zuhur kat surau. Kasar betul cara dia ajak. Tak hormat langsung kami yang lebih tua ni. Main paksa-paksa pulak. Tak sedar yang dia tu kecik. Ingat jadi pengawas bagus ke?” Ali menjawab kasar.

“ Betul, bukankah ALLAH kata tiada paksaan dalam agama? Rasulullah pun kata yang kecil perlu menghormati yang tua. Dia ni telah ingkar dengan ALLAH dan Rasulullah” Saifuddin sekali lagi menambah hujah mereka dengan hadith dan ayat Al-Quran. Memang dasar anak Kiai Salleh.

“ Kenapa? Kau tak puas hati ke? Nak lawan?” Ali mencabar.

Tampak dia sudah mula mengepal penumbuk. Omar juga mula mengikuti langkahnya. Ketika ini aku memandang mereka dengan wajah yang merah padam. Nampaknya aku sudah tidak dapat mengawal lagi amarah di dadaku. Perbuatan mereka sememangnya sudah melampau. Mereka ingat ini sekolah bapak mereka ke?

“ Kau ingat kau HEBAT PANDANG KAMI MACAM TU HAH?!!!!” Omar mengeraskan suaranya secara tiba-tiba sekaligus melancarkan tumbukan sulungnya ke arahku. Sudah semakin berani mereka. Bukankah aku Ahli Majlis Tertinggi Badan Pengawas Sekolah?

Pantas kulangkahkan kaki kananku ke celah kelengkang kaki Omar. Tubuhku kuiringkan keluar dari pusat serangan. Tumbukannya tersasar tidak mengenai tubuhku. Lantas tangan kiriku menangkap kemas penumbuknya. Omar tergamam melihat pergerakannya terkunci dengan pantas. Gerakan buah Silat Tempur Tangan Kosong ajaran ayah kupraktikkan pada tahap yang amat sempurna. Tanpa memberikan celahan masa walau sesaat, tangan kananku pantas menuju ke batang hidung Omar. Tumbukan pengakhiran yang dijangka mampu membuatkannya cedera parah. Hidungnya pasti patah.

“ BERHENTI!!!!” Sejurus itu tangan kananku terhenti.

Rasa panas.

Bukan aku yang menghentikannya. Ada satu tenaga asing yang mengahalangnya. Lantas kutoleh ke belakang. Senior!!!.

Dengan wajah yang jelas dalam kemarahan, Senior memegang kemas tangan kananku mengunci mati seranganku sebentar tadi. Senior tiba dengan lima lagi Ahli Majlis Tertinggi Badan Pengawas Sekolah. Abang Irfan turut ada bersama.

Pelajar-pelajar yang sedari tadi menjadi penonton setia di luar kelas turut terkejut dengan kehadiran mereka. Sememangnya mereka berenam amat disegani oleh semua pelajar di sekolah ini. Keadaan menjadi senyap dan sunyi. Amukan marahku yang sedari tadi membara mula mereda melihat wajah senior. Pasti dia akan membantuku menangi mereka berempat.

“ Apa yang kamu buat ni Saifullah?” Keras suara senior mengherdikku.

Aku terkejut. Mengapa aku pula yang dimarahi? Pantas senior menarikku keluar dari medan pertempuran dengan kasar. Dua orang rakannya memapah keluar pengawas tingkatan tiga yang cedera tadi. Omar membetulkan bajunya yang tidak kemas. Tiga temannya yang lain tersengih melihat senior dan rakan-rakan.

“ Alamak, Abang ‘Senpai” datang” Karim bersahaja mengejek.

Rakan-rakanya tersenyum sinis. Nampak seperti kemenangan di pihak mereka. Pantas senior memandangnya dengan pandangan yang amat tajam. Bibirnya tidak mengukir senyum langsung. Cukup menakutkan.

Karim senyap. Saifuddin senyap. Ali dan Omar pun senyap.Tidak berani lagi mengungkap bicara. Aku yang berada di sisi senior ketika ini turut terkejut dengan reaksinya. Senior tidak pernah berkeadaan begini walaupun dalam menguruskan masalah yang amat berat. Senior sentiasa tersenyum dan tenang dalam menghadapi sesuatu keadaan. Nampaknya kini kesabaran senior sudah berada di tahap yang kemuncak. Pasti selepas ini senior akan menguruskan mereka.

“ Mari pergi” Ringkas arahan senior dalam bentuk ajakan.

Aku terkejut. Ajakannya itu mengundang hairan pelajar-pelajar di sekeliling. Malah empat paksi kejahatan turut terkejut. Siapa yang menjangka senior akan pergi begitu sahaja tanpa menguruskan mereka?

Pelajar-pelajar mula bersurai memberikan laluan kepada senior dan rakan-rakan. Senior kemas memegang tanganku. Membawaku bersamanya. Dalam perjalanan, sepatah pun dia tidak berkata apa-apa kepadaku. Tidak sekali pun dia memalingkan muka melihatku.

Aku pasti sekali destinasi selepas ini ialah Pejabat Sekolah. Aku tidak dapat menerima keadaan ini. Mengapa senior berundur dan tidak melakukan apa-apa? Apakah ini keadilan? Apakah ini tindakan seorang ketua? Apakah ini gaya seorang senior? Apakah begini caranya sahabat? Aku sudah lupa senior baru sahaja sembuh. Kira apa aku?

Melihat senior beredar bersama-sama Ahli Majlis Tertinggi yang lain, Saifuddin dan rakan-rakan menunjukkan rasa gembira mereka dengan ketawa berdekah-dekah. Kedengaran suara-suara mereka mengejek sinis menghiris hati.

“ Nampaknnya Abang “Senpai” kita mengikut sunnah Rasulullah...La Taghdob

“ Yeh senpai! Arigato gonzaimasta!!!

“ Hahaha, Ahli Majlis Tertinggi pun tidak mampu buat apa-apa”

Power Rangers biru dah hilang power

“ HAHAHAHAHAHAHA” Berderai tawa mereka bersama.

Dari jauh kedengaran sayup suara mereka meraikan kegembiraan mereka.

Mataku mula bergenang. Pandanganku mula kabur dihalang cecair di mataku. Hatiku remuk. Tambah melihat Zayd yang berlumuran darah. Mendengar pula suara mereka berempat ketawa seperti dirasuk syaitan. Aku rasa dayus. Aku rasa hina. Perlahan-lahan air mataku mengalir di kedua pipiku. Aku tidak menerima keadaan seperti hari ini. Tidak sesekali aku terima.

“ Saifullah Al-Maslul”

“ Saya”

“ Apa yang telah berlaku?”

“ Saifuddin, Omar, Ali dan Karim telah memukul pengawas”

“ Jadi apa yang kamu lakukan?”

“ Saya...”

“ Kamu bertindak melakukan kekerasan bukan?”

“ Saya hanya mempertahankan diri”

“ Benarkah?”

“ Benar”

“ Tahukah kamu sebagai pengawas dan pemimpin pelajar, kamu tidak dibenarkan melakukan kekerasan kepada pelajar lain dalam menangani masalah?”

“ Tahu”

“ Habis tu, mengapa Ahli Majlis Tertinggi melaporkan kamu telah melancarkan serangan kepada Omar?”

“ Sudah tentu tindakan saya itu adalah untuk mempertahankan diri”

“ Saya tidak dapat menerima alasan itu, kamu telah melancarkan serangan yang merbahaya dan boleh membawa kepada kerosakan anggota tubuh badan pelajar”

“ .......”

“ Pengawas tidak dibenarkan menyentuh pelajar, kamu hanya dibenarkan menulis nama dan melaporkannya kepada saya sebagai guru disiplin”

“.......”

“ Kali ini adalah amaran, seandainya kamu didapati mengulang sekali lagi tindakan seperti ini, kamu akan dikenakan denda yang amat berat serta dilucutkan jawatan”

“ .......”

“ Faham?”

“ .......”

“ Adakah kamu faham?!!!!”

“ ......”

“ Saifullah Al- Maslul bin Abdurrahman Arshad!”

“ Saya dengar, saya faham dan saya taat”

Aku keluar daripada pejabat dengan wajah yang mencuka. Aku melihat langit biru. Tampak cerah angkasa hari ini. Perlahan-lahan kututup kedua belah mataku. Sebentar kemudian dapat kurasakan angin damai meniup lemah membuai tubuhku. Gerak geram hatiku yang remuk damai sebentar dibuai angin. Kupaut ketenangan dengan istighfar. Mengadu kepada RABB. Perlahan-lahan air mataku mengalir. Menerima dengan paksa rela kenyataan hari ini.

“ Menangis?” Kedengaran satu suara. Cukup kukenali. Aku tidak menoleh. Terus sahaja mataku kututup tidak kubuka. Tidak kulayan empunya suara itu.

“ Merajuk?” satu lagi pertanyaannya menerjah gegendang telingaku. Pantas hatiku menjadi hiba. Tampaknya kegeramanku mula memuncak. Tanpa memandang ke arah empunya suara, aku berlalu pergi dari situ. Pergi meninggalkannya yang amat kuhormati. Dahulu. Kini hormatku seakan hilang.

“ Sahabat?” Kata-kata itu seperti renjatan elektrik yang membuatkan langkahanku terhenti. Aku menarik nafas sedalam-dalam boleh. Perkataan itu benar-benar membuatkan aku berfikir. Kini diluahkan oleh seorang manusia yang pernah menerangkanku dengan panjang lebar mengenai perkataan itu. Dia sahabat? Aku sahabat dia?

“ Mengapa?” Aku mula bersuara. Tetapi wajahku tidak memandang dirinya.

“ Mengapa apa?” Senior memulangkan kembali pertanyaanku.

“ Mengapa senior berbuat seperti itu?

Mengapa senior tidak menguruskan mereka?

Mengapa senior membawa saya ke pejabat untuk dimarahi sedangkan saya hanya mempertahankan diri?

Apakah begini sikap senior yang sebenar?

Pengecut?

Dayus?

Senior tak rasa hinakah?

Adakkah senior tidak punya rasa malu direndah-rendahkan oleh mereka?

Apa senior suka melihat sikap mereka?

Mengapa senior melakukan semua ini?

Saya tidak dapat menerima!!!

Saya pengawas dan merupakan Ahli Majlis Tertinggi,

mustahil hidup saya dihina sebegini.

Mengapa pihak yang salah tidak sesekali dibawa ke pejabat?

Mengapa saya yang dipersalahkan?

Mereka telah membelasah teruk Zayd hingga berdarah!!!!

Bukankah Zayd seorang pengawas?

Di manakah harga diri Badan Pengawas Sekolah?

Senior?

Adakah senior dengar?

Beginikah Senior?

Beginikah Ketua?

Beginikah Pemimpin?

Beginikah.....

Beginikah SAHABAT?!!!!!!” Aku meluahkan segala yang terbuku di dalam hati. Air mataku berlinangan membasahi pipi. Suaraku lantang memukul dinding bangunan pejabat hingga bergema. Guru-guru yang sedang berehat terganggu. Ada di antara mereka yang menjenguk melalui tingkap. Senior pula hanya senyap tidak mencelah. Aku menunggu balasan daripadanya. Mungkin responnya akan positif setelah mendengar kata-kataku. Senior menundukkan wajahnya sedikit.

“ Ya...Beginilah aku kepada kamu” Ringkas jawapan senior. Sejenak kulihat dia membetulkan cermin mata tidak berbingkainya. Kemudian dia terus berlalu tanpa berkata apa-apa. Menjadikan aku perhatian guru-guru yang menjengah keluar melihat keadaan. Aku tergamam mendengarnya.

Hampa. Kecewa. Itulah perasaan aku apabila mendengar jawapannya. Pahitnya pengertian Sahabat jika begitu keadaannya. Rupanya senior yang selama ini kuhormati dan kusanjungi merupakan manusia yang sebegini.

Naluriku selama ini yang mengangkatnya sebagai seorang teman berduka, sahabat bergembira, rakan seperjuangan, abang dalam perhubungan, ketua dalam persatuan rupa-rupanya hanyalah tipuan sahaja. Rupanya pengertian sahabat itu hanya palsu sahaja.

Sakit. Perit. Pedih. Aku memegang dada kiriku. Entah apa perasaan ini.

Aku benci perasaan ini.

Pergi!!!!.

Sakitnya hatiku. Mujur sahaja keimananku masih kuat memagari rasa hati dan fikiran akal. Jika tidak, sudah pasti aku menjerit menghadap angkasa melepaskan segala kekecewaan yang kualami. Seakan-akan selama ini takdir menipuku. Namun rasa percaya akan hikmah ALLAH masih bersemi di hati. Mengunci pemikiran yang tidak enak daripada berlari merasuk diri. Lantas dengan istighfar menari-nari di bibir, aku bergerak perlahan-lahan meninggalkan kawasan pejabat. Guru-guru yang tadinya menjengah keadaan melalui tingkap mula masuk kembali.

Aku berjalan membawa hati yang remuk dengan pendirian yang masih utuh. Percaya yang ALLAH tidak akan mempermainkanku. Percaya yang setiap sesuatu berlaku pasti ada hikmahnya. Percaya bahawa mereka yang mengajak kepada yang ma’ruf ALLAH akan membantunya.

Mungkin peristiwa yang berlaku kepadaku hari ini adalah kifarah dosa-dosaku yang lalu. Aku berjalan pulang ke asrama dengan langkah yang perlahan dan lemah. Bersabar. Sesungguhnya bersabar itu adalah yang paling baik. ALLAH tidak akan menganiayai hamba-hambaNya. Aku memujuk diriku.

Hari ini hari Khamis. Seperti yang dituntut dalam sunnah Rasulullah, hari ini aku berpuasa sunat. Telah menjadi kebiasaanku dan sebilangan besar pelajar di sekolah ini berpuasa pada hari ini. Maka hari ini, Pak Abdullah, tukang masak bagi pihak sekolah kami akan menyediakan makanan malam dengan menu yang istimewa sebagai galakan kepada pelajar yang berpuasa.

Suasana di dewan makan menjadi riuh rendah dengan suara pelajar-pelajar asrama yang bersembang sementara menunggu makanan dihidangkan. Di sekolahku, pelajar-pelajar sendiri yang menguruskan hidangan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Suasana ini mendidik pelajar di sekolah ini berdikari dan pandai mengurus diri dan keadaan. Malah pelajar-pelajar di sini menjamah makanan bersama-sama dengan memakai dulang. Empat orang satu dulang. Hal ini tambah mengeratkan lagi hubungan sebilangan besar pelajar di sini.

Hari ini adalah giliran aku untuk beratur mengambil makanan. Tiga orang rakanku yang lain duduk di atas lantai menantiku. Mereka juga berpuasa. Pelajar-pelajar yang tidak berpuasa pada hari ini telah lama meninggalkan dewan makan. Mereka telah menuju ke Musolla untuk persiapan solah Maghrib. Namun keadaan dewan makan seakan tidak berubah dengan riuh rendah pelajar. Hal ini kerana ramai dalam kalangan pelajar asrama yang berpuasa pada hari ini.

Aku menanti giliranku dengan penuh sabar. Sebagai Ahli Majlis Tertinggi Badan Pengawas Sekolah, aku mestilah menunjukkan contoh yang terbaik kepada pelajar yang lain.

Dalam sejarah sekolah sepanjang tiga puluh tahun penubuhannya, aku telah memecahkan tradisi dengan terpilih menyertai barisan Ahli Majlis Tertinggi ketika berada di tingkatan lima. Sebelum ini, hanya tingkatan enam bawah dan tingkatan enam atas sahaja yang menjadi anggota Ahli Majlis Tertinggi. Itupun hanya sebilangan kecil daripada mereka. Hal ini menyebabkan beberapa orang pelajar bermasalah, misalnya seperti Omar dan rakan-rakan, tidak berapa menyukai pencapaianku. Mereka menganggap aku tidak layak dan bakal membawa gangguan dalam kehidupan mereka. Sememangnya aku terkenal kasar dan tidak reti berkompromi.

“ Hai, mengelamun jauh nampak?” Satu suara menegurku dari arah belakang.

Aku segera menoleh. Abang Irfan yang merupakan rakan karib senior berdiri di belakangku dengan bibirnya mengukir senyum.

“ Menggelamun tenggelam dalam zikir ALLAH atau menggelamun teringat buah hati?” Pantas dia mengusik diriku tanpa menanti aku menjawab soalannya yang awal.

Aku tersengih. Hatiku sudah tawar sebenarnya untuk berinteraksi dengan orang-orang dari Ahli Majlis Tertinggi. Tambahan pula Abang Irfan turut menyertai senior dalam meleraikan peristiwa beberapa hari lepas.

“ Lah sengih pulak dia, oranng tanya betul-betul ni” Abang Irfan meneruskan lagi bicaranya.

Dia nampak tidak terkesan dengan wajahku yang mencuka. Tampak tetap bersungguh-sungguh ingin membuatkanku membuka kata. Aku tetap tidak menyua bicara. Abang Irfan menghela nafas lemah.

“ Jangan macam ni Saifullah, jangan kerana kamu marahkan abang angkat kamu, kamu marah semua sahabat-sahabatnya” Abang Irfan berkata perlahan. Aku menoleh ke arahnya. Keningku sedikit terangkat. Abang angkat?

“ Siapa abang angkat?” Aku bertanya.

Sebentar kemudian aku terdiam. Kulihat Abang Irfan tersenyum. Nampaknya umpannya telah berjaya membuatkan aku bersuara.

“ Tak guna” Aku mendengus kasar.

Namun kulihat Abang Irfan tetap tersenyum manis. Bersih sekali wajahnya.

Ha ha, bersuara jugak dia. Siapa lagi, abang senior kamulah. Kan dia tu abang angkat kamu?” Kata-katanya membuatkan aku terkejut. Terangkat keningku. Aku adik angkat senior?

Yare-yare, senior kamu tu selalu sembang fasal kamu kepada kami. Beberapa hari ni dia asyik bimbangkan kamu yang bermasam muka dengannya” Aku terpempan.

Senior asyik bercakap fasal aku? Bimbangkan aku? Risau? Aku semakin hairan. Mengapa senior begitu bersungguh-sungguh membaik pulih keadaan kami sedangkan dia sendiri yang merosakkannya.

“ Melihat wajah kamu, abang tahu yang kamu tidak mengerti mengapa senior kamu bertindak sedemikian rupa pada hari kelmarin. Tapi abang nak beritahu kamu Saifullah, sebagai seorang sahabatnya, abang faham tindakannya itu hanya inginkan kebaikan kepada kamu” Abang Irfan menerangkan.

Aku melihat telus kepada matanya. Seakan pandanganku menembusi tengkorak kepalanya. Aku melihat sedalam-dalamnya matanya yang amat jernih itu.

“ Abang kata, abang sahabat dia? Heh, apa sahabat kalau abang tak halang dia membawa saya ke pejabat hari itu. Apa sahabat kalau abang menganggap baik tindakannya hari itu?!!!” Aku membentak perlahan.

Perbualan ini hanya antara kami berdua. Aku tidak mahu ada pelajar lain yang perasaan akan isi pernbincangan kami.

“ Nampaknya kamu memang benar-benar tidak memahami erti sahabat dan mengapa kami tidak terus menguruskan mereka berempat hari itu” Abang Irfan mengeluh sedikit.

“ Abang tidak memaksa kamu memahami kami, tetapi baik kamu fikirkan abang senior kamu yang selama ini amat mengambil berat kepada kamu dan sentiasa menjaga kamu. Adakah dia akan melakukan sesuatu yang tidak baik kepada kamu?” Abang Irfan masih berusaha meyakinkan aku.

Mengajak aku untuk berfikir. Namun kini amarah lebih menguasai diriku. Akal hampir sahaja berhenti berpusing. Mujur sahaja akal itu masih berfungsi mengawal amarahku. Pantas istighfar yang bergayutan pada bibirku menahannya dari meledak.

“ Apakah tindakan dia kelmarin membiarkan pesalah terlepas, membiarkan pengawas dicederakan dan membiarkan saya dimarahi adalah satu tindakan yang betul dan tepat?!!!” Aku memulangkan kembali pertanyaannya sebentar tadi.

Egoku masih tinggi. Abang Irfan tunduk. Tampak kecewa.

“ Sudahlah” Perlahan kalam itu meluncur keluar dari dua bibirnya.

Hatiku dipukul rasa bersalah. Tetapi egoku menghalang perasaan itu menggerakkan kemaafan. Lantas Abang Irfan pergi meninggalkanku keseorangan. Aku sekadar melihat kelibatnya hilang dimamah lautan puluhan pelajar yang sedang sibuk menunggu waktu berbuka. Rasa kesal menyelit dicelah-celah pangkal hatiku. Namun kubiarkan sahaja ianya berlalu. Sebentar kemudian, aku memusingkan tubuhku. Dulang yang kupegang secara alami mengikut momentum pergerakanku.

GEDEGANG!!!!!! Bunyi dua dulang berlaga kedengaran. KPANG!!!! Diikuti bunyi sebuah dulang jatuh di atas lantai dewan makan. Kulihat dulang itu berisi masakan enak hari ini. Segalanya isinya telah jatuh mengotori jubin. Ayam percik berempah yang amat lazat sudah tidak dapat menggamit selera manusia lagi. Seluruh dewan makan senyap. Semua mata tertumpu ke arahku. Aku tergamam.

“ KAU BUTA KE HAH?!!!!” Satu jeritan yang amat keras bergema menghentam kuat gegendang telingaku sehingga bunyinya berdesing berlari-lari di sekitar cupingku.

Aku terkejut. Aku dapat melihat kini wajah Omar yang penuh dengan kemarahan menatapku. Wajahnya menyinga. Sudah pasti dulang tadi itu kepunyaannya.

“ A...Aku tak sengaja” aku cuba mempertahankan diriku. Wajah Omar yang bengis menerkamku.

“ Apa tak sengaja?” Omar menyergahku kembali.

“ Ada hal apa ni?” Saifuddin pula tiba.

Nampaknya keadaan menjadi semakin parah. Dengan jelas sekali anak mataku dapat menangkap kelibat Ali dan Karim yang baru sahaja keluar daripada kerumunan pelajar-pelajar yang melihat keadaanku. Nampaknya keadaan memang benar-benar menjadi lebih parah dan dasyat.

“ Oh, Power rangers biru rupanya, kenapa? Tak puas hati lagi ke kes hari itu?” Mulut pedas karim pantas sahaja menembakkan pelurunya.

“ Ish, tak elok macam ni Saifullah. Kan membazir tu kawan syaitan” Saifuddin pula menambah dengan hujah samawinya memerliku. Pedih sekali hatiku.

“ Kalau tak puas hati pun, janganlah jatuhkan dulang orang. Kan ada makanan kat dalam tu?” Ali menengkingku dengan penuh amarah.

Aku hanya mampu senyap. Mereka sengaja memperbesar-besarkan kesalahanku dengan menokok tambah cerita agar nampak aku benar-benar berniat jahat terhadap mereka.

“ Apa Pengawas macam ni?” Omar mula bertindak kasar dengan menolakku.

Tubuhku terundur ke belakang menuju Saifuddin. Peluang ini digunakan oleh Saifuddin untuk menolakku kembali ke arah Omar. Dengan gerak langkah yang selamba, Karim yang terkenal dengan hatinya yang busuk itu menghalang kakiku dengan kakinya. Akibatnya tubuhku hilang keseimbangan. Tubuhku jatuh di atas makanan yang tumpah di atas lantai. Habis kotor pakaianku.

“ Ops, sorry tak sengaja” Karim bersuara sinis. Berderai ketawa Omar dan teman-temannya.

“ Lain kali kalau bergerak tu tengok keadaan sekeliling” Omar dan teman-temannya berpesan kepadaku sinis.

Mereka kemudiannya beredar meninggalkanku keseorangan terkial-kial. Pelajar-pelajar lain yang sedari tadi melihat peristiwa yang berlaku mengamalkan sikap acuh tak acuh.

Namun terdapat beberapa orang pelajar terutamanya adik-adik halaqahku datang membantu. Perlahan-lahan mereka mebantuku untuk bangun. Beberapa orang teman sekelasku membantuku membuangkan sisa-sisa makanan yang terlekat pada pakaianku.

“ Ni kena tukar pakaian ni. Kotor sangat” Amiri mengungkapkan perihatinnya.

Tulus wajahnya menunjukkan betapa dia mengambil berat tentang diriku. Seketika aku terharu dengan mereka yang sanggup membantuku dalam keadaan puluhan pelajar lain hanya mampu melihat sahaja. Adakah mereka ini sahabat? Amiri dan Abbas dengan segera menemaniku pulang ke asrama. Yang lain ingin mengikuti, namun kutegah dengan alasan cukup hanya dua orang.

Dalam perjalanan Azan berkumandang. Waktu berbuka telah masuk.

“ Nah Abang Saif, ni saya bawakan kurma untuk abang berbuka” Abbas menyuakan kurma.

Bergenang air mataku. Baik sungguh hati mereka. Di asrama aku duduk sebentar bersama mereka berdua menjamah kurma sekadar untuk berbuka. Sememangnya hari ini terselit pengalaman yang amat pahit, dan hari ini juga terdapat pengalaman yang sangat manis apabila aku mengetahui wujudnya beberapa orang manusia yang amat perihatin dengan keadaanku. Mungkinkah ini yang dikatakan sahabat?

Sememangnya kalau kufikirkan memang salahku yang tidak berhati-hati. Sebab itu aku hanya mendiamkan diri ketika dipermainkan oleh mereka. Keadaanku itu membuatkan mereka mendapat peluang yang besar untuk mengenakanku. Tak mengapalah, sekurang-kurangnya ALLAH masih memeliharaku dari kecelakaan yang lebih teruk.

Aku melepaskan nafas dengan lemah. Sejenak aku terdiam di tempat itu berfikir. Apalah dosa yang telah aku lakukan sehingga ALLAH mengujiku sebegini? Ya ALLAH, Sesungguhnya Kau tahu hambaMu ini amat lemah. Maka bantulah aku Ya ALLAH dan jangan sesekali Kau tinggalkan aku daripada jagaanMu.

Hari ini pertandingan final Bola Tampar Peringkat Negeri. Seawal pukul empat setengah pagi aku bangun. Perlahan-lahan aku bangkit agar tidak mengejutkan penghuni bilikku yang lain. Masa masih terlalu awal untuk mereka bangun. Aku hari ini berniat untuk menunaikan solah hajat agar ALLAH mempermudahkan jalan bagi pasukan kami meraih johan.

Angin sejuk pagi yang menderu mencengkan tulang sum-sumku. Menggeletar aku kesejukan. Namun aku tetap melangkah dengan penuh bersemangat. Angin ini tidak dapat mengahalangku. Aku melangkah gagah ke musolla.

Sampai sahaja di musolla, tempat mengaambil wudhu’ menjadi tempat singgah yang pertama. Perlahan-lahan aku mengambil wudhu’ dengan sempurna. Wajah kusapu air rata. Bergayutan air jernih pada janggutku yang nipis. Kedua belah tangan kusapu air hingga ke siku. Rambutku yang lembut lurus kubasahkan. Kedua belah kaki kuratakan dengan air hingga ke buku lali.

Aku rasa tenang.

Damai.

Senang.

Perlahan aku berjalan sambil merenjiskan air dari anggota wudhu’ku. Aku berjalan menaiki anak tangga. Musolla sekolahku bertingkat dua. Ruang sembahyangnya berada di tingkat dua. Aras bawah digunakan untuk ruang pejabat am, pejabat peperiksaan dan bilik mesyuarat. Tandas, tempat berwudhu’ dan kolah juga diletakkan di aras bawah.

Belum pun habis tangga aku naiki, suara yang agak merdu sayup-sayup kedengaran. Meruntun sayu di hati. Menggerak kalbu yang menyendiri. Bacaan Imam Jibrail kedengaran ditiru sempurna. Sayup dan sedih. Secara tidak langsung kolam mataku bergenang. Suara siapakah itu? Macam sering kudengar. Takkan jin kut?

Suara itu sayup mebaca penghujung juzu’ 2 Al-Quran.

Kedengaran kisah Talut dilantunkan indah.

Bani Israel meminta kepada ALLAH memohon pemimpin berkaliber memimpin,

Mereka ingin berperang dan mati dijalanNya,

Mereka berkata mereka akan turut, taat dan setia,

Bingkas nabi mereka berkata mereka akan ingkar pada akhirnya,

Bani Israel bertegas,

Talut dilantik ALLAH,

Penapisan bermula,

Talut kurang harta, Bani Israel kembali bersuara,

Apa lebihnya dia?

Nabi mereka dengan tenang berkata,

ALLAH mengurniakan Talut ilmu dan jisim yang gagah perkasa,

Dan ALLAH akan memberikan kekuasaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki,

Buktinya Tabut berisi Taurat akan kembali,

Diusung malaikat penuh berseri,

Rakyat kembali taat, yang ingkar berterusan pergi,

Tertapis tapisan ALLAH yang teliti,

Tapisan kedua bermula,

Talut menggerakkan tenteranya,

Diingatkan akan sebatang sungai ujian buat mereka,

Siapa yang minum melebihi secakup telapak tangan bukan dari kalangan mereka

Perjalanan jauh menyerap tenaga,

Bertemu sungai lupa semua,

Ramai yang tertapis tinggal tidak bermaya,

Tapisan ketiga berkunjung tiba,

Medan perang dihampiri,

Kelihatan tentera Jalut garang berdiri,

Tentera Talut menjadi gentar,

Takkan mampu kita tewaskan mereka hari ini,

ALLAH menenangakan,

Berapa banyak kaum yang sedikit telah mengalahkan yang ramai,

Dengan kasih-sayang ALLAH?

Mereka berdoa agar dikuatkan pasak mereka,

Bingkas bangun berperang tanpa gentar dalam hati mereka,

Namun angka yang sedikit menyesakkan,

Talut ingin berundur,

Jalut mencabar,

Seorang Budak keluar,

Jalut ketawa kelakar,

Pantas Dawud melastik tepat,

Tumbang Jalut tamat riwayat,

Kekuasaan ALLAH yang menguasai segalanya,

Tampuk pemerintahan beralih tangan,

Dawud berkuasa,

Inilah kisah yang diceritakan kisah yang benar,

Sesungguhnya ALLAH amat berkuasa atas segala-galanya.

Aku berdiri takjub. Dibuai cerita indah firman ALLAH. Air mataku mengalir perlahan terharu. Hati tersentuh dengan kekuasaan ALLAH.

“ Sedapkan senior baca?” Suara Abang Zubair kedengaran di cuping telingaku.

Aku bukan main terkejut lagi. Terperanjat aku dibuatnya. Segera aku menoleh ke belakang, semua anggota pasukan bola tampar berdiri di belakangku. Aku bertanya kepada mereka apa urusan mereka beramai-ramai di sini. Rupa-rupanya mereka semua mempunyai tujuan yang sama sepertiku. Ingin melakukan solah hajat. Benarlah kata orang, gerak hati teman serupa.

“ Senior kah itu?” Aku bertanya kembali.

Abang Hanifah yang berdiri di sebelah Abang Zubair mengangguk. Walaupun aku sedikit kecewa dengan Ahli Majlis Tertinggi, namun aku tetap cuba berinteraksi baik dengan Abang Zubair dan Abang Hanifah kerena mereka adalah sepasukan denganku. Jika aku bermasalah dengan mereka, mustahil kumpulan kami akan berjaya.

“ Ya, dia ada cakap semalam yang dia juga nak bangun awal pagi ini buntuk berdoa buat pasukan kita” Amiri pula menambah.

Aku seperti tidak percaya. Tulusnya hati dia.

“ Lagipun dia kata, Saifullah juga turut bertempur. Mana mungkin dia akan lupa mendoakan sahabatnya” Abang Zubair menepuk bahuku penuh makna.

Kata-katannya membuatkan hatiku berdetik. Senior?. Aku mula rasa bersalah berkasar dengannya hari itu. Namun aku cuba menafikan perasaanku. Argh, aku yang betul. Mana mungkin aku akan pergi meminta maaf. Egoku amat tinggi. Mustahil benteng itu mampu dilepasi.

Seketika kemudian, semua ahli pasukan bola tampar sekolah berpecah mencari tempat masing-masing. Solat Hajat afdhol dilakukan seorang diri. Aku cuba menenangkan diri. Aku tidak mahu sengketaku dengan senior mengganggu munajatku dengan ALLAH. Perlahan-lahan aku tenggelam dalam ibadah. Segala gerak persekitaran menjadi lenyap dari pancaindera. Kuniatkan bersungguh-sungguh agar ALLAH membantu pasukan kami yang ingin membawa imej Islam ini. Kemenangan hanyalah daripada ALLAH, justeru memohon kepadaNya adalah satu kemestian.

“ Kalahlah wei,”

“ Lagi-lagi kalau Saifullah main”

“ Pergi kalah buat, buang karan aje”

“ Baik tidurlah”

Suara-suara kurang enak berdengung dalam corong telingaku. Aku memandang keluar van. Saifuddin, Omar, Ali dan Karim kelihatan bersama berdiri di hadapan pintu dorm mereka. Wajah mereka ditambah pula dengan suara ejekan yang menyakitkan hati, cukup mendengkelkan hatiku. Mengundang rasa benci jiwaku. Mereka memang tidak puas-puas menyakiti hatiku. Pantas istighfar menari di bibir. Jika tidak, pasti amarahku meledak.

“ Bersabarlah, jaga hubungan dengan ALLAH” Amiri menepuk-nepuk lembut bahuku.

Sungguh perihatin.

“ Terima kasih” Aku membalas kebaikannya dengan ucapan yang tidak seberapa.

“ Baiklah, kita akan bertolak ke Dewan Rakan Muda. Ustaz harap dalam sepanjang perjalanan nanti, kamu dapat menghiasi bibir kamu dengan zikir agar ALLAH memberkati kita pada hari ini” Ustaz Mahadzir berpesan kepada kami semua.

Semua ahli pasukan mengangguk tanda faham. Tanpa disuruh, Abang Hanifah selaku ketua pasukan membacakan doa menaiki kenderaan. Dalam doanya itu, dia tidak lupa menyelitkan permohonan kepada ALLAH agar rintangan kami pada hari ini dipermudahkan. Kami yang lain mengaminkan. Semuanya sudah memaku semangat. Hari ini kalimah tauhid akan bergema di Dewan Rakan Muda.

Di sepanjang perjalanan, kami hanya senyap tidak bercakap. Hanya zikir sahaja yang kami gumam. Hati kami menjadi senang. Galau gemuruh beransur tenang. Rasa dijaga kasih ALLAH, rasa dibelai rahmatNya setiap saat.

Jarak antara sekolahku dengan Dewan Rakan Muda hanyalah dalam jarak dua belas kilometer. Justeru perjalanan yang jaraknya agak sederhana itu memberi kami peluang untuk bertenang dan merancang. Namun kami telah siap merancang strategi perlawanan sebelum tidur pada malam tadi. Pada masa ini, kami mengukuhkan lagi ketahanan jiwa kami.

Fizikal bukannya ukuran walaupun membantu. Hati yang ikhlas dan berhubung dengan ALLAH adalah penentu. Bagi kami, jika menang itu adalah rezeki lebih yang ALLAH beri. Jika kami kalah, sekurang-kurangnya redha ALLAh kami telah raih. Sebab itu niat dan matlamat kami sentiasa kami perbaharui dan kami jagai. Jika niat kami salah, menang adalah istidraj. Kalah, balik tanpa piala dengan tidak mendapat habuan pahala walau sedikit. Kami amat takut, justeru kami mengambil langkah berjaga-jaga. Hati yang paling utama.

Setelah menempuh perjalanan hampir lima belas minit, bangunan Dewan Rakan Muda tersergam di hadapan kami. Sekilas itu hatiku diragut gemuruh. Namun hasil zikir sepanjang perjalanan tadi, rasa gemuruh itu tidaklah menjejaskan semangatku.

Van sekolah yang membawa kami perlahan-lahan memasuki perkarangan Dewan Rakan Muda. Ustaz Mahadzir memandu terus ke tempat letak kenderaan yang paling hampir.

“ Baiklah, kita dah sampai” Ustaz Mahadzir menarik brek dan mematikan enjin. Kami segera membuat persiapan ringkas. Semua membawa keluar peralatan masing-masing. Sahel, salah seorang teman sekelasku ditugaskan mengangkat beg bola tampar. Amiri pula mengangkat air minuman. Abang Zubair dengan rela hati mengangkat plastik yang mengisi baju jersi kami. Setelah semua peralatan penting dikeluarkan, kami menunggu arahan Ustaz Mahadzir.

“ Sekarang kita telah hampir kepada garisan penamat. Entah apa lagi yang ana patut ajar. Rasanya semua telah ana curahkan. Cuma sedikit pesanan, jaga hubungan dengan ALLAH dan sahsiah islamiyyah yang kita bawa” Ustaz Mahadzir berucap ringkas.

Wajahnya mengukir senyum ceria. Kami juga membalas senyumannya. Ustaz Mahadzir terus sahaja masuk ke dewan. Dia pastinya perlu menguruskan hal-hal pendaftaran pasukan. Sebaik sahaja dia hilang ditelan pintu dewan, aku memandang tepat kepada Abang Hanifah. Dia ketua, pastinya punya rencana.

“ Baiklah, sekarang kita semua tukar baju dahulu kemudian kita warm up” Ujarnya.

Kami taat dan patuh. Baju yang tersarung pada badan segera ditanggalkan. Masing-masing mengambil jersi biru hitam. Jersi ini berwarna biru pada bahagian badan. Nombor dan bahagian bahu berwarna hitam. Di bahagian bahu kanannya tertera lencana sekolah kami. Seluar hitam yang telah sedia tersarung di kaki kami menjadikan kolaborasi warna pakaian kami amat serasi. Nampak gagah. Nombor sembilan setia tertera di bahagian dadaku. Nombor kegemaran.

Setelah selesai warm up, kami berkumpul di belakang dewan. Peluh sudah membasahi tubuh badan kami. Api semangat membara tidak berhenti. Semua wajah ahli pasukan tampak bersungguh-sungguh. Abang Hanifah mengetuai kami menasyidkan nasyid ‘Sunnah Berjuang’. Nasyid yang amat menyentuh jiwa. Mendalam sekali maksudnya. Meniup api semangat kami agar lebih membara.

Berjuang menempah susah,

Menanggung derita menongkah fitnah,

Itulah gelombang hidup samudera duka,

Seorang mujahod memburu syahid,

Dibuang dia berkelana,

Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid,

Namun jiwa tetap mara menuju cita,

Membara demi ALLAH dan RasulNya,

Berjjuang tak pernah senang,

Ombak derita tiada henti,

Tennga tegang silih berganti,

Inilah sunnah orang berjuang,

Malamnya bagai rahib merintis sayu,

Dihiris dosa air mata,

Siangnya bagaikan singa di rimba,

Memerah keringat meluah tenaga,

Berjuang memang pahit,

Kerana syurga itu manis,

Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar,

Bukan sedikit pedih yang ditagih,

Berjuang ertinya terkorban,

Rella terhina kerna kebenaran,

Antara dua pasti terjadi,

Tunggulah SYAHID... atau

MENANG....

Kami bernasyid penuh semangat. Abang Zubair kulihat menutup matanya. Abang Hanifah menundukkan kepala. Amiri menghalang pandangannya dengan tangan. Aku bergenang air mata. Semua pasukan dihinggap sayu merasa. Tersentuh dek bait-bait nasyid penuh makna. Api kesungguhan mula bersemarak, gelombang semangat mula menerjah.

“ TAKBIIIIIIIIIRRR!!!!!!!” Abang Hanifah menjerit sekuat hati.

Kami menyambut penuh semangat.

“ ALLAHUAKBAR!!!!” Bergema angkasa dengan suara kami.

“ KITA AKAN GEGARKAN DEWAN INI DENGAN KALIMAH TAUHID!!!!” Abang Zubair menjerit keras.

Kami membuat bulatan. Tangan kami disatukan di tengah.

“ ISLAM BOLEH!!!!!!” Kami menjerit bersama-sama sambil tangan kami angkat ke udara.

“ Kedua-dua pasukan diminta menghadirkan diri ke dalam dewan. Perlawanan akan bermula sebentar sahaja lagi. Terima kasih” Kedengaran pembesar suara menyampaikan kata-kata pengerusi majlis.

“ Jaga hubungan dengan ALLAH” Abnag Hanifah menepuk-nepuk dadaku ketika kami bersalaman.

Aku sekadar mengangguk. Kami sepasukan melangkah dengan penuh yakin memasuki dewan. Sorak sorai penonton dan penyokong bergema menyambut kami. Dalam hati, aku tidak lepas berzikir dan beristighfar. Takut sekali pergantungan kepada ALLAH putus di sini. Aku yakin, semua ahli pasukanturut berzikir di dalam hati mereka mengusir riak dan takabbur di dalam jiwa.

Mataku meliar ke arah penonton. Kelibat pelajar-pelajar sekolahku yang hadir sebagai penyokong kelihatan. Aku melambaikan tangan. Mereka menjerit menambah semangat. Aku tersenyum. Dalam diam hatiku menduga, mencari di manakah senior. Aku hairan mengapa aku begitu ingin mencarinya. Namun perjalanan yang singkat menghalang pandanganku merayapi seluruh tempat penonton. Aku terus sahaja menumpukan keadaan gelanggang. Bayangan senior menghilang.

“ Baiklah, kedua-dua pasukan telah memanaskan badan. Saya rasa kita mulakan sahaja pertandingan peringkat akhir ini” Pengadil bersuara tegas.

Daripada dua belas orang, enam maju bermain. Aku, Abang Zubair, Abang Hanifah, Amiri, Sahel dan seorang lagi pelajar tingkatan tiga, Ridhwan masuk ke gelanggang. Sorakan penonton seakan kedengaran gamat. Suara teman-teman sekolahku menguasai dewan.

Kuintai pihak lawan yang berbaju merah kuning. Mereka tampak gagah dengan saiz badan yang tinggi. Itulah Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi. Johan tujuh tahun berturut-turut Pertandingan Bola Tampar Peringkat Negeri. Rasa gerun hinggap sebentar di hati. Kuusir dengan selawat dan salam ke atas Nabi. ALLAH bersama kami.

Pasukan mereka melakuakan servis awal. Tiupan pengadil menandakan pertandingan bermula. Servis dilakukan. Aku yang berada di tempat perejam utama tunduk bersedia, bola bergerak laju dan deras melepasi net. Bola yang pada awalnya berada di tengah memesong secara tiba-tiba menuju ke kanan. Aku terkejut. Abang Zubair yang berada di belakangku hanya mampu melihat bola jatuh betul-betul di atas garisan putih.

PRIIIT!!!! Bunyi wisel tanda mata dikutip.

Bergegar dewan dengan sorakan penyokong lawan. Penyokong pasukan kami tetap bersorak memberikan kata perangsang. Baru satu mata.

Aku memandang pemain bernombor satu di pihak lawan. Dialah yang melancarkan servis sebentar tadi. Dia kulihat tersengih mengejek. Memang dasar juara bertahan. Abang Hanifah segera mengumpulkan kami di tengah.

“ Dengar sini, servis mereka memang mengancam. Kita kena lebih menumpukan perhatian dan bergerak lebih pantas” Abang Hanifa berpesan.

Kami berpecah ke posisi masing-masing. Semuanya dalam keadaan bersedia. Sahel yang menjadi setter pasukan kami memberikan isyarat kepadaku dengan jari telunjuknya. Aku faham lantas mengangguk.

Servis kedua dilancarkan. Berbisa seperti tadi. Namun kami sudah bersedia. Amiri yang terkenal pantas segera menyambut bola tadi dengan kemas. Bola melambung perlahan ke arah net. Ketika ini aku berundur beberapa tapak. Sahel tidak menunggu bola sampai kepadanya. Dia melompat dan terus melakukan set yang sempurna. Bola lambung ke kiri dalam jarak satu depa dari net. Bola kegemaranku. Masa tidak kubiarkan berlalu, langkah lompatan yang telah kuatur bergerak. Aku melompat tinggi separas bola yang melambung. Segalanya berlaku dengan pantas. Dengan sekuat hati, tangan kananku merejam deras.

PRIIIT!!!! Bunyi wisel kedengaran. Bola jatuh tepat pada garisan serangan. Teknik Open Spiking yang berubah menjadi fast spiking pastinya tidak dapat dijangka. Pemain lawan kulihat membeliakkan mata tidak percaya.

Aku mengangkat tangan tanda syukur. Ustaz Mahadzir kulihat tersenyum. Dewan menggegak gempita dengan laungan tahmid dan takbir daripada penyokong pasukan sekolahku. Aku sekadar tersenyum menjeling pemain lawan yang memakai jersi nombor satu. Dia mencemikkan wajah tanda kurang senang.

Perlawanan diteruskan. Suasana semakin tegang. Masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri. Servis demi servis bertukar tangan. Mata demi mata meningkat bersilih ganti. Dewan beberapa kali bersorak gempita menyaksikan aksi-kasi hebat yang ditunjukkan. Kedua-dua pasukan memberikan saingan yang hebat. Kedua-duanya menunjukkan permainan yang garang.

Sahel memberikan isyarat tiga di pinggang belakangnya. Aku melihat dengan jelas dan ammat arif bahawa isyarat itu adalah untuk Abang Zubair yang sedang berdiri di sebelahku. Kini mata terkahir perlu kami raih untuk mengakhiri set ini dengan kemenangan. Abang Zubair kulihat mengangguk faham. Kemudian dia memandang kepadaku. Dia memberikan isyarat dengan jari hantu melilit jari telunjuknya. Aku mengerti.

Amiri melancarkan servis, bola meluncur laju di udara. Disambut kemas oleh pasukan lawan. Bola terlantun ke udara. Setter pasukan mereka mencuit sedikit bola. Pantas pemain bernombor tujuh melompat ke tengah. Dalam gerak langkah yang spontan, bola direjam kuat. Teknik fast yang sempurna. Namun Abang Hanifah telah bersedia lebih awal, tangannya bersedia di atas lantai. Bola melambung dengan momentum yang masih berbaki, Sahel pantas menolak bola tinggi ke udara. Aku yang sedari tadi mengatur langkah mula mara. Aku melompat tinggi. Rejaman tiga meter seakan bakal dilancarkan. Aku semakin merapati bola. Melihat keadaan ini, tiga orang pasukan lawan yang berdiri di hadapan melompat untuk pertahanan. Sejurus itu juga aku turun tanpa merejam. Pihak lawan terkejut. Pertahanan mereka kembali jatuh ke tanah. Ketika ini Abang Zubair pula sedang berada di udara, dengan penuh tangkas rejaman tiga meter dilaksanakannya. Ibarat peluru, bola meluru laju ke kawasan lawan. Melantun bola selepas menyentuh lantai gelanggang lawan.

PRIIIIIIIT!!!!!

Wisel berbunyi tanda set pertama berakhir. Teknik dummi berjaya. Gemaan takbir berdengung menggegar dewan. Ramai penyokong pasukanku berdiri. Set pertama berjaya kami curi. Lafaz tahmid tiada henti-henti terlafaz keluar daripada bibir kami. Aku menggumam syukur sendiri. Alhamdulillah. Ustaz Mahadzir mengukir senyum gembira. Dia menepuk-nepuk belakang tubuh kami semua satu persatu. Habis melekat peluh masam kami pada tangannya.

“ Alhamdulillah, lagi satu set. Teruskan tawakkal kepada ALLAH, jangan rasa kamu dah menang, tinggi diri. Wa man yattaqillaha yaj’allahu makhroja” Ustaz Mahadzir berpesan kepada kami dalam waktu rehat selang perlawanan.

Aku memandang kepada pasukan lawan sementara Ustaz Mahadzir meneruskan kata-katanya. Aku lihat mereka berwajah sugul. Mereka belum pernah tewas. Inilah kali pertama. Pastinya satu tamparan hebat. Aku berdoa perlahan-lahan moga ALLAh mengucar-kacirkan barisan mereka.

Gelanggang bertukar. Kutepuk bahu Amiri yang kelihatan penat. Dia tersenyum. Tanganku digenggam erat. Rasa hubungan menyentuh hati. Aku yang sebenarnya turut kepenatan seakan dicas kembali. Kekuatan sekali lagi merasuk diri. Aku menjerit takbir sekuat hati.

“ TAKBIR!!!!!!” Suaraku lantang bergema.

“ ALLAHUAKBAR!!!!” Rakan sepasukan, para penyokong pasukan dan Ustaz Mahadzir lantang menjawab.

Bergegar dewan dengan suara kami. Dapat kulihat betapa gentarnya wajah pasukan lawan. Mungkin pada tahun-tahun lepas mereka berjaya menewaskan kami, tetapi pada tahun ini kami akan menumbangkan mereka.

“ Apakah kita akan senang memberikan kemenangan kepada mereka yang tidak menjaga batas-batas syara’? Jika kamu semua tidak merasa hina, maka kalahlah hari ini!!!” Tergiang dalam kepalaku kata-kata Ustaz Mahadzir sebelum kami melangkah masuk ke set kedua.

Aku kembali berdiri di posisiku. Sahel setia di tempat setternya. Abang Zubair berada di belakangku. Ridhwan di posisi tengah belakang Amiri. Abang Hanifa tenang beridiri gagah di tempat garisan melancarkan servis. Kami yang akan melancarkan serangan terlebih dahulu.

Wisel dibunyikan. Pertandingan bermula. Lapan saat diberi masa untuk melancarkan servis. Abang Hanifah yang terkenal dengan servis yoganya meluruskan tangan kirinya bersama bola kejap di telapak tangannya. Beberapa saat dia berkeadaan begitu. Pada saat yang ketujuh, bola dipukul deras. Bola meluncur laju. Aliran gerakannya sebentar ke kiri, sebentar ke kanan. Amat menakjubkan. Pihak lawan turut terpempan. Namun bola itu berjaya disambut tetapi sambutannya tidak beberapa baik. Akibatnya bola melantun kuat ke arah net. Setter pihak lawan tidak mampu menyentuh bola. Bola terus bergerak melepasi net. Bola dalam situasi yang kami gelar ‘Bola Karipap’. Pantas Amiri melompat dan menepuk bola terus ke lantai. Tanpa mampu berbuat apa-apa, pihak lawan ketinggalan satu mata.

“ Tangkas gerakan tu” Aku mencuit Amiri.

Amiri mengukir senyuman. Dia mengangkat isyarat bagus. Aku pula mengukir senyum. Selepas itu aku kembali menumpukan perhatian kepada perlawanan. Baru satu mata, kemenangan belum kami raih. Mulutku pantas kembali menggumam istighfar. ALLAH adalah punca kekuatan. Apa yang kami buat ini adalah ibadah.

“ Barangsiapa yang menyempitkan skop ibadah hanya di pagar-pagar masjid dan pembacaan Al-Quran serta zikir, maka dia telah menyempitkan keluasan Islam” Mudir menyampaikan tazkirah pada perhimpunan hari Isnin.

Aku mendengar dengan jelas kata-katanya. Walaupun mudir sudah tua, tetapi mudir kelihatan amat berwibawa ketika menyampaikan tazkirah. Tutur katanya, kalam yang diguna, bicara yang tersusun dengan ucapan yang ringkas tetapi padat menjadikan tazkirah beliau paling diminati. Kata-kata beliau menyentuh hati.

Mudir menjelaskan perihal ibadah kepada kami. Rupa-rupanya Islam adalah agama yang luas dann amat memudahkan ummatnya. Walaupun menyuap nasi, rupanya perbuatan itu adalah ibadah jika kita sertakan dengan niat dan tujuan yang baik. Bersukan juga adalah salah satu dari medium untuk beribadah. Kata-kata mudir menyemarakkan lagi kesungguhan untuk beramal.

Mudir berkata, Islam adalah agama yang mencakupi segenap aspek kehidupan. Bukannya seperti agama lain yang hanya tersekat di pagar-pagar tempat ibadah mereka. Segala perbuatan di dalam Islam mestilah dihubungkan dengan ALLAH, barulah satu perbuatan itu dikira sebagai ibadah. Justeru niat dan matlamat perlu sentiasa dijaga agar tidak tersasar dari matalamat yang sebenar yakni mencapai mardhotillah.

Mudir menjelaskan lagi, matalamat yang baik pula tidaklah menghalalkan cara yang digunakan. Uslub yang asli perlu dijaga dan segala amalan kita adalah berpandukan amalan Rasulullah. Barulah sesuatu itu dikira ibadah.

Perlawanan masuk ke saat yang sangat genting. Kedua-dua pasukan tersekat pada mata dua puluh sembilan sama. Sudah beberapa kali dius diberikan dan kini pengadil membuat keputusan agar kemenangan ditentukan pada mata yang terakhir. Jika kami mendapat mata, kami akan menjadi juara. Jika pihak lawan mendapat mata, perlawanan akan diseret ke set yang ketiga. Aku melihat rakan­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­-rakan seperjuanganku. Kondisi mereka amat meletihkan. Jika kami diseret ke set yang ketiga, pastinya peluang untuk menang menjadi tipis. Aku mula merencana agenda serangan yang seterunya.

Jari telunjuk kanan kurapatkan pada pehaku. Abang Hanifah kelihatan faham. Isyarat tiga jari kiri kuletakkan pada bahagian belakang pinggang. Abang Zubair mengerti. Kemudian aku memberikan isyarat kepada Sahel agar dia melambung tinggi bola apabila dia melakukan set sebentar lagi. Amiri kucuit.

Quick Fast” Perlahan aku membisik.

Amiri mengangguk lemah. Aku menunjukkan isyarat dua jari kepada Ridhwan. Dia mengangguk faham. Sekarang semuanya telah kuatur. Serangan seterusnya bakal menentukan. Apakah iannya akan berakhir dengan kemenangan pada pihak kami, ataupun kami terseret ke set yang ketiga.

Pihak lawan mendapat kelebihan servis pertama. Pemain yang memakai nombor satu sudah bersedia di garisan belakang. Wajahnya kulihat bersulam amarah. Pastinya malu sekolah johan tujuh tahun berturut-turut, pemainnya elit-elit dan merupakan sekolah projek tetapi ditekan hebat oleh sekolah yang terperosok di dalam hutan getah. Sebaik sahaja wisel dibunyikan, dia melakukan jumping serve.

Penuh yakin.

Menakjubkan.

Menggerunkan.

Jarang ada pemain yang akan melakukan teknik itu kerena ianya agak sukar. Tetapi nampaknya dia amat mahir, hal ini dapat dibuktikan dengan bolanya yang meluncur dengan kelajuan yang amat tinggi melepasi net tanpa tersangkut. Amiri sudah bersedia. Dia berada dalam keadaan dig. Dia tidak melawan. Tiada penambahan daya pada momentum bola. Bola melantun sederhana. Sahel segera beregerak pantas untuk melambung bola. Amiri menukar keadaan dengan berlari pantas menuju net untuk melakuakan fast. Benteng pihak lawan melompat bertahan. Amiri sudah berada di udara menunggu bola ditolak ke atas. Sahel menolak kuat. Bola meluncur ke arah Amiri.

Sekuat hati Amiri melibas. Barisan pertahanan lawan menutup mata sambil menahan. Namun tiada bunyi rejaman. Aku tersenyum. Bola melambung amat tinggi. Barisan pertahanan lawan tertipu. Tindakan Amiri sekadar dummi.

Tetapi nampaknya mereka telah bersedia mengahadapi dummi ini, mereka sudah bersedia untuk mebuat jumping block sekali lagi. Kini Abang Zubair melompat tinggi untuk melancarkan rejaman tiga meter. Dia segera mehayun pantas tangannya. Tetapi bola tetap terbiar jatuh. Sekali lagi barisan pertahanan lawan tertipu. Namun mereka seakan masih punya tenaga untuk bertahan sekali lagi. Mereka lantas bersedia untuk melompat kembali. Sungguh tinggi sekali stamina mereka.

Abang Hanifah pula membuat lompatan silang ke kanan. Target rejamannya pastilah kawasan kiri gelanggang lawan. Pertahanan lawan terus bergerak ke arah yang bertentangan untuk menghalang bola. Ketika inilah Ridhwan bergerak tangkas memangkas bola dari arah kiri dengan sekuat hatinya. Bola meluncur laju kepada bahagian net yang tidak dikawal. Tindakan Abang Hanifah hanyalah penarik perhatian bagi memesongkan barisan pertahanan. Kini mereka tidak akan punya masa untuk mengejar. Bola terus melepasi net dan jatuh pada bahagian kanan gelanggang lawan yang tidak terjaga.

Suasana menjadi sepi seketika. Bunyi wisel memecah suasana. Laungan takbir bergema. Berdengung menggegak gempita. Dewan Rakan Muda bergegar hebat. Aku jatuh melutut. Rakan-rakan lain terus sujud tanda syukur. Ustaz Mahadzir berlari masuk ke gelanggang. Para penyokong pasukan sekolah kami berdiri. Kalimah tauhid bergema menggegar dewan berkali-kali. Kemenangan akhirnya menjadi milik kami. Aku mengalirkan air mata. Seakan tidak percaya. Selama tujuh tahun pihak lawan memegang tampuk kejuaraan, selama itulah juga sekolah kami berada di tempat yang kedua. Sungguh tidak kusangka hari ini sejarah berjaya dipecahkan.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Lafaz tahmid tidak henti-henti menari di bibirku.

Penyokong keluar dari tempat duduk mereka membanjiri gelanggang. Pemain-pemain pasukan sekolah kami diserbu. Aku sendiri dipeluk erat oleh Abbas.

“ Tahniah abang, permainan yang hebat” Dia mengusap kepalaku.

Aku tersenyum pantas memeluknya.

Gembira.

Langsung tidak terkata. Kemudian Amiri pula menghampiriku, dia mencubit pipi Abbas senang. Amiri menatapku. Aku tersenyum. Dia tersenyum. Kami berpelukan.

Uhibbukafillah” Aku melafazkan kepadanya.

Uhibbukafillah aidhan” Dia membalas mesra.

Tanpa kesefahaman, hubungan dan keserasian yang berteraskan keimanan. Mustahil kejayaan hari ini akan kami raih. Aku rasa syukur kepada ALLAH. Menitis air mataku. Syahdu dan terharu. Luasnya bantuan ALLAH.

Pada akhir majlis, pasukan kami dijemput untuk dikalungkan pingat emas. Kami semua rasa bangga. Rasa bangga terpilih mempamerkan Islam. Rasa bangga dapat menunjukkan kekuatan Islam. Rasa bangga dapat menunjukkan yang terbaik dalam ibadah di lapangan sukan ini. Rasa bangga dapat membuktikan bahawa mereka yang membawa ciri-ciri Islam bukannya si lemah yang boleh di buli di atas gelanggang. Seakan segala penat letih sebentar tadi hilang begitu sahaja. Aku yakin semua itu akan dibalas oleh ALLAH.

Ketika aku dikalungkan pingat emas, satu kilatan cahaya memancar. Aku menoleh segera ke arah sumber cahaya itu. Jelas sekali kulihat senior sedang memegang kamera digitalnya. Dia tersenyum menunjukkan isyarat bagus. Aku mencemikkan muka. Namun wajah senior tetap seperti biasa. Tiada kerutan langsung pada wajahnya. Tiada kesan langsung tindakanku kepadanya. Kesabaran yang amat tinggi.

Sebenarnya hatiku rasa gembira dengan kehadiran senior, tetapi egoku menghalang dari menunjukkannya. Aku tetap ingin meneruskan konfrontasi sehingga senior meminta maaf kepadaku. Bagi aku, aku tidak bersalah pada hari itu dan senior mestilah meminta maaf kepadaku.

Dalam perjalanan pulang ke tempat duduk, hati aku merusuh memarahi diri yang begitu ego. Namun suara keegoan menempik menyuruh suara kerendahan hati mendiamkan diri. Lantas aku mematikan pemikiran mengenai senior. Hati kecil berdesis, maaf.

Aku sedang duduk di dalam bas Zuco Aeroline.

Nyaman.

Tempat duduk di sebelahku kosong. Penghuninya baru sahaja turun ke destinasinya.

Udara penghawa dingin yang amat berkesan menguasai kehangatan. Alhamdulillah jaket warisan ayah aku bawa. Kurang sedikit sengatan kesejukan yang ibarat peti ais itu. Aku tenang sahaja mengalirkan pandanganku menyoroti ritma-ritma masyarakat di stesen bas Pudu Raya. Tampak sibuk masyarakat metropolitan ini. Aku sekadar menggeleng beberapa kali melihat masyarakat di hadapan mataku. Hidayah ALLAH masih belum hinggap pada ramai hati manusia di luar sana.

Perlahan-lahan air mataku mengalir. Mengalir membasahi pipiku. Aku diterjah satu perasaan takut. Aku lihat masyarakat yang berada di luar bas satu persatu. Aku pantas terbayang suasana padang mahsyar. Aku berdiri dalam kesesakan orang ramai. Tubuhku telah lecur dimamah mentari yang hanya berjarak sejengkal dari kepala. Hangatnya menghanguskan jiwa. Aku terapung dalam lautan peluh yang mendidih.

Ketika itu satu suara yang amat nyaring memanggilku. Aku segera berenang dalam lautan peluh yang mendidih. Sesakan manusia tiada kuhirau. Suara yang menggegak gempita lebih menakutkan. Di pundakku ada sebuah kitab. Aku sendiri terlupa aku mengambilnya dengan tangan apa. Kitab itu menimbulkan rasa kurang senangku.

Sampai sahaja aku pada empunya suara, mulutku terkunci rapat. Aku cuba membukanya tapi tiada mampu. Aku menjadi takut. Aku memandang ke langit, kulihat ada sebuah skrin putih yang amat besar sekali. Baru aku perasan aku sedang berdiri. Entah bila aku berjaya keluar dari lautan peluh yang busuk dan mendidih tadi. Seluruh tubuhku terbakar sakit. Namun hairan aku masih tahan berdiri.

Ketika ini satu suara hebat menyeru. Hampir sahaja aku mati mendengar suaranya.

“ WAHAI SAIFULLAH, APAKAH KAU TELAH MENYAMPAIKAN DEENKU KEPADA SEMUA MANUSIA DI ATAS MUKA BUMIKU INI?!!!!”

Suara hebat itu mendengung-dengung pada cuping telingaku. Gegendang telingaku seakan hampir musnah menangkap getaran suaranya. Empunya suara tidak kelihatan, yang ada hanyalah cahaya yang menyilaukan. Aku gugup. Lidahku kelu. Mulutku terkunci. Kalam bicaraku terhimpit tersepit.

“ YA ALLAH, SALAHKAN SAIFULLAH ATAS DOSA-DOSA KAMI. KAMI TIDAK MENGENALIMU KERANA DIA TIDAK MENYAMPAIKANNYA KEPADA KAMI!!!!” Sekumpulan suara menyedihkan berbunyi.

Kelantangan suara itu menyentap hatiku dan mencerut jiwaku. Aku menoleh ke arah suara itu. Kulihat ahli-ahli neraka sedang diazab amat hebat. Hampir sahaja aku pengsan melihat keadaan mereka.

“ AZAB DIA YA ALLAH ATAS KEMALASANNYA. KERANA DIA TIDAK BERUSAHA MENYAMPAIKAN KEPADA KAMI KEFAHAMAN TENTANG AGAMAMU, MAKA KAMI HIDUP DALAM KEGELAPAN MEMBELAKANGI CAHAYAMU!!!!” Suara-suara ahli neraka bergema lagi.

Lantang sayu memecah hati. Tiba-tiba tanganku menjadi sakit. Kulihat Zabaniyah sedang merentap tanganku erat. Wajahnya terlalu bengis. Aku menjadi teramat takut.

“ LEMPARKAN SAHAJA DIA KE NERAKA JAHANAM” Suara yang awal tadi lantang mengarah.

Zabaniyah tanpa belas ihsan taat perintah. Segera dilambungnya aku tinggi. Seketika aku terapung di udara. Aku tidak mampu meronta. Rentapan Zabaniyyah sebentar tadi telah menghancurkan segala urat sendiku. Aku lumpuh. Sebentar di udara, aku jatuh kembali. Dengan cemeti gergasinya, Zabaniyah melibas keras.

Azab sekali. Tulang temulangku hancur berderai. Musnah. Aku terpelanting pantas ke dalam Jahanam. Aku menangis.

Aku menangis tiada henti. Baru sahaja kuerti mengapa Abbas As-Sisy menangis deras ketika melihat keadaan ummat ini. Dia merasakan tanggungjawabnya besar meliputi setiap insan di atas muka bumi. Hassan Al-Banna terasa dekat di sisi tatkala kebertanggungjawabannya kuhayati.

“ Aku bercita-cita kalau mampu, setiap perut ibu mengandung inginku ketuk agar bayi di dalamnya dapat kusampaikan kefahaman terhadap deen ALLAH”

MasyaALLAH, mulia sekali hati Sheikh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Ketika tangisanku semakin deras mengalir kerana membayangi tanggungjawab dakwah yang berat, aku terasa suara lembut As-Syahid menyapa.

“ Sekarang baru kamu mengerti erti dakwah dan tarbiyah”

Air mata kuseka. Bas masih belum berjalan. Entah belum pernah lagi bas ini berhenti di stesen ini. Malah sepanjang dua tahun lebih aku menaiki bas Zuco ini, belum pernah lagi bas ini berhenti di Stesen Pudu Raya. Lama pula tu bas ni berhenti.

Entahlah, bukan hal aku. Aku bukan taukeh bas. Mataku yang basah dengan air mata kuseka lagi. Aku menutup mataku menghindar bayangan masyarakat yang menyesakkan jiwaku. Baru sahaja aku mempelajari apa itu dakwah dan tarbiyah ketika aku tingkatan dua. Aku rasa beban dakwah untuk menyebarkan kefahaman tentang deen ALLAH yang sebenar terlekat atas tanggunganku.

Mataku semakin berat. Jam menunjukkan jam 12.30 pagi. Berfikir ligat tentang masalah ummat membuatkanku menjadi letih. Huargh....Aku menguap. Argh, baik aku lanakan diriku. Aku mesti pastikan diriku bangun tepat pada waktu subuh agar boleh kuingatkan dengan pemandu bas mengenai waktu solah. Semoga ALLAH buka hatinya untuk berhenti. Jaket warisan ayahku menjadi selimut. Kesejukan yang menyengat hingga ke tulang sum-sum berkurangan. Aku menlunjurkan sedikit tempat dudukku agar selesa untuk aku melenakan diri. Perlahan-lahan mata kupejam rapat. Dalam tasbih, tahmid dan takbir aku terlelap dibuai zikrullah.

Jam tanganku berbunyi. Tidak kuat. Hanya cukup untuk menyapa gegendang telingaku agar bergetar mengejutkanku. Sejuk hawa dingin bas mencengkam hingga ke tulang sum-sum. Menyengat sekali. Aku rasa tubuhku menjadi berat. Lebih tepat lagi bahuku menjadi teramat berat. Aku rupanya tidur berbantalkan tangan kanan yang kusandarkan di tingkap. Rasa kebas tangan kananku.

Dalam hawa yang amat sejuk ini, aku menangkap satu bau yang tidaklah aneh, tetapi amat aneh jika bau itu berdekatan denganku. Bau syampu sunsilk. Menusuk rongga hidungku. Pelik, aku tidak memakainya. Dalam mata yang masih terkulat-kulat, aku cuba menggerakkan tangan kiriku.

Kebas.

Pantas rasa sakit menjalar.

Aku bingkas menoleh ke kiri. Terkejut aku. Seorang perempuan bertudung labuh sedang enak terlena berbantalkan bahuku. Hatiku berdebar-debar. Jantungku berdegup kencang. Peparuku mengepam darah pantas. Perempuan? Aku beristighfar panjang. Cukup menduga nafsu. Syaitan kurasakan sedang menjengah denngan leretan senyuman kejahatan. Alhamdulillah segala zikir menghubung erat hatiku dengan ALLAH. Senyuman kejahatan kutepis jatuh. Yang tinggal rasa kasihan. Kasihan dengan diriku dihimpit perempuan ini. Kasihan pada perempuan ini yang kelihatan amat penat sekali.

Aku serba salah. Hendak dikejutkan kah? Aku dalam dilema. Kutatapi wajahnya. Mulus sekali menyentuh bahuku. Bau syampu sunsilk pastinya datang dari rambutnya yang dilitupi tudung labuh berwarna putih susu. Wajah perempuan ini amat ayu sekali. Bagiku inilah wanita yang paling jelita sekali pernah aku tatapi. Seketika kurasakan seperti ada air dingin yang menitis di kalbuku. Perasaan apakah ini?

Wajahnya yang amat menarik hati itu tertidur mati. Dia nampaknya terlalu letih. Aku ingin sahaja mengejutkannya. Namun kedua belah tangannya yang sedang erat memegang tangan kiriku membuatkan aku sendiri rasa malu untuk mengejutkannya. Aku rasa kelam kabut. Degupan jantung dan getaran hati yang semakin tidak keruan membuatkan aku kelam-kabut berfikir cara yang terbaik. Selalunya aku sering berusaha untuk bersikap tenang, tetapi nampaknya pemikiran aku kini turun dilanda taufan perasaan yang berkecamuk.

Aku lihat perempuan itu tertidur amat lena sekali. Tubuhnya diselimuti baju sejuk yang agak tebal. Lebih tebal berbanding jaket warisan ayah. Aku mati akal hendak berbuat apa. Ya ALLAH, berikan aku jalan keluar yang baik. Aku merintih di dalam hati. Rasanya aku telah berdosa besar pada pagi ini.

Tit...tit...tit...Bunyi penggera jam kedengaran memecah keheningan pagi di dalam bas. Aku terkejut. Kuangkat tangan kananku menatap jam hadiah ibu, bukan jam ini yang berbunyi. Seketika kemudian aku dapat merasakan tangan kiriku sedikit longgar. Namun bahuku masih terasa berat. Aku menoleh kepada perempuan yang tadinya terlena di sebelahku.

“ Eh....dah pukul lima setengah,” Merdu suaranya kedengaran indah menangkap cuping telingaku.

Perempuan itu tetap belum menggalih kepalanya dari kepalaku. Dia sekadar melihat jamnya sahaja. Tangan kanannya tetap memegang tangan kiriku. Hanya tangan kirinya diangkat melihat jam. Aku hanya mendiamkan diri. Tergamam tidak tahu hendak melakukan apa.

Perempuan itu seakan merasa pelik. Dia mengangkat kepalanya perlahan-lahan. Dia seakan masih tidak berani memandang ke arahku. Namun dapat kutangkap jelinhgan matanya ke arah tangan kanannya yang sedang memegang erat tangan kiriku. Perlahan-lahan dia menoleh ke arahku. Aku membuat wajah kosong. Aku sendiri tidak tahu hendak berkata apa. Mungkin sahaja perempuan ini akan menuduhku mengambil kesempatan ke atasnya. Kulihat matanya yang bundar itu berbinar memandangku. Sedikit terbeliak.

“ A...a...a...” Tergagap-gagap lidahnya untuk berbicara.

“ Maaf, awak yang tidur di sebelah saya” Aku cuba menjelaskan.

Sebenarnya aku takut dia menjerit menyatakan aku mengambil kesempatan ke atasnya. Pastinya jatuh air mukaku menahan malu. Sedangkan aku tidak sekali bersalah atas keadaan ini. Sememangnya dia yang silap kerana tidur dengan tidak cermat. Kulihat wajahnya merona merah. Malu atau marah?

“ Er...maaf, awak yang tidur dengan tidak cermat. Jadi awak jangan salahkan saya dan fikir yang bukan-bukan” Aku cuba menjelaskan.

Perempuan itu tampak senyap sahaja. Wajahnya sudah merah padam. Aku sendiri tidak perasan bahawa aku terpesona dalam melihat wajahnya. Amat cantik. Bersih. Cerah dan ayu. Lama aku memandang wajahnya. Dia bingkas menundukkan mukanya, barulah aku tersedar bahawa syaitan telah menjeratku.

“ Baiklah, kalau awak rasa saya yang bersalah, it’s all up to you. Saya nak pergi solah” Aku segera bangkit.

Sedikit mengeliat kemudian meminta izin untuk lalu. Perempuan itu sedikit menbgiring tubuhnya. Mukanya masih ditundukkan. Aku tidak lagi memandangnya. Menjelingnya pun tidak. Aku insaf kerena telah terlarut tadi. Istighfar segera mendamai hati. Berdosa sungguh.

Ternyata pemandu bas juga merupakan seorang yang soleh. Dia turut ingin bersembahyang. Aku tidak perlu meminta dia memberhentikan bas. Malah dengan senang hati dia berhenti di Perhentian Rehat R&R yang terdekat. Semua penumpang digalakkan turun untuk mengisi perut, membuang air kecil, dan bersolah.

Dengan langkahan yang agak pantas, aku menuju ke surau. Pemandu bas itu menyertaiku. Selepas berwudhu’, aku berdiri di tempat ma’mum membiarkan ruang imam kosong. Aku ingin mengutamakan pemandu bas yang lebih tua daripadaku. Setibanya pemandu bas di tempat sembahyang, dia menolakku ke hadapan. Nyatanya dia ingin aku yang menjadi imam. Tanpa berdolak-dalih membazirkan masa, aku mengetuai solah.

Selepas menunaikan solah, perutku rasa berkeroncong. Aku bingkas bangun mengejar masa untuk ke tempat makan. Aku tidak mahu menyusahkan pemandu bas. Selepas memilih makanan dan minuman, aku terus sahaja duduk di meja yang berdekatan. Aku membaca basmalah kemudian makan dengan enak sekali. Mee kari yang hangat dengan teh susu panas membuatkan aku menjadi segar.

Ketika aku ingin membayar makanan, aku dapati makananku sudah dibayar. Aku menjadi hairan. Aku bertanya kepada pekedai untuk mengetahui siapa yang membayarkan. Pekedai itu segera menunjukkanku ke arah pemandu bas. Ternyata pemandu bas perasan lalu melambaikan tangan. Aku pergi ke arahnya segera.

Dia menolak ketika aku ingin membayar wangnya. “Biarkan sahaja” Ringkas katanya sambil tersenyum. Sukar untuk aku berjumpa dengan pemandu bas ekspres yang sebegini rupa dalam keadaan masyarakat hari ini. Alhamdulillah ALLAH memberikan aku pengalan yang baik.

Ketika aku kembali ke tempat duduk, perempuan pagi tadi masih berada di tempatnya.

“ Awak dah solah kah?” Aku bertanya.

Sebagai seorang perempuan yang menunjukkan ciri-ciri muslim, amatlah aib sekiranya dia tidak bersolah melainkan kerana adanya uzur syar’ie. Kulihat dia menganggukkan kepalanya. Aku tersenyum senang.

“ Saya akan bergalih tempat duduk. Saya akan duduk di sebelah pemandu bas” Aku memberitahunya ringkas.

Perempuan itu masih tunduk. Aku menggeleng sahaja melihatnya. Ternyata dia adalah muslimah yang solehah. Semoga ALLAH melindunginya. Aku pantas mengambil begku yang terletak di tempat dudukku. Aku yakin perempuan itu akan senang dengan tindakanku. Tidaklah dia berasa kurang selesa untuk berehat.

“ Saya pergi dahulu, semoga ALLAH merahmati kamu ‘Afifah Solehah’” Aku melontarkan kalam spontan pemergianku.

Kutangkap wajahnya tersentak. Merona merah kembali wajahnya. Marahkah? Mungkin sahaja terkejut dengan gelaran ‘Afifah Solehah’. Aku tidak peduli. Dalam perjalanan aku ke hadapan, aku memaki diriku sendiri kerana begitu berani melontarkan kalam kepada yang bukan mahram. Aku sendiri tiada mengerti mengapa lidahku ringan sahaja bertutur dengannya. Celaka sungguh diriku.

Sepanjang perjalanan, aku mengahbisi masa dengan bersembang pelbagai perkara dengan pemandu bas. Tetapi jauh di benakku, aku tidak dapat menahan untuk memikirkan perempuan tadi. Wajahnya beresenggayutan pada tubir mataku. Seakan bulu mataku menggantung mukanya di situ. Aku beristighfar. Perasaan apakah ini?

Sebulan selepas peristiwa itu, bayangan perempuan yang kujumpai di dalam bas masih belum hilang. Aku sendiri hairan. Wajahnya seakan-akan terselit di celah-celah pelajar sekolahku. Seakan wajah seringkali muncul di kawasan sekolahku. Aku sendiri rasa pelik.

“ Aku sakitkah?” Aku pernah bertanya kepada Amiri.

Amiri berkerut hairan. Dia meletakkan telapak tangannya di atas keningku. Dia menggelengkan kepalanya selepas itu.

“ Tak panas” Amiri mengoomentar.

“ Hem...” aku mengeluh.

Aku sakit jauh di lubuk hati. Aku beristighfar merajuk. Apa kena dengan diriku?

GEDEBUK!!!! Aku terjatuh. Buku-buku latihan yang kegendong terapung sebenatr di udara sebelum jatuh bertaburan di atas tar. Aku mengaduh sakit. Kepalaku seakan terhantuk. Sakit sekali. Wajahku kini mengahadap tar.

“ Hei, awak tengok mana waktu berjalan hah?” Satu suara lembut kedengaran marah. “ Sakit tahu” Suara itu turut mengaduh sakit.

“ Habis buku saya berterabur” Suara itu kembali merungut.

Hatiku bergetar. Jantungku berdegup kencang. Aku tidak berani mengangkat muka. Apa benar yang kudengar ini? Bukankah suara ini....

“ Eh....awak....ni....” Suara lembut itu berdesir perlahan.

Aku perlahan-lahan mengangkat wajah. Mata kami buat pertama kali bertentatangan. Wajahnya merah. Jiwaku direntap satu perasaan yang hebat.

“ Awak!!!” Saya separuh menjerit tidak percaya.

Perempuan di dalam bas!!! Aku macam tidak percaya. Aku lihat dirinya juga memandangku terkejut. Adakah dia juga baru perasaan aku sekolah di sini?

“ Maaf, hari itu saya tidak cakap saya sekolah mana” Perempuan itu melirih perlahan. Dia pantas cuba menyembunyikan wajahnya.

Tangannya segera mengumpul buku-bukunya. Pastinya dia ingin mengurangkan interaksi denganku. Mungkin teringat peristiwa di atas bas. Pastinya dia merasa segan mengenangkan waktu itu.

Aku hanya melihat sahaja dia mengumpulkan buku-bukunya. Aku tidak mahu nanti kegopohanku mengundang malu. Mana tahu dalam ketergesaanku, aku tersentuh tangannya. Pasti semakin buruk situasinnya. Guru Geografiku, Cikgu Mohamad pastinya akan berleter akan kelewatanku.

“ Jadi awak memang dah kenal saya pada hari itu?” Aku bertanya.

Aku menangkap wajahnya yang cerah bersih dianggukkan. Baru aku perasaan. Dia berseragam pengawas. Dia adalah pengawas sekolah rupanya!!!

Wus!

Aku rasa seperti ada angin yang bertiup sesejuk salju di dalam hatiku.

“ Maafkan saya, saya pergi dahulu” Perempuan itu terus berlalu.

Tidak kusangka. Apakah ini takdir? Ketika ini aku menilai betapa jahilnya diriku dalam hal-hal wanita di sekolahku. Aku sedikit pun tidak mengenalinya. Sedangkan jika dikira, pengawas tingkatan tiga bahagian pelajar perempuan amatlah sedikit dan boleh dibilang dengan jari. Sepanjang perjumpaan umum pengawas, ternyata aku tidak perasan akan kehadirannya.

Aku teringat akan Cikgu Mohamad, lantas aku segera menundukkan tubuhku mengumpulkan buku-buku yang berselerak. Sedang aku mengemas buku-buku itu, aku terjumpa dengan sekeping kad nama.

‘ TENGKU LIYANA ATIKAH BINTI TENGKU MUHAMMAD’

Namanya jelas tertera di name tagnya itu. Oh, keturunan tengku. Hatiku berdesis. Jika hendak dikira, di sekolahku hanya ada satu keluarga sahaja yang berketurunan tengku. Pastinya dia ini sekeluarga dengan mereka. Aku mengukir senyum. Senyum mengetawakan diri sendiri.

Lagha, lagha. Hatiku berdesir. Pantas aku menggumam istighfar. Sesal sekali. Jika difikirkan sebentar, sebenarnya pelanggaran tadi merupakan kecuaianku, andai aku tidak bergalih ke belakang semasa berjalan tadi pastinya aku tidak akan terlanggar dengannya.

Aku berazam akan menyerahkan name tag ini kepada Cikgu Mohamad untuk disampaikan kepada Atikah. Aku tidak mahu memegang lama-lama, nanti akan menimbulkan busuk di hatiku. Apa lagi di tanda namanya itu punya gambar dia.

Kokokan ayam menghancurkan mimpiku. Mimpi yang aneh. Kebelakangan ini berulang-ulang dengan agak kerap. Mimpi yang bagiku tiada cacat celanya berbanding memori. Mimpi mengenai peristiwa yang berlaku dua tahun yang lalu. Ketika akku masih berada di tingkatan tiga. Saat di mana aku mula mengenal dia.

Huh.

Aku mengeluh.

Aku melirik ke arah jam. Pukul lima pagi. Sesuai sekali untuk Qiammullail. Subuh akan menjengah pada pukul enam pagi. Aku mengambil keputusan untuk duduk sebentar di atas katil. Aku berfikir. Ini kali yang ketiga aku bermimpi perkara yang sama. Malah mimpi itu berbentuk ulangan memori. Bukannya satu perkara baru yang belum ditempuhi mahupun perkara ajain yang hanya berlaku di dalam mimpi. Pinar aku memikirnya. Aku beristighfar banyak-banyak. Mungkin sekali sengketaku dengan senior banyak memberikan tekanan dalam diriku sehingga terulang-ulang mimpi yang tiada berkaitan.

Aku membuang jauh perasaan aneh yang hinggap di dalam hati. Perasaan yang aneh seakan menganggap mimpi itu adalah petunjuk ALLAH akan pasangan hidupku. Aku baru sahaja tujuh belas tahun. Mustahil bagiku memberikan masa untuk perkara yang sebegitu.

Aku bingkas bangun apabila menyedari lima belas minit telah berlalu. Nanti ketinggalan pula peluang Qiammullailnya. Bukannya mudah untuk bangkit awal sebegini. Bagiku, peluang untuk Qiammullail adalah satu nikmat yang amat besar sekali. Nyata ALLAH memuliakan aku hari ini.

Cuaca hari ini ternyata amat bagus sekali. Aku memandang ke angkasa. Cerah. Awan yang memenuhi dada langit membuatkan cuca menjadi redup. Nikmat kasih sayang ALLAH kepada hamba-hambaNya. Besarnya kasih ALLAH kepada kita. Hanya kita sahaja hambaNya tidak menyedari serta tidak mahu merasa.

ALLAH penah berfirman.

Nikmatku yang mana lagi kamu mahu dustakan?”

Aku duduk tenang di bawah naungan perdu pokok. Aku bersila sambil menggumam zikir yang menjadi kebiasaanku. Aku rasa tenang. Aku tidak rasa keseorangan. Pelbagai masalah yang aku hadapi kebelakangan tidak menjadi penghalang untuk aku bekerja denngan lebih rajin dalam medan dakwah & tarbiyah ini. malah, peristiwa-peristiwa kebelakangan ini seakan-akan menjadi motivasi untuk aku menggiatkan lagi usahaku.

ALLAH memberikanku pelbagai ujian tanda kasihnya Dia kepadaku. ALLAh memberikanku pelbagai halangan kerana Dia ingin mengkifarah dosaku. Justeru aku merasa perlu melipat gandakan usahaku dalam menyebarkan kefahaman terhadap deenNya. InsyaALLAH, ALLAH akan memudahkan segala masalahku.

In Tansurullaha Yansurkum

Ayat itu menjadi penjana kekuatan kepadaku. Jika kamu membantu ALLAH,

ALLAH akan membantumu. Aku yakin dengan FirmanNya. Bukankah ALLAh itu tidak pernah memungkiri janji?

“ Abang Saif!!!!” Kedengaran satu jeritan yang sederhana kuatnya menyapaku.

Aku pantas menoleh ke arah suara itu. Kulihat Abbas bersama-sama dengan empat orang lagi adik-adik halaqahku sedang berlarii-lari anak sambil mebawa buku cacatan ke arahku. Aku mengukir senyum senang.

Di sekolah ini, aku bertanggungjawab menjadi mas’ul kepada Halaqah Tingkatan Satu dan Dua. Adik-adik halaqahku terdiri daripada lima orang. Abbas, Fahmi, dan Fathi adalah daripada pelajar tingkatanb satu. Shaheran dan Salim pula adalah daripada tingkatan dua.

Aku amat senang sekali denngan mereka. Perangai anak-anak mereka menghiburkan hatiku. Aku tidak pernah rasa susah dengan mereka. Aku rasa gembira duduk dengan mereka dan mencurahkan segala ilmu yang aku ada. Sesungguhnya merekalah sahama aku di akhirrat kelak. Andai ilmu yang kusampaikan ini mereka amalkan dan sebarkan, pastinya pahalaku akan berganda-ganda.

Mereka segera sahaja duduk bersila membentuk bulatan bersamaku selepas semuanya selesai bersalaman denganku. Bersih sungguh wajah-wajah mereka. Menunjukkan kesungguhan untuk mereguk ilmu yang ALLAH sediakan untuk mereka.

“ Abang Saif, hari ini kita berbincang fasal apa?” Salim pantas bertanya sebaik sahaja kami selesai membacakan Al-Fatihah sebagai pembuka majlis.

Dia duduk bersebelahan denganku. Aku mengusap rambutnya dan mendekatkan kepalanya denganku. Aku menunjukkan buku Dengarkan Suara Hati karangan ‘Amru Khalid. Mereka semua tersenyum.

“ Buku baru ke?” Shaheran bertanya. Dia suka sahaja bertanya. Perihal yang penting mahupun tidak. Seorang pemain hoki sekolah. Namun kesibukannya dalam permainan itu tidak pula melalaikannya daripada menghadiri halaqah mingguanku.

Aku pasti sekali dia berasa pelik. Kami sebenarnya sedari awal bermulanya halaqah menelaah buku Maza Ya’ni karangan Mujahid Fathi Yakan. Tetapi pada kali ini aku ingin berubah angin sebentar agar perjalanan fikrah tidak menjadi bosan.

“ Ya buku baru, tetapi buku Maza Ya’ni tidak kita tinggal terus” Aku menjelaskan.

Aku tahu benar yang mereka amat suka sekali buku karangan Mujahid Fathi Yakan. Tetapi aku pada hari ini aku ingin sekali menyentuh buku ini dalam bab Doa. Pantas sahaja kuselak muka surat yang kuingini.

“ Hari ini kita akan membicarakan perihal doa” Aku memulakan majlis.

Adik-adik halaqahku mula menumpukan kosentrasi. Mereka telah bersedia dengan pena dan buku cacatan. Aku yang menghadiahkan kepada mereka kedua benda itu. Aku suka jika wangku habis dengan dibelanjakan ke arah yang berguna. Berguna di dunia dan di akhirat. Aku senang sekali melihat dakwat pen itu mengalir mencorak huruf mengikuti seni tangan yang menulis. Seakan aku melihat pahalaku sedang membuak-buak mengalir dan dosa-dosaku seakan dipadam dengan curahannya. Aku rasa senang. Hembusan angin petang yang damai membuai kami. Damai dan tenang. Seakan-akan para malaikat yang menaungi majlis ini meniup nafas mereka kepada kami agar sentiasa tenang dalam naungan ALLAH.

Mengikut buku karangan ‘Amru Khalid ini, doa sebenarnya merupakan ibadah. Berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W.,

Doa adalah ibadah.( Hadith riwayat Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Daud dan Ibn Majah daripada Nu’man bin Basyir)

Menurutnya legi. Manusia amat lemah sehingga perlu dibantu dalam setiap perkara. Maka sebenarnya manusia membutuhkan doa agar ALLAH membantunya. Malah ALLAH menggalakkan hamba-hambaNya supaya sering berdoa. Malah dengan penuh kasih sayang, ALLAH mencurahkan sepenuh perhatianNya untuk mendengar doa kita. FirmanNya,

“ Bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan oang yang berdoa apabila dia memoghon kepadaku”

Malah Rasulullah pernah mengingatkan kepada kita dalam sabdanya,

“ Barang siapa yang tidak berdoa kepada ALLAH, nescaya ALLAH murka kepadanya”( Hadith riwayat Tirmidzi dari Abi Hurairah RA)

Di dalam bukunya juga, Amru Khalid mengutarakan punca doa tidak dikabulkan dalam penyampaian yang aku kira menarik dan menyentuh hati. Beliau menerangkan, sebenarnya kita sahaja yang merasakan ALLAH tidak mengabulkan doa kita. Tetapi sebenarnya, ALLAH menangguhkannya untuk kita sentiasa meminta. ALLAH suka mendengar hambaNya meminta. Rasulullah yang mulia ada bersabda,

“ Sesungguhnya ALLAH itu Maha Malu lagi Maha Pemurah. Dia merasa malu bila hambaNya mengangkat tangan ke arahNya dan menarik kembali dalam keadaan kosong.( Hadith Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn majah daripada Anas RA)

Adik-adik halaqahku kulihat tekun menulis. Sesekali mereka mengucapkan kalimah tasbih memuji ALLAH kerana besarnya rahmat ALLAH kepada manusia. Hatiku senang sekali melihat keadaan ini. Keadaan manusia yang hina berkumpul berkumpul untuk mendapatkan keredhaan ALLAH dengan berusaha mengenaliNya denagn lebih dalam.

Selepas hampir dua puluh minit, aku berhenti. Aku menutup bab ini dengan menceritakan kisah-kisah benar yang tertulis di dalam buku ini mengenai pengaruh doa dalam kehidupan manusia. Selepas itu aku memberikan adik-adik halaqahku peluang untuk bertanya mengenai bab yang kami bincangkan atapun apa-apa perkara. Aku memang sering begitu, memberikan peluang kepada mereka agar mereka meninggalkan halaqah ini dalam keadaan yang puas dan tenang.

Shaheran mula bertanya terlebih dahulu. Dia bertanya perihal doa dalam permainan. Pastinya sukan itu adalah hoki. Dia bertanya adakah doa boleh mempengaruhi perjalanan pertandingan sukan. Aku tersenyum. Aku ceritakan kepadanya bagaimana doa Rasulullah boleh membuatkan semua penunggunya di luar pintu rumah tertidur. Apa lagi sekadar perjalanan permaianan. Boleh sahaja kita berdoa agar ALLAH tidak pertemukan kita dengan pasukan yang kuat. Aku lihat dia berpuas hati.

Salim pula bertanya tentang perihal doa yang tidak dimakbulkan, dia menceritakan dirinya yang seakan tidak dipedulikan ALLAH apabila berdoa. Dia malah merasakan segala apa yang dimintanya tidak pernah dirasai. Dia merasa ALLAH tidak mahu memandangnya. Dengan penuh perasaan dia meluahkan masalahnya itu. Air jernih mengalir di pipinya. Aku seka. Kukatakan kepadanya bahawa kadangkala dosa kita merupakan hijab dalam memakbulkan doa kita. Aku juga berkata, kadang kala ALLAH menunda doa untuk mengajari kita melawan syaitan yang menggoda kita dengan kata-kata, “ ALLAH telah meninggalkan kamu, Dia tidak akan mengabulkan permintaan kamu”. Kulihat Salim tenang sedikit. Dia memang seorang yang mudah terasa. Alhamdulillah, semoga ALLAH menjaganya.

Fathi tidak menyentuh bab doa, malah dia dan Fahmi seakan telah merancang dari awal untuk bertanya kepadaku perihal cinta. Aku meleret senyum nakal. Kulayangkan kedua tanganku mencubit pipi mereka serentak.

“ Ni apa ni? Baru tingkatan satu dah cinta-cinta” Aku berseloroh. Mereka ketawa.

“ Alah Abang Saif, kami dengar, didikan mengenai baitun dakwah mestilah dimulakan sedari awal. Kami tanyalah” Fahmi mempertahankan diri sambil mengangkat jari ibunya kepada Fathi. Aku tersenyum melihat ulah mereka. Nakal.

Aku menerangkan kepada mereka perihal cinta secara ringkas. Kukatakan kepada mereka bahawa Islam amat menjaga cinta. Cinta merupakan tali perhubungan dua insan. Aku juga menyatakan kepada mereka bahawa cinta tidak terbatas kepada lelaki dan wanita sahaja malah lelaki dan lelaki. Malah salah satu daripada tujuh golongan yang mendapat naungan ALLAH di Padang Mahsyar kelak adalah dua lelaki yang berkasih sayang hanyalah kerana ALLAH. Aku menjelaskan kepada mereka bahawa kesucian cinta mestilah dijaga agar tidak merosakkan perjalanan hidup kita. Cinta yang suci mestilah dijaga dalam batas-batas syara’ dan jalannya mestilah syar’ie. Semua adik halaqahku mendengar dengan teliti.

“ Sebab itu, janganlah kita ni ada simpan azam nak ada makwe atau pun girlfriend untuk diajak sembang dan keluar. Islam melarang perhubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa sebab-sebab yang syar’ie” Aku berpesan kepada mereka. Mereka mengangguk sahaja.

“ Abang, saya lihat sebelah bab malu itu ada bab ‘sahabat’. Bolehkah abang mengupaskannya pada minggu hadapan?” Kedengaran suara Abbas yang sedari tadi hanya senyap sahaja.

Aku tersentak. Abbas memandangku.

“ Kenapa?”

Abbas bertanya. Pastinya dia melihat perubahan riak wajahku. Aku menghela nafas. Sebenarnya, aku bercadang untuk menyampaikan tajuk itu pada awalnya. Namun apabila aku meneliti tajuk ini untuk membuat persediaan, aku asyik terkenangkan senior. Aku terkenangkan hari dia menerangkan kepadaku erti sahabat. Aku terimbau peristiwa hitam yang amat menyakitkan. Hatiku menjadi sakit dan luluh. Malah jika dibaca, kata-kata ‘Amru Khalid amat menyentuh hatiku. Kupasannya dalam bab sahabat terlalu mendalam sehingga aku menitiskan air mata ketika membaca helaian yang ketiga. Aku tidak meneruskan bab itu. Sukar.

“ Maaf, mungkin pada minggu hadapan kita akan menyambung kembali Maza Ya’ni” Aku berbicara.

Abbas kulihat tenang sahaja. Tidak menunjukkan riak kecewa. Dia sekadar diam. Kemudian dia melihat kepadaku.

“ Abang teringat senior kah?” Pertanyaannnya merentap jantung.

Aku senyap sahaja. Pantas sungguh budak ini. Dalam adik-adik halaqahku, yang paling cerdas sekali adalah Abbas. Dia merupakan genius dalam pelajaran dan juga amat faham dengan situasi. Cara berfikir seperti orang dewasa namun ulahnya masih keanak-anakan. Semua adik-adik halaqahku memandangku tepat.

“ Baiklah, setakat ini sahaja halaqah kita pada minggu ini. Semoga ALLAH memasukkan sebagai salah satu dari amalan-amalan soleh. Kita tangguh majlis kita dengan membaca tasbih kifarah dann surah Al-Asr” Aku menutup bicara dengan kata-kata pengakhir majlis. Aku tidak menghiarukan pertanyaan Abbas. Hatiku menjadi sedikit sebak.

Selepas adik-adik halaqahku pergi, aku tetap tinggal di tempat halaqah. Aku menangis. Jiwaku sakit. Apa perasaan ini? Akukah yang bersalah? Seniorkah yang benar? ALLAH....tunjukkan aku. Tunjukkan aku. Aku berterusan menangis. Mujur sahaja aku telah mandi sebelum mengadakan halaqah. Tidak perlu pulang ke asrama untuk membersihkan diri. Aku menangis dan menangis sehingga matahari hendak berpapasan meninggalkan mega merah di langit. Air mataku terus menangis mendamai hati yang pilu. Ya ALLAH, tunjukkanlah kebenarannya. Aku berdoa.

Perlahan sahaja langkahku menuju ke bilik mesyuarat. Aku memang tidak bermaya sekali. Bukannya aku malas. Cuma aku amat pasti akan bertemu dan berinteraksi dengan senior di dalam bilik itu. Rasa malas mula menerpa. Rasa benci mula membuak. Maka rasa amarah pun timbul berkocak. Sebelum ini, jika ada perjumpaan yang melibatkan senior aku pasti menjadi seorang yang paling bersemangat.

Pantas istighfar kembali berlari-lari di sekitar bibir mulutku. Aku sedar, marah adalah salah satu daripada kuda-kuda syaitan. Jika marah lahir, maka syaitan akan segera menunggangnya sehingga akal akan hilang pertimbangan. Perlahan aku mengeluh. Sukarnya mengawal diri. Istighfar menari lagi.

Pintu bilik mesyuarat yang bersebelahan dengan Bilik Guru Penyelia Peperiksaan dan Kaunseling kini berada di hadapanku. Aku berdiri tegak di hadapannya beberapa saat. Memohon kepada ALLAH akan meningkatkan kesabaranku dan membawaku melayari mesyuarat ini dengan baik tanpa cadangan yang merapu dan tutur kata yang biadap.

Perlahan kuketuk pintu bilik itu sambil memberi salam. Sayup kedengaran suara orang menjawab salam dari dalam sebelum menyuruhku masuk. Kutolak perlahan pintu bilik mesyuarat. Udara sejuk alat penghawa dingin di bilik itu segera menerjah tubuhku sebaik sahaja pintu itu kubuka. Kehadiranku disambut dengan senyuman semua anggota Ahli Majlis Tertinggi Badan Pengawas Sekolah. Sambil aku berjalan ke tempat dudukku, mataku meliar melihat tempat duduk senior yang merupakan Pengerusi Ahli Majlis Tertinggi. Kosong. Sedikit keningku ternaik. Pelik.

Aku duduk. Mataku mencari pula Abang Irfan. Dia ada. Dia duduk di tempatnnya sambil mengukir senyuman kepadaku seakan-akan tiada apa perkara yang berlaku antara kami semalam. Aku tidak membalas senyumannya. Kini mataku memandang kertas mesyuarat yang diedarkan.

Nampaknya masalah akhlak dan disiplin pelajar menjadi topik utama perbincangan hari ini. Aku segera meletakkan kembali kertas itu tanpa membacanya dengan lebih lanjut. Aku tidak berminat. Apa lagi yang hendak dibincangkan kalau dah suasana meruncing macam ni. Semuanya salah Ahli Majlis Tertinggi yang tidak bertindak dengan tindakan yang betul.

Lamunanku hancur apabila bunyi pintu diketuk perlahan. Pantas aku menoleh ke arah pintu. Seniorkah? Mataku meliar melihat semua abang-abang yang lain. Semua Ahli Majlis Tertinggi telah cukup kehadirannya kecuali senior. Mungkinkah senior? Pantas aku menundukkan kepala. Malas aku nak melihat wajahnya. Hatiku masih terluka.

“ Maaf terlewat” Suara itu lembut sekali. Aku tersentak. Ini bukannya suara senior. Ini suara perempuan!!!. Spontan aku mengangkatkan wajahku memandang pintu masuk. Aku tergamam. Senyap. Kelihatan tiga orang pelajar perempuan sedang berdiri di pintu masuk. Salah seorangnya amat kukenali. Mengapa mereka berada di sini?

“ Baiklah, nampaknya bolehlah kita mulakan mesyuarat kita pada hari ini” Abang Irfan segera membetulkan tempat duduknya. Sebentar kumenangkap kerlingan matanya kepadaku. Nampaknya dia sememangnya menjangka aku akan terkejut. Belum pernah lagi sebelum ini Ahli Majlis Tertinggi pihak perempuan menyertai mesyuarat. Sememangnya aku terkejut.

Pintu bilik mesyuarat tidak ditutup. Aku mengerti sebabnya. Mengelakkan fitnah. Aku juga amat pasti sebentar lagi Ketua Warden Asrama akan tiba. Bagi mengelakkan pelajar mengambil kesempatan atas alasan mesyuarat, pihak sekolah telah menetapkan bahawa sebarang perjumpaan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan mestilah dihadiri oleh seorang pemerhati daripada kalangan guru. Pastinya Ahli Majlis Tertinggi juga tidak terkecuali.

Abang Irfan memulakan majlis dengan membacakan Al-Fatihah. Nampaknya dia tidak menantikan kedatangan Ketua Warden. Mungkin menjangkakan kelewatannya, maka Abang Irfan memulakan mesyuarat tanpa menunggunya. Semua ahli mesyuarat mula menumpukan perhatian. Kecuali aku.

Mataku asyik ingin melihat ke arah pelajar perempuan yang kukenali itu. Menyedari syaitan sudah mula mengangkat busurnya untuk melancarkan panah, aku pantas beristighfar memohon perlindungan daripada ALLAH. Apalah aku ni. Sebentar aku memarahi diriku yang lemah.Perlahan-lahan aku kembali menumpukan perhatian kepada isi-isi mesyuarat yang dibentangkan.

“ Saya rasa perlu adanya keseimbangan antara pihak lelaki dengan pihak perempuan. Selama ini pelajar perempuan amat tertekan dengan keadaan perjalanan program sekolah yang amat berat sebelah kepada pihak lelaki. Malah jika perhatikan selama ini, program-program yang dijalankan oleh pihak sekolah hanya banyak tertumpu kepada pelajar lelaki. Kami pelajar perempuan seakann terpinggir tanpa pengisian yang baik. Jika kita lihat dari sudut pengisian pula, pihak perempuan kebanyakannya hanya menjadi pendengar tambahan sahaja kerana penceramah semuanya dari kalangan lelaki. Hal ini membauatkan pelajar perempuan menjadi bosan. Penceramah pula hanya menyebut perihal lelaki sahaja tanpa mmenyentuh aspek-aspek yang berkaitan pelajar perempuan. Suasana ini mengundang rasa benci pelajar perempuan dalam menghadiri majlis-majlis ilmu terutamanya yang dianjurkan oleh pelajar lelaki.”

Sebentar dia berhenti menelan air liur selepas bercakap membentangkan masalah dari pihak perempuan. Namun aku amat pasti dia tidak akan berhenti di situ. Memang aku akui, pihak perempuan di sekolahku amat terkongkong sekali kehidupannya.

Mereka hanya duduk di dalam kawasan berpagar biru yang tinggi dan tidak dibenarkan bebas keluar dari kawasan itu. Mereka hanya boleh berulang alik dari asrama ke musolla, dari musolla ke kelas, dari kelas ke asrama. Mereka juga tidak diperuntukkan dalam pennyertaan acara-acara sukan bagi mewakili sekolah. Maka sudah pastinya mereka akan merasa bosan terkurung di dalam pagar biru yang seakan penjara itu. Namun aku juga memahami sebab pihak sekolah membuat suasana yang sedemikian. Sememangnya pergerakan pelajar perempuan amat terbatas. Bukannya pihak sekolah sengaja mereka-mereka peraturan yang sebegitu. Tetapi itulah tuntutan syara’. Tetapi Islam bukanlah membebankan pengikutnya.

Sebenarnya terdapat pelbagai keringanan dan kelebihan dalam tatacara hidup yang diajarkan. Cuma manusia sahaja yang sering memandang pemikiran pendek mereka sebagai bernas dan bagus. Akhirnya mereka melihat sistem dari langit ini tidak relevan dengan peredaran zaman. Begitulah manusia yang tidak pernah merasa cukup dengan apa yang ada.

“ Jika diperhatikan secara telus, kami para pemimpin sekolah turut merasa kelemahan dalam melakukan kerja. Apabila pihak kepimpinan bahagian lelaki merancang apa-apa program yang melibatkan semua pelajar sekolah, tiada perbincangan yang berlaku di antara kepimpinan pelajar bahagian lelaki dengan bahagian perempuan. Apabila tiba masa untuk melaksanakan perancangan itu, barulah kami diberitahu dan diberikan tugas. Maka tugas tidak dapat dijalankan dengan baik. Kami pun menjalankan tugasan dalam keadaan yang tertekan kerana tiada perbincangan yang lanjut untuk memberikan pandangan yang jelas mengenai program. Justeru, kami para pemimpin bahagian pelajar perempuan tidak dapat menjadi contoh yang terbaik dalam melaksnakan tugasan. Kadangkala apa yang kami lakukan tidak mencapai matlamat program sehingga menimbulkan kucar-kacir dan ketidak seimbangan. Hasilnya, kepimpinan pelajar lelaki akan merungut dan mengatakan kami cerewet. Sedangkan kami banyak lagi pandangan yang ingin diutarakan. Maka tiada hairanlah jika prestasi disiplin pelajar perempuan merosot kebelakangan ini”

Sekali lagi lontaran peluru lutsinar tanpa kelongsong meluncur laju keluar dari dua bibir manis pelajar perempuan yang mewakili Ahli Majlis Tertinggi bahagian perempuan.

Aku kenal dia. Melihat keberaniannya, terselit kekaguman di hatiku. Entah, selama ni aku sukar hendak menilai malah jauh sekali memerhatikan perempuan. Namun dia ini memberikan aku perasaan yang amat lain. Jantungku tidak boleh berhenti berdegup apabila melihatnya. Timbul satu perasaan yang aku pun tidak mengerti.

Aku lihat Abang Irfan bersama-sama teman-temannya sedang mencatit dan mendengar dengan teliti apa yang diluahkan oleh wakil pelajar perempuan itu. Bersungguh-sungguh mereka mencatit segala isi penting agar dapat diulas dan diberikan pandangan sebentar lagi. Hanya aku sahaja yang membiarkan pen biru kilometrico di hadapanku tidak bergerak. Aku hanya mendengar dengan wajah yang kosong. Tidak sedikitpun menunjukkan minat. Walaupun sebenarnya aku amat tertarik dengan isi ucapannya, namun kebengangan aku terhadap senior dan rakan-rakannya membuatkan minatku tidak seberapa. Aku tertanya-tanya mengapa senior tidak hadir pada hari ini, sakit lagi ke dia?

“ Mengapa saya lihat ada salah seorang daripada Ahli Majlis pihak lelaki tidak memandang berat dan mengambil serius perkara ini?” Suara itu menghancurkan lamunanku.

Aku terkejut. Pantas aku memandang ke arah suara itu. Pastinya aku terasa dengan kata-katannya. Tepat sekali mengenai batang hidungku.

Aku lihat wajah Tengku Liyana Atikah binti Tengku Muhammad memandangku tepat. Dialah wakil pelajar perempuan yang berucap berapi-api sebentar tadi. Aku mengangkatkan keningku tanda tidak mengerti. Sengaja. Aku terkejut sebenarnya. Namun aku mengawal riak wajahku agar kelihatan selamba. Atikah mencemikkan wajahnya yang cerah dan bersih itu. Tetap berseri. Sekilas aku memaki diriku. Nampaknya aku sedang menikmati wajahnya.

Berdosa.

Pantas aku melanjutkan istighfarku. Kualihkan wajahku memandang dinding dengan membiarkan mata Atikah terus memandangku garang. Lebih baik mengundang kemarahan manusia lalu mendapat redha ALLAH daripada mengundang amarah ALLAH sekadar untuk mendapat redha manusia.

Nampaknya mesyuarat hampir berakhir. Hal ini dapat kujangka apabila melihat Abnag Irfan meletakkan pen hitamnya dan meneliti nota yang ditulisnya. Seketika dia mengukir senyum.

“ Baiklah, kami akan teruskan perbincangan ini dengan ketua warden. Nampaknya Ustaz Mahadzir tidak dapat hadir hari ini. Mungkin dia sibuk. Tetapi luahan pihak pelajar perempuan akan kami panjangkan kepada dia. Alhamdulillah, banyak yang kami dapat manfaat dari musyawarrah kita hari ini. Semoga ALLAH menjaga diri kita dari fitnah dan menguatkan kita dalam melaksanakan amanah membantu sekolah kita menegakkan syiar Islam dalam hati pelajar” Pihak perempuan mengangguk mendengar kata-kata Abang irfan selaku timbalan kami.

Setelah tiada perkara berbangkit, Abang Irfan menutup mesyuarat kami dengan membaca tasbih kifarah dan surah Al-Asr.

Pelajar perempuan keluar dahulu. Dalam mereka melangkah keluar, aku dapat mersakan ada sepasang mata memandangku dari arah mereka bertiga. Namun tidak dapat kuteka. Hanya intuisiku sahaja yang merasakannya. Aku sedari tadi mengalihkan pandanganku dari melihat mereka kerana aku rasa berdosa menikmati wajah mereka yang belum halal untukku. Aku masih terus beristighfar. Sesungguhnya istighfar dapat menggugurkan dosa-dosa kecil. Semoga ALLAH sentiasa menjagaku.

Susn hangat sungguh pada hari ini. Mentari memancar terik cahayanya meningkatkan suhu. Daripada makmal sains yang terletak di aras bawah Bangunan Akademik Blok B, aku dpat meliht fatamorgana di atas tar Dataran Utama yang letknya hannya bersebelahan dengan makmal. Suasana di dalam makmal turut merimaskan.

Peluh menitik selepas bergayutan sebentar pada janggutku yang nipis. Panas. Ketika ini, penumpuanku terhadap pembelajaran menjadi kurang. Cikgu Norizan, guru biologi tetap tegar mengajar. Aku kagum dengannya. Aku yang tidak memakai tudung cukup merasakan kesukaran akibat cuaca panas hari ini, Cikgu Norizan yang bertudung tetap tenang mengajar. Semangatnya patut aku contohi.

“ Jika kita ikhlas, ALLAH akan menolong kita” Ringkas kata-katanya ketika pelajar merungut akan cuaca hari ini.

Aku pantas teringat kisah Perang Tabuk. Kaum munafik memberikan alasan kepada Rasulullah akan ketidak bertahanan mereka mengharungi cuaca yang amat panas. ALLAH membalas rungutan mereka dengan firmanNya yang mulia,

“Katakanlah bahawa NERAKA itu lebih dasyat kepanasannya”

Aku insaf. Apalagi apabila aku melihat Saifuddin dan rakan-rakan sudah enak dibuai mimpi. Aku menyatakan pada diriku, mustahil aku akan jadi seperti mereka. Aku bingkas sahaja bangkit daripada kelalaian walaupun masa pembelajaran hanya tinggal sedikit.

“ Baiklah pelajar semua, pembelajaran kita setakat ini sahaja hari ini. Cikgu harap kamu semua akan sentiasa dalam keadaan bersedia untuk mengahdapai SPM bagi meningkatkan lagi martabat ISLAM di mata masyarakat” Cikgu Norizan memberikan sedikit kata perangsang sebelum dia keluar.

Selepas dia menangguhkan kelas dengan membaca tasbih kifarah dan surah Al-‘Asr, dia terus sahaja melangkah keluar. Sebaik sahaja tubunya sampai ke pintu makmal, dia memalingkan mukanya kembali ke dalam makmal. Dia memandangku tepat.

“ Saifullah, kamu jangan lalai dengan cinta ya?” Lontaran kata-katanya ibarat panah raksasa yang dilancarkan dengan kelajuan yang maha tinggi. Menusuk terus ke kalbu hatiku hingga tertembus musnah tubuhku. Aku terpinga-pinga. Sebelum sempat aku berkata apa-apa, Cikgu Norizan terus keluar dan hilang dari pandanganku. Rakan-rakan sekelas semuanya melihat kepadaku.

Ini adalah kali ketiga pada hari ini dan juga entah kali yang keberapa pada minggu ini aku diperli sebegini. Pagi tadi, guru sejarahku Cikgu Othman ‘Arof yang amat rapat denganku turut bersikap dingin denganku. Malah dia juga memberikan pesanan yang lebih kurang sama. Semalam, guru mata pelajaran Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Ustaz Khairul Azhar telah melangkah bab pembelajaran dan terus memasuki bab berkenaan perkahwinan. Dia mengupas perihal cinta dengan teliti dan menjelaskan batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Sepanjang pembelajaran itu, aku sering ditanyanya, “ Saifullah, kamu faham tak?” Seakan-akan seluruh pembelajaran itu adalah untukku. Aku menjadi sangsi. Apa yang telah terjadi?

Aku pening memikirkannya. Aku ingatkan semua itu biasa sahaja, namun pada hari ini aku sudah merasakan kelainannya. Baru aku perasanbahawa semua guru yang mengajar di kelasku, baik yang aku rapat dengannya mahupun tidak, semuanya bersikap dingin dennganku. Seakan-akan aku ada melakukan sesuatu yang salah di sisi syara’ berkenaan dengan cinta. Apakah perasaan gundah di hatiku tentang Tengku Liyana Atikah telah dihidu oleh mereka? Tetapi apa salah yang aku buat? Aku tidak pernah melakukan apa-apa yang salah di sisi syara’. Malah aku tidak punya apa-apa hubungan dengan dia pun. Berhubung dengannya jauh sekali.

Aku penat berfikir. Akhirnya aku membiarkan sahaja. Kepalaku sudah kering memeras sebab mencari punca masalah ini, tetapi aku tidak dapat merungkainya. Aku juga tidak tahu kepada siapa aku harus bertanya. Selalunya jika masalah berat menimpaku, aku akan mengadu kepada senior untuk mencari jalan penyelesaian, tetapi mustahil sekali aku akan pergi bertemunya kali ini. Sengketa kami masih belum berakhir.

Aku membenamkan di gaung kalbu masalah ini. Aku tidak mahu terlalu memikirkannya. Bagiku, kehidupan dan masaku amat berharga untuk dibazirkan dengan memikirkan masalah-masalah sebegini. Aku seorang mas’ul dan bercita-cita menjadi murabbi untuk membangunkan ummah, mana mungkin membiarkan diriku terganggu dengan masalah-masalah capek sebegini. Selagi mana kehidupanku tidak terganggu dengan masalah ini, aku tidak akan bersusah-payah memikirkannya.

Aku segera mengemas buku Biologiku dan menggendongnya. Kelasku berada di Bangunan Akademik Blok C. Bangunan Akademik Blok C terletak berdekatan dengan kantin. Selepas ini adalah waktu rehat untuk pelajar lelaki. Aku akan makan dahulu baru pulang ke kelas. Perutku sedikit berkeroncong. Lapar betul. Sedari pagi tadi aku masih belum menjamah apa-apa makanan melainkan minum segelas air masak. Aku terlalu sibuk memastikan penghuni dormku menjalankan tugasan mereka.

Zubair Dzakaria, sahabat sekelasku menyapaku dari belakang ketika aku sedang melalui tempat makan guru. Cermin hitam yang melindungi permandangan dalam ruang makan guru memantulkan imej kami berdua.

“ Saifullah,” Zubair menyapa lembut. Dia merapatkan dirinya dengan diriku.

Aku hairan dengan telatahnya, dia jarang berbuat sebegini kecuali ada perkara yang sulit dan penting. Dia merapatkan bibirnya ke cuping telinga kananku.

“ Weh, kau ada problem ke?” Kedengaran suaranya melirih dekat telingaku.

Aku memandang kepadanya sebaik sahaja wajahnya menjauh sedikit daripadaku. Aku menatap wajahnya. Kulitnya sedikit gelap berbandingku. Zubair juga lebih rendah berbanding diriku. Wajahnya menunjukkan simpati.

“ Masalah apa?” aku bertanya sengaja.

Zubair kelihatan mengerutkan mukanya. Dia segera menarik tanganku untuk duduk di kantin. Aku menuruti sahaja tarikannya itu. Tangan kananku tetap setia memegang buku Biologi. Setelah duduk, dia mendekatkan kembali bibirnya mendekati cuping telingaku. Kembali dia berbisik kepadaku.

“ Kau ada syok kat Tengku Liyanan Atikah ye?” Suaranya yang dikecilkan agar tidak didengari orang lain merentap hatiku. Pantas istighfar meluncur dari kedua bibirku.

“ Astaghfirullahal’azim” Wajahnya tulus memandangku.

“ Mana kau dapat cerita ni?” Aku bertanya untuk kepastian.

“Mana boleh cerita kat kau, tapi betulkan?” Zubair menjelaskan.

Aku mengeluh. Aku memandang Zubair dengan pandangan yang kosong. Apa hatiku ini punya suara menjerit-jerit sehingga perasaan anehku terhadap Tengku Liyana Atikah tersebar pada semua orang? Apa aku muka macam aku ini layak dengan perempuan solehah sepertinya? Apa aku ini dari keluarga tiada pangkat keturunan sepadan dengannya? Pastinya satu cerita yang mendengkelkan.

“ Mana aku ada apa-apa dengan Atikah, nonsense betul” aku mempertahankan diri. Wajahku sedikit kumonyokkan. Zubair tertawa.

“ Alah, awal-awal kata takde apa-apa. Nanti tup-tup dah kahwin” Zubair mengusikku.

Aku meleretkan senyuman lemah.

“ Jauh lagilah Zubair, lagipun aku ni mana setaraf dengannya” Aku memberikan alasan.

“ Sahabat, kau jangalah nak berdalih-dalih. Adik aku yang tingkatan dua tu cerita, satu asrama puteri dah tahu yang kau syok kat dia” Kata-kata Zubair mengundang kejutan dalam diriku.

“ Ni apahal pulak asrama puteri boleh dapat cerita macam ni?” Aku bertanya hairan. Aku tahu Zubair ada dua orang adik perempuan. Seorang di tingkatan tiga dan serorang lagi di tingkatan dua.

“ Mana aku tahu, tapi yang penting kau suka kat dia kan?” Zubair terus mengacahku. Aku senyap sahaja.

“ Dahlah, aku dah lapar ni. Hal ini aku malas fikir” Aku mengalih topik mengelak situasi yang memerangkap. Aku rimas membincangkan masalah ini. Tidak mebantu cita-citaku langsung. Tidak menaikkan semangatku walau sedikit. Mungkin sahaja melalaikanku. Aku bingkas bangun meninggalkan Zubair dengan telahan-telahannya. Waktu rehat hanya dua puluh minit. Lima minit sudah terbazir dengan soalan-soalan Zubair. Aku hanya ada lima minit lagi masa untuk mengisi perut. Lagi sepuluh minit akan kuhabiskan di musolla dengan menunaikan solah Dhuha.

Zubair yang melihatku pergi terus sahaj mengikutiku. Dia minta dibelanja. Aku menghela nafas. Selepas dia menunanaikan permintaanku supaya dia berjanji yang dia tidak akan sekali mengungkit kisah tadi kepadaku, barulah aku membelanjanya. Dia senang hati dan berkata,

“ Itu rahsia kita dua aje. Kalau kau dengar pecah, itu bukan aku yang pecahkan. Mustahil aku akan aniayai orang yang duduk di sebelahku” Zubair berkata.

Aku tersenyum dengan kata-katanya. Aku percaya kepadanya. Lima tahun kami belajar dalam kelas yang sama. Lima tahun juga kami duduk bersebelahan di dalam kelas. Mustahil sekali dia akan menyakitiku. Aku percaya.

“ Baiklah, aku percaya kepada kau” Aku menutup perbualan kami.

Tengku Liyana Atikah. Nama itu bergema. Hatiku bergolak gundah. Galau diamuk perasaan aneh. Mujur sahaja didikan tarbiyah di sekolah ini merantai pemberontakan hati ini. Jika tidak, pasti aku sudah menjerit ke angkasa bertanya mengapa perasaan ini wujud dan aku tidak dapat mentafsirkannya.

Tengku Liyana Atikah. Nama itu singgah lagi. Dia merupakan seorang lagi pelajar tingkatan lima yang mendapat keistimewaan dalam membelah sejarah sekolah dengan menjadi Ahli Majlis Tertinggi bagi Pengawas Perempuan. Orangnya amat ayu sekali. Wajahnya ayu,cantik dan bersih. Suaranya lembut. Tingginya hampir sama dengan ketinggianku rasanya. Aku masih ingat lagi peristiwa kami berlanggaran di dataran utama. Dia merupakan seorang pelajar yang amat pandai, berketrampilan dan berani.

Ramai pelajar di sekolah ini yang gilakan dia, namun sebagai seorang pemimpin dan muslimah yang tahu batas-batas syara’, dia tidak pernah sekalipun melayan semua godaan itu. Malah dengan beraninya dia pernah meminta izin berucap di perhimpunan. Belum pernah lagi ada pelajar perempuan yang berbuat sedemikian. Dia menghentam semua pelajar lelaki yang terlibat dalam isu merampas hatinya. Sejak hari itu, mereka yang tidak senang dengannya mula menggelarnya Tengku Harimau.

Antara dia dengan aku, banyak cerita-cerita yang mengatakan kami ini sepadan dan saling suka-menyukai. Namun aku sendiri tidak pasti dari mana sumber cerita-cerita angin itu. Hakikatnya, aku dengan dia tidak serasi langsung. Dia keturunan ‘Tengku’, pandai dalam semua mata pelajaran, dan juga seorang wanita yang cukup empat ciri-ciri perempuan pilihan. Apa yang ada pada diriku? Pangkat keturunan minta maaflah, keturunan jawa campur arab nak ada keturunan apa? Kalau nak kira dari segi pandai, jawab periksa bolehlah, tolong ajar orang tak reti. Lelaki soleh? Yang ni aku pun tak pasti. Siapa berani mengaku dia lelaki soleh yang menepati semua ciri-ciri mu’min kamil.

Seumur hidupku, hanya dua kali sahaja berlaku interaksi dengannya. Itupun secara tidak sengaja. Mungkin mereka bercerita berdasarkan hanya aku dan dia sahaja pelajar tingkatan lima yang berada di dalam Ahli Majlis Tertinggi menyebabkan orang suka menganding-gandingkan kami berdua.

Kebelakangan ini cerita itu semakin hangat terutama di pihak perempuan. Mungkin sebab itulah dia amat garang denganku di dalam mesyuarat tadi. Biasalah perempuan solehah. Mana suka gosip-gosip panas.

Sepanjang tiga tahun ini, nama itu seakan terikat kemas di dalam otakku. Aku pun tidak mengerti mengapa. Hatiku sentiasa tidak keruan apabila berada dalam satu majlis dengannya. Jika berjauhan, wajahnya bermain-main di dalam bayangan ilusiku. Jantungku sering berdegup kencang jika merasai kehadirannya.

Entah mengapa.

Jika ingin dibilang interaksi antara kami, terlalu sedikit. Amat berani kukatakan hanya dua kali seumur hidupku tanpa sebarang kemusykilan. Tapi entah mengapa aku mempunyai satu perasaan yang aku sendiri tidak dapat menterjemahkannya. Apa perasaan ini?

Aku pun tiada mengerti.

Aku mencari-cari sesuatu di bawah meja. Tidak jumpa. Aku mengeluarkan semua bukuku dari rak kayu mini yang terletak di atas meja. Aku selak satu persatu helaian kertas pada setiap buku. Hampir tiga puluh minit aku habiskan menyelak semua helaian kertas pada setiap buku.. Tidak jumpa. Aku membuka beg. Setiap ceruk aku periksa. Tetapi tetap tidak jumpa.

“ Weh, kau tercari-cari apa tu?” Zubair bertanya.

“ Aku cari kertas aku yang akau tampal kat meja” Aku bercakap.

“ Dah lama aku tak nampak, aku ingat kau dah cabut”

“ Memang dah lama takde, tapi bukan aku cabut”

“ Patut aku tengok dalam seminggu ni kau resah aje, penting sangat ke kertas tu?”

“ Kau dah pernah baca ke kertas tu?”

“ Mana aku ada masa nak baca, aku tengok aje kertasnya, bacanya tidak”

“ Sebab tu kau tak tahu dia punya penting” Aku tersu mencari.

Zubir hanya menggeleng kepala melihatku. Aku mencari lagi. Sehingga azan asar berkumandang, aku berhenti. Sedikit lelah. Tidak kujumpa. Aku menjadi hairan. Aku rasa aku tak cabut. Tapi kanapa boleh takde? Sudah hampir seminggu hilang. Mungkin sahaja ada yang mendengki lalau mengoyakkannya.

Huh,

Aku mengehela nafas lemah. Biarlah, aku boleh buat lain yang serupa. Pujuk diriku. Aku menganggap perkara ini hanyalah sebagai ujian daripada ALLAH yang ingin melihat aku sabar menghadapi dugaanNya. Aku pasrah. Aku bergegas keluar kelas untuk menuju ke musolla. Kewajipan solah mesti ditunaikan. Ya ALLAH Kau sahajalah yang mengetahui baik dan buruk terhadap diriku. Aku yakin kau akan mengaturtkan hanya yang terbaik untuk diriku. Aku yakin Ya ALLAH, aku yakin.

Hari ini hari Ahad. Aku keletihan setelah sepanjang minggu bergadang menelaah pelajaran dan menguruskan pelajar. Aku mengambil keputusan untuk berbaring-baring sambil merehatkan minda. Alhamdulillah segala tugasan yang guru-guruku titipkan untuk dilaksanakan semasa cuti hujung minggu sudah kulangsaikan. Kurasakan inilah masa yang sesuai untuk berehat. Ku membirkn sahaja diriku terawang-awang sambil memandang langit katilku.

Rehat.

Sedang aku leka melayan perasaanku, satu telapak tangan muncul secara tiba-tiba menutup pandanganku. Aku tidak terkejut. Aku senyap menunggu.

“ Teka siapa ni?” Suara seakan-akan Chipmunks kedengaran.

Aku mengukir senyum. Hancur lamunanku. Namun aku tidak rasa terganggu.

“ Abbas, cukuplah tu. Sejak kamu dari pintu depan lagi abang dah rasa kehadiran kamu” Aku bercakap dengan nada bersahaja.

Kedengaran keluhan di tepiku.

“ Abang Saif memang powerlah, teka tak pernah silap” Kelihatan adik halaqahku, Abbas duduk di bawah lantai di sebelah katilku.

Suaranya kembali normal daripada suara yang dibuat-buatnya sebentar tadi. Aku tertawa kecil melihat wajahnya yang monyok sedikit akibat tekaanku yang tidak pernah silap. Sememangnya dia selalu bergurau denganku sebegitu.

“ Mana taknya, abang dah ta’aruf kamu sampai bau minyak rambut tonik zaitun kamu tu pun abang kenal. Baunya kuat sangat sampai menyucuk hidung. Jadi abang tahulah kamu ada kat sini. Melekat kat tangan pulak tu baunya” Aku menjelaskan.

Aku bukannya ada kuasa ajaib boleh meneka setepat itu, namun aku sering mengenali seseorang dari pelbagai sudut menyebabkan pergerakan, tutur kata dan juga sikap mereka dapat kujangka.

“ Kita ni kena ta’aruf sampai sebegitu rupa. Abbas ingat tak cerita Rasulullah yang dapat meneka siapa sahabatnya dengan hanya mendengar ketukan pintu?” Aku bertanya kepada Abbas sambil tersenyum.

Spontan wajahnya menjadi ceria lalu membalas.

“ Ingat,” Ringkas dia menjawab. Aku senang melihat wajahnya yang bersih itu tersenyum.

“ Sebenarnya, dari cerita itu kita mendapat pengajaran bahawa mengenali teman kita bukanlah hanya dengan mengetahui nama dan tempat tinggal sahaja. Kita perlu ta’aruf sehingga kita benar-benar mengenali tingkah laku dan kesukaan teman kita” Aku menerangkan kepada Abbas sambil mengelus rambutnya yang lurus dan lembut.

Mengelus rambut memang tabiat yang sudah mendarah daging dalam diriku. Adik-adikku dirumah selalu sahaja menjadi mangsa. Malah apabila aku sudah sekolah menengah dan menuntut di tingkatan lima, sikap ini tidak hilang.

Bau minyak rambut tonik zaitun semerbak merebak menusuk rongga hidungku. Segala kasih-sayangku kutumpahkan kepadanya. Memandangkan aku anak yang sulung dalam empat adik beradik, aku amat senang dengan mereka yang lebih muda daripada aku.

“ Abang, kalau saya tanya abang satu soalan boleh tak?” Abbas merapatkan dirinya denganku.

Macam penting sahaja. Aku mengangguk tanda setuju.

“ Kenapa abang rapat dengan saya?” Meluncur laju soalan itu.

Aku tertawa. Lantas aku duduk menghadapnya. Oleh kerana Abbas duduk di atas lantai dan aku duduk di atas katil, maka aku menundukkan kepalaku sedikit untuk melihat tepat ke anak matanya. Dia tersenyum. Menunggu.

“ Kenapa? Abbas rasa abang tak ikhlas ke rapat dengan Abbas?” Aku memulangkan balik soalannya.

Senyumannya mati. Aku tertawa lagi. Rasa gembira dapat menyakatnya. Melihat wajahnya yang seakan merajuk amat mengingatkanku kepada seseorang.

“ Alah abang ni, orang tanya lain dia pi jawab lain pulak. Jawablah” Abbas memegang tanganku memaksaku menjawab soalannya yang sebelum ini. Aku tersenyum melihat keletah anak-anaknya. Memang pelajar tingkatan satu.

“ Abang bersahabat dengan kamu, hanya kerana abang ingin mendapat redha ALLAH dengan membawa kamu mengenali-Nya serta membawa kamu ke jalan yang benar dan tidak akan membiarkan kamu terdorong ke dalam kegelapan walaupun sebentar. Abang juga melihat potensi dalam diri kamu, sebab itu abang ingin merapati kamu agar kamu boleh menjadi pemimpin macam abang” Aku menjawab dengan jujur dan tepat.

Giliran Abbas tersenyum. Aku turut tersenyum.

“ Kalau saya membuat benda yang salah?” Abbas cuba menduga.

“ Abang akan halang walaupun halangan abang itu bakal menyakitkan hati Abbas sebab abang sayang Abbas hanya kerana ALLAH, bukan kerana Abbas, keluarga Abbas mahupun harta Abbas” Aku menjawab tanpa berfikir.

Spontan.

Tetapi itulah dari lubuk hatiku dan bukan rekaan. Abbas tersenyum manis. Hatiku tenang. Suasana menjadi ceria.

Senang hatiku dengan suasana penuh rahmat ini. Sememangnya perhubungan yang dijalin dengan tali ALLAH membawa kepada keberkatan. Sebentar aku rasa dilepaskan dari masalah-masalah yang menimpaku kebelakangan ini.

“ Kalau macam tu, saya tak risaulah. Mesti abang rapat dengan orang lain pun macam tu juga betul tak?” Abbas bertanya lagi.

Aku menjawab dengan nada gurauan.

“ Kenapa tanya? Abbas jealous ke?” Aku pula menduga.

Abbas mencemikkan wajahnya. Serupa betul. Terdetik di hatiku. Pantas kuusir perasaan itu.

“ Ke situ pulak abang ni. Saya tanya sebab saya risau keadaan abang dengan senior” Aku tersentak apabila Abbas menyebut perkataan ‘Senior’.

Segera sahaja aku mengeluh. Senyumanku menjadi tawar. Kualihkan pandanganku ke siling. Tetapi Abbas tetap tersenyum.

“ Kalau abang rapat dengan saya dengan niat yang abang katakan, saya pasti senior pun rapat dengan abang dengan niat yang sama” Aku tersentak sekali lagi.

Seakanjantungku direntap kasar. Wajahku seperti ditampar keras.

“ Tak apalah abang, kacau saja saya ni bangkit-bangkitkan hal ini” Segera Abbas berlalu pergi selepas berkata-kata.

Mungkin dia melihat perubahan wajahku. Sememangnya dia amat menjaga hatiku. Mungkin dia meninggalkankku keseorangan untuk berfikir. Mungkin juga tujuan dia adalah untuk menjernihkan hubungan antara aku dan senior.

Senior. Gelaran itu bergema di dalam hatiku. Perlahan-lahan aku baring semula. Mengambil masa untuk berfikir mengenai tindakan senior pada hari lepas dan jasa-jasa senior kepadaku selama ini. Kenangan-kenangan bersama senior selama ini mula berputar bermain di hadapan mataku. Yang paling kuingati adalah pertemuan pertama.

“ Adik nama siapa?” Dengan senyuman manis bersama wajah yang bersih, dia bertanya kepadaku. Aku hairan melihatnya. Mengapa tiba-tiba dia ada di sekolah ini?

“ Ya, abang sesat jalan kah?” Aku bertanya kemmbali. Sebagai seorang pengawas yang berhemah, aku tidak boleh buat tidak endah sahaja kepada orang asing. Aku lihat dia tersenyum lagi. Lebih manis.

“ Tidak, abang tidak sesat jalan. Tapi abang bertanya, siapa nama adik?” Abang itu menjelaskan kembali soalannya. Aku sedikit tersipu malu. Betul juga, dia bukannya tanya fasal jalan. Kan dia tanya nama aku.

“ Saif. Saifullah Al-Maslul” Aku memeperkenalkan diri sambil menghulur salamku kepadanya.

Dia nampak tinggi. Aku terpaksa mendongak sedikit untuk melihat wajahnya.

“ Hebat nama tu” Ringkas dia memeberikan balasan.

Aku menggosok-gosok belakang kepalaku segan. Ramai orang yang kujumpa memberikan pujian kepada namaku. Gelaran seorang panglima Islam yang agung. Khalid Al-Walid.

“ Abang cari apa kat sekolah ni?” Aku kembali bertanya tujuannya.

Sebelum ini aku belum pernah melihatnya walaupun sudah dua tahun lebih berada di sekolah ini. Justeru aku menganggap dia adalah pelawat yang mencari sesuatu di sekolahku. Mungkin ingin berjumpa dengan mudir ataupun mana-mana guru. Aku sedia membantu.

“ Ha ha,” Dia kulihat tertawa kecil.

Aku hairan.

“ Cari mutiara” ringkas dia menjawab.

Aku terpempan. Mendalam sekali maksudnya. Namun aku menyedari apa yang tersirat di sebalik kiasan itu.

“ Jadi abang pelajar barukah?” Aku bertanya.

Dia hanya tersenyum dan mengangguk. Melalui susuk tubuhnya yang tinggi, pastinya dia mendaftar masuk ke tingkatan enam.

“ Kelas tingkatan lima di mana?” Abang itu bertanya. Aku hairan lagi. Pelik sungguh dia ini. Mengapa bertanya tingkatan lima?

“ Buat apa abang pergi ke tingkatan lima? Kelas tingkatan enam di bahagian bawah bangunan musolla” Aku menjelaskan.

Mungkin dia keliru. Namun kulihat dia tersenyum senang.

“ Abang tingkatan lima, mesti cari tingkatan lima” Jelasnya. Aku terkejut. Tingkatan lima? Biar betul tinggi macam ni. Pantas aku memberitahunya dengan menghilangkan rasa terkejutku. Apalah aku ni, tak tanya main bantai aje.

“ Tingkatan lima di bangunan akademik Blok C” Aku menunjukkan arahnya dengan tangan kananku. Dia mengucapkan terima kasih dan terus beredar ke arah yang kutunjuk. Namun hatiku tergerak untuk bertanyakan namanya.

“ Abang, nama abang siapa?” Soalanku itu menghentikan pergerakannya. Dia menoleh kepadaku. Mata kami bertentang. Bibirnya mula bergerak.

“ Nama abang.....”

“ SAIFULLAH!!!!!” Jeritan yang amat kuat menghentam gegendang telingaku mengundang rasa berdesing di cuping telingku.

Kenanganku hancur berderai ibarat cermin pecah dilontar batu. Aku segera bangkit dari pembaringan dan menuju ke pintu hadapan asrama. Siapakah yang tiba-tiba menjerit namaku tanpa memberikan salam?

“ KELUAR KAU SAIFULLAH!!!!” Jeritan itu kedengaran sekali lagi sebelum sempat aku tiba ke pintu hadapan.

Aku melihat ke dataran asrama. Kelihatan wajah Saifuddin dengan wajah yang penuh dengan amarah. Seperti biasa, di belakangnya berdiri tiga oranng lagi sahabat setianya Omar,Ali dan Karim. Entah apa lagi yang mereka mahukan.

“ Wei Saifullah, kau telah melanggar arahan ALLAH!!!!” Saifuddin menuduh rambang.

Nampaknya propagandanya yang bertiangkan hujah samawi sudah bermula. Aku sudah lali. Ketika ini, aku hanya memohon agar ALLAH menjaga hatiku dan akhlakku.

“ Perintah ALLAH yang mana pulak ni yang aku langgar?” Dari tingkat dua sahaja aku terus bertanya.

Tidak ada kuasa aku hendak turun ke dataran bersemuka dengan mereka. Bukan kerana takut, hanya malas melayan empat paksi kejahatan ini. Nanti aku pula yang bermasalah.

“ Boleh lagi kau bertanya, bukankah ALLAH kata jangan mendekati zina?”

Saifuddin menjerit lagi.

Kini semua penghuni asrama keluar. Melihat keadaan yang semakin hangat ditambah pula keadaan cuaca di sini yang agak panas. Rasanya mereka ini memang seronok menjadi penonton.

“ Memanglah, yang tu aku tahu, habis tu kenapa?” Aku bertanya lagi.

Sengaja buat tidak endah. Namun di dalam hati, kertas amarahku seakan sudah ditabur petrol. Ni apa hal pulak lah dia nak kaitkan aku dengan mendekati zina. Aku rasa tidak sedap hati.

“ Oh, kau buat tak tahu ya? Sekarang ni isteri mudir hendak berjumpa dengan kamu di pejabat. Dengarnya kamu menghantarkan surat kepada pelajar perempuan” Omar menyambung perjuangan Saifuddin.

Kata-katanya membuatkan aku tersentak. Semua mata penghuni asrama memandang ke arahku. Sedari tadi tangan yangku silang memeluk dada kulepaskan. Terkejut. Wajahku mula menjadi keruh. Mungkin sekarang seluruh penghuni asrama sudah syak denganku.

“ Apa punya Ahli Majlis Tertinggi. Selalu jadi imam, hebat baca Al-Quran, selalu bagi tazkirah, ceramah orang sana-sini, suruh orang beradab, kemudian tegur oorang buat silap, tapi rupanya semua itu topeng sahaja. Selama ni dia pun serupa aja!!!!” Karim yang terkenal sebagai batu api mula melancarkan peranng saraf.

Dadaku kembali sempit. Sejenak aku cuba berfikir. Sudah pasti ini adalah fitnah. Bila masa aku ada tulis surat kepada perempuan? Tidak pernah sama sekali.

“ Hoi, apa yang kau tunggu lagi? Isteri mudir ingin berjumpa dengan kamu cepat. Kalau dah salah tu, salah ajelah. Buat lambat-lambat pulak!!!” Ali yang semenjak dari awal tadi senyap mula berbicara dengan kalam yang biadap.

Istighfar yang kebelakangan ini sering bergayutan di bibirku mula menari-nari kembali di tempatnya.

Sabar.

Di dalam hati penuh amarah.

Jika diikutkan nafsu, pasti habis mereka berempat aku belasah dengan segala kudrat yang aku ada. Tetapi bersabar itu tentulah lebih mulia.

Lantas aku bersiap sederhana, tanpa rasa gentar aku melangkah keluar asrama. Aku bukannya salah. Buat apa aku perlu rasa takut? Ketika aku menuruni anak tangga asrama, aku dapat menangkap dua pasang mata sedaang melihatku.

Abbas dan senior.

Tetap setia memandangku walaupun seluruh penghuni asrama yang lain sudah kembali ke bilik masing-masing. Perlahan aku mengalihkann wajahku memandang hadapan. Huh, segumpal keluhan kulepaskan.

Dugaan apa pula kali ini?

“ Saifullah...” Perlahan suara Ummi kedengaran di corong telingaku.

Isteri mudir amat kuhormati. Aku memanggilnya dengan gelaran Ummi. Nama sebenarnya adalah Halimaton binti Hussin. Dia mengajarku Bahasa Melayu. Dia sememangnya seorang guru dan ibu yang baik.

“ Boleh Ummi dengar apakah penjelasan Saifullah terhadap surat ini?” Ummi memegang hujung surat berwarna biru.

Aku tersentak. Seakan kukenal surat itu. Bukan seakan, aku memang kenal dengan surat itu. Bukankah surat itu.....

“ Ada pelajar yang menjumpainya di bawah meja seorang pelajar perempuan” Ummi mengangkat kening sebelah kirinya.

Kata-katanya memotong fikiranku.

Walaupun Ummi sudah agak tua, wajahnya amat tenang. Gerakan matanya penuh dengan makna yang mendalam. Perempuan mana pulak ni, getus hatiku merungut.

“ Ummi bukannya menuduh rambang. Ummi kenal tulisan anak Ummi yang seorang ini” Ummi bertutur lembut.

Perang psikologi seawal lagi sudah dimulakan. Panggilan ‘anak’ amat menyentuh hatiku. Sememangnya dalam kalangan pelajar dan guru-guru, aku digelar anak Ummi. Aku sentiasa mendapat markah yang tertinggi di dalam pelajar Bahasa Melayu dan aku juga amat aktif dalam bidang Syarahan dan Pidato. Ummi memang amat rapat denganku.

“ Saifullah tidak mahu tengok atau meneliti surat ini?” Ummi bertanya.

Aku mula mendekati Ummi. Dalam hatiku tidak lekang berdoa agar ALLAH melindungiku dari fitnah yang keji ini. Setelah berada dekat dengan Ummi, aku menghulurkan tangan kananku untuk mengambil surat berwarna biru itu. Perlahan pergerakanku. Tanganku semakin hampir menyentuh surat biru itu.

TOK TOK TOK!!!! Bunyi pintu pejabat Ummi diketuk membuatkan pergerakanku terhenti. Dadaku tiba-tiba sahaja berdebar-debar. Aku seakan dapat melihat siapa yang sedang berdiri di balik pintu itu. Aku dapat rasakan sesuatu yang buruk.

“ Masuk” Ummi mengarahkan si pendatang itu masuk.

Pintu terbuka diiringi dengan salam. Yang pertama sekali kulihat adalah adalah kain biru pekat berdekatan dengan lantai keluar dari pintu itu diikuti dengan kain berwarna biru cair bersama tudung biru pekat. Wajah yang amat ayu terserlah. Jantungku yang berdegup kencang sedari tadi tiba-tiba terhenti. Mataku terbeliak. Tengku Liyana Atikah!!!

Buat apa dia di sini?

“ Kenapa nampak terkejut Saifullah?” Ummi bertanya perlahan. Nampaknya dia menangkap reaksiku sebentar tadi. Aku tidak mengendahkan pertanyaannya yang kuanggap sekadar mengusik itu. Apa hal pula Atikah ni berada di sini?

“ Baiklah Atikah, Ummi suka kamu duduk sebentar dan mendengar penjelasan daripada Saifullah dulu” Tutur Ummi membuatkan mataku kembali terbeliak.

Mendengar penjelasan daripadaku? Adakah surat itu ditujukan kepada Tengku Liayan Atikah? Aku memandang wajah Atikah sebentar. Bukannya untuk menikmati keayuan wajahnya lagi, namun sekadar meneka perasaannya. Dia nampak murung dengan matanya yang merah disebabkan oleh menangis. Dari jarak ini, aku masih dapat melihat titisan air matanya. Nampaknya Atikah turut terheret sekali dalam lembah fitnah ini.

“ Baiklah Saifullah, baca surat ini” Ummi kini mengarahkanku. Aku mengambil surat itu.

Kehadapan bidadariku,

Yang amat kucintai sepenuh hatiku

TENGKU LIYANA ATIKAH

Sesungguhnya hatiku terpaut denganmu

Wajah mulusmu menawan hatiku

Lenggok langkahmu menyentuh kalbuku

Senyum tawamu mengikat mati jiwaku

Oh bidadariku

Entah bila kita akan bersatu seisi

Mungkinkah ada peluang

Bila waktu terluang

Di syurga menanti

Atau sekadar menunggu

Tak kunjung impi

Oh bidadariku

Adakah kau menunggu

Adakah kau ketahui isi hatiku

Adakah kau mengerti gerak langkahku

Hingga ke akhirnya akanku tetap berlari mengejarmu

Yang mencintaimu setulus hatiku,

Saifullah Al-Maslul

“ Wah, anak Ummi benar-benar puitis” Tajam sekali perlian Ummi.

Aku turut terkejut. Sememangnya ini tulisanku. Sememangnya ini suratku. Tapi....

“ Bagaimana?, Saifullah masih tidak mahu mengaku?” Ummi cuba memprovokasi.

Aku memegang erat surat itu. Sebentar kurenung wajah Atikah. Dia hanya tunduk tersedu-sedu. Kemudian perlahan aku menoleh kepada Ummi. Kutenung kedua biji matanya berani. Kedua biji matanya yang terselindung di sebalik cermin mata menentang kembali tenunganku. Sekali lagi dia mengangkat kening kirinya. Seakan isyarat untuk aku berkata benar.

“ Surat ini....” Aku mula mengungkap bicara.

Ummi menurunkan keningnya tanda sedia mendengar. Atikah berhenti tersedu lalu mengangkat muka memberi perhatian. Seakan aku hendak mengaku semua ini perbuatan aku.

“ SAIFULLAH!!!” Tiba-tiba satu jeritan kedengaran.

Aku segera menoleh ke arah pintu. Ummi yang terkejut pantas berdiri. Atikah yang berada di tempat duduknya juga terkejut apabila pintu itu menghentam dinding berdekatan dengannya. Amiri teman karibku berdiri dengan nafas yang turunn naik. Kulihat wajahnya yang penuh dengan amarah.

“ JAHANAM KAU SAIFULLAH!!!!” Pantas dia meluru ke arah aku.

Aku terkejut namun sebagai salah seorang yang menguasai Seni Tempur Tangan Kosong dengan amat baik, aku tidak menunjukkan reaksi takut. Amiri yang kukenali merupakan seorang teman yang amat baik. Memahami dan mengambil berat. Tetapi hari ini dia meluru kepadaku dengan mengepal kedua-dua penumbuknya.

Tumbukan sulungnya dilancarkan. Aku pantas menyendengkan tubuhku keluar dari pusat serangan. Tumbukannya tersasar. Namun Amiri juga merupakan ahli Persatuan Silat Gayung Malaysia, dia segera mengimbangkan tubuhnya dan terus melancarkan serangan yang kedua. Namun aku cukup bersedia. Dalam keadaan itu, kutangkap kemas penumbuk keduanya dengan tangan kananku. Melihat keadaan itu, Amiri menggunakan penumbukanya yang tersasar tadi untuk membuat gerak memancung dari atas. Sepantas boleh pancungannya itu kutahan dengan siku. Seketika pertarungan terhenti dalam gerak yang terakhir.

Kedua kami terkaku sebentar.

Ummi dan Atikah terlopong sedikit. Keduanya separuh menutup mulut mereka dengan telapak tangan. Terkejut dengan kehadiran Amiri yang tiba-tiba dan terkejut dengan aksi kami berdua.

“ Kenapa teman?” Aku bertanya lembut walaupun aku tahu jawapannya.

“ Kau tanya aku KENAPA?!!! Adakah kau dah lupa nama penuh aku jahanam?” Amiri menengking kasar.

Aku mengangguk. Nama penuhnya adalah Tengku Amiri Alimi bin Tengku Muhammad. Abang kedua bagi Tengku Liyana Atikah binti Tengku Muhammad.

“ Berani kau mencalari persahabatan kita selama ini?!!!!” Amiri terus menengkingku tanpa menyelidik.

“ Mana kau dapat cerita ni?” Aku bertanya lagi tanpa menghiraukan kemarahannya.

“ Jangan berdalih, Saifuddin yang memberitahu aku” Amiri menjelaskan.

Aku menghela nafas. Anak Kiai Salleh lagi. Aku hanya mendiamkan diri. Tak mampu berkata apa-apa. Hanya memakukan mataku kepada matanya yang sedang menjegil.

“ Berkawan hanya kerana ALLAH konon, sebenarnya kau rapat dengan aku selama ini hanyalah kerana nakkan adik aku!!!!” Rambang dia menuduh. Aku masih senyap. Apa yang mahu kukatakan kepada orang yang sudah hilang kewarasan?

“ Kau ingat bila kau dah rapat dengan aku, dah kenal lama dengan aku, kau boleh buat apa sahaja kat adik perempuan aku? Kau ingat taktik kau tu berjaya? Keji betul kau. Sandiwara sahaja rupanya persahabatan kita selama ini!!!!” Amiri menjerit lagi.

Pedih sungguh kata-katanya. Selama lima tahun kami berkenalan, menangis dan ketawa bersama, bersama-sama bermain dalam Pasukan Bola Tampar sekolah dan pernah duduk seasrama. Hari ini dia mengatakan semua itu adalah sandiwara?

“ Kau ingat kau tu dah bagus sangat ke? Dah layak sangat ke nakkan adik aku hah? Dah gian sangat ke hah?Eh, orang yang perangai macam kau ni tak setaraf langsung dengan keluarga aku lah. Jangan harap aku benarkan kau sertai keluarga aku!!!!” Amiri semakin menggila sehingga merendah-rendahkanku.

Sudah melampau jika dia mengaitkan taraf keluarganya dengan diriku.

“ Kalau macam ni, Saifuddin dan kawan-kawannya berkali ganda lebih bagus daripada kau” Amiri membandingkan pula diriku dengan empat paksi kejahatan.

Nyata sekali kewarasannya sudah hilang. Bukankah kami kawan karib. Rakan sepasukan? Aku meleretkan senyum. Senyum kecewa.

“ Boleh lagi kau tersenyum? CELAKA KAU SAIFULLAH!!!!!” Diamuk amarah yang menggila, Amiri menarik kembali kedua-dua penumbukanya pantas.

Bukannya mengakhir pertempuran, tetapi memulakan serangan baru. Tanpa memberikanku peluang membetulkan posisi tubuhku, kaki kanannya pantas menyerang. Aku segera menahan serangannya itu dengan telapak tangan kiriku. Dalam pada masa yang sama, sepantas kilat aku mendekatkan diriku dalam jarak yang paling hampir dengan Amiri. Terbeliak matanya terkejut dengan kepantasanku. Tanpa membiarkan masa berlalu walaupun sesaat, sejurus itu juga aku melancarkan tumbukan yang amat keras, berat dan padu. Tepat mengenai perut Amiri di bahagian pusat.

Mata Amiri terbeliak. Spontan dia terguling ke belakang kembali ke pintu. Mengerang dia kesakitan. Tergamam Ummi melihat aksiku. Menjerit Atikah melihat abangnya mengerang-erang kesakitan. Dia segera mendapatkan abangnya itu.

“ Apa yang awak dah buat ni Saifullah? Selama ni saya sangka awak ni orang yang baik, berbudi bahasa, berketerampilan, soleh dan ‘alim. Tetapi hari ini nampaknya ALLAH dah tunjukkan kepada saya siapa kamu yang sebenarnya. Semenjak saya menerima surat kamu itu, saya sering diejek oleh rakan-rakan. Kena gosip dan pelbagai lagi gangguan yang kurang enak. Hidup saya agak tertekan kerana direndah-rendahkan. Hari ini, awak pukul abang saya pulak?!!!” Atikah menjerit kepadaku.

Atikah juga tidak menyebelaahiku. Tertusuk kalbuku melihat wajahnya yang ayu itu kemerahan menangis dalam marah. Siapa sahaja akan menganggapku kasar dan melampau dalam keadaan ini. Tetapi aku tetap tidak akan membiarkan fitnah ini berterusan sebegini.

Ummi memandangku garang. Nampaknya Ummi juga marah dengan aksiku. Bibir Ummi mula bergerak menguntai kata. Takkan kubiarkan.

“ Ya surat ini saya yang tulis” Aku pantas memulakan bicara memotong kalam Ummi.

Nada serius menyelubungi suaraku. Ummi memandang telus ke arahku. Atikah dengan mata yang sudah merah diisi tangis melihat ke arahku geram. Amiri yang wajahnya berkerut turut menggagahkan dirinya menatapku. Aku tenang sahaja. Selagi aku benar, pasti ALLAH akan memihak kepadaku.

“ Tetapi saya tidak menulis surat ini untuk sesiapa. Jauh sekali untuk Tengku Liyana Atikah binti Tengku Muhammad” Aku cuba menjelaskan.

Suasana menjadi sepi. Hanya suara kipas di siling sahaja yang berbunyi.

“ Surat ini hanya saya tulis untuk meluahkan kepada bidadari hati saya. Ainul Mardhiah, bidadari syurga. Bukannya hina-hina perempuan di dunia. Saya hanya berkarya untuk diri saya. Bukan untuk siapa-siapa” Aku menguatkan lagi hujahku.

Perkataan sehina-hina perempuan menarik perhatian Atikah. Namun aku tidak menghiraukannya. Sebentar aku berhenti menarik nafas kemudian aku kembali menyambung bicara dengan memandang tepat kepada Ummi.

“ Salahkah saya Ummi berbuat begitu?” Aku sengaja melontar soalan kepada Ummi. Ummi diam sahaja. Renungannya kosong. Selepas menelan air liur, aku berbicara kembali.

“ Surat ini saya lekatkan di atas meja saya sebagai pembakar semangat, namun telah hilang beberapa hari yang lalu. Mungkin ada pihak yang ingin menabur fitnah kepada saya. Amiri juga maklum keadaan saya kebelakangan ini yang sering sahaja didengki” Kata-kataku membuatkan Amiri tunduk.

Aku yakin dia sedang menilai semula tindakannya yang melulu.

“ Sepatutnya tiada nama Tengku Liyana Atikah yang tertulis di surat itu. Jika Ummi perhatikan dengan teliti, tulisan nama Atikah adalah bukannya tulisan saya” Aku menyerahkan surat berwarna biru itu kepada Ummi.

Ummi mengambilnya dan menelitinya secara baik. Keningnya terangkat sedikit. Nampaknya dia sudah melihat akan kebenaran di sebalik kata-kataku. Seteliti mana pun Ummi, dia sudah tua. Pasti ada yang terlepas pandang.

“ Mungkin orang yang mencuri surat ini telah menambah nama Tengku Liyana Atikah dan meletakkkannya di bawah mejanya untuk memburukkan nama saya” Aku membuat satu teori yang tidak mustahil.

Ummi mengangguk-angguk perlahan. Nampak bersetuju dengan teoriku. Atikah menundukkan wajahnya. Amiri juga mengalihkan pandangannya ke arah lain. Mungkin malu.

Ummi memandang ke arahku. Aku sekadar menghela nafas lemah. Kini kebenaran dalam hal ini terserlah. Aku tidak bersalah. Tapi...

“ Tapi siapa yang buat agaknya?” Ummi bertanya secara mengejut. Giliran aku mengangkatkan kening. Entah. Aku pun malas hendak berfikir.

“ Malaslah saya fikir Ummi. ALLAH akan menentukannya. Saya yakin ALLAH tidak buta. ALLAH tidak akan menganiayai hamba-hambaNya” Kata-kataku membuatkan Ummi menghela nafas perlahan. Mungkin sesal sahaja tidak meneliti dengan betul-betul surat itu. Pastinya ada sekelumit rasa bersalah dalam hati Ummi dalam mengesyaki aku.

“ Sekarang saya sedang kusut memikirkan kehidupan saya selama lima tahun ini yang dikatakan hanya sandiwara sahaja. Saya juga hairan dengan diri saya, mungkin selama ini saya ni bukan saya” Aku memulangkan paku buah keras secara tidak langsung kepada Amiri dan Atikah.

Mereka berdua kujeling hanya menundukkan wajah.

“ Saya pun ingat nak senaraikan kembali siapa yang sebenarnya layak saya letakkan perkataan ‘sahabat’ atas namanya” Ummi hanya senyap sahaja.

Mungkin Ummi mengerti betapa kecewanya aku hari ini.

Aku meminta izin keluar. Ummi membenarkan. Terus sahaja aku melangkah meninggalkan Ummi, Atikah dan Amiri. Lafaz Alhamdulillah menggantikan istighfar. Syukur ALLAH membelaku. ALLAH tidak akan menganiayai hamba-hhamba yang berjuang di atsa jalanNya.

“ Betulkah apa yang kamu ceritakan?” Aku bertanya sambil memegang kedua bahunya. Abbas menganggukkan kepalanya. Aku melepaskan peganganku. Aku memandang keluar tingkap. Berfikir. Ada benar juga jika begitu.

“ Abang nak buat apa?” Abbas bertanya. Aku tersenyum melihat wajahnya yang kerisauan itu. Pantas kuusap rambutnya.

“ Jangan risau, tiada yang bahaya” Aku menenangkannya. Sejurus itu dia tersenyum. Pelajar tingkatan satu yang paling rapat sekali dengan aku ialah Abbas. Sampai ada sesetengah pelajar menggelarkannya sebagai adik aku. Sedangkan dia sudah punya dua orang abang dan seorang kakak di sekolah ini. Mengingatkan hal ini, aku tersenyum. Apa-apalah.

“ Abang akan membuatkan mereka mengaku apa yang mereka lakukan” Aku mengepalkan penumbukku menunjukkan kesungguhanku kepada Abbas. Dia tertawa kecil melihat gaya Malik Nor yang diragakan olehku.

“ Abang ni buat lawak pulak, orang serius” Abbas mencubit pipiku. Aku ketawa. Dia pun ketawa. Senang. Lapang betul. Penghuni asrama lain yang melihat keadaan kami berdua hanya tersenyum. Mereka memang sudah maklum hubungan kami yang rapat.

“ Baiklah Abbas, terima kasih kerana memaklumkan kepada abang” Aku mengusap kembali rambutnya seraya berdiri.

“ Abang nak pergi mana?” Abbas bertanya risau.

“ Abang nak jumpa...” Belum sempat kalamku habis, Abbas sudah memotong kata-kataku.

“ Abang nak jumpa siapa?” Kerisauan terpapar dalam riak wajahnya. Aku hanya tersenyum melihat kegopohannya.

“ Adalah” Ringkas aku menjawab. Merahsiakan matlamatku. Aku cubit pipinya menyatakan jangan risau. Selepas mengucapkan salam, aku terus melangkah keluar dari dorm. Keadaan luar yang gelap diamuk malam tidak membuatkan diriku mengubah fikiran.

Aku menarik nafas. Udara sejuk malam dapat kurasakan. Sambil berjalan menuju ke musolla, aku berfikir-fikir menyusun strategi. Langkahanku sengaja kulambatkan. Selangkah demi selangkah. Aku menggumam zikir perlahan. Dahulu Amiri pernah bertanya kepadaku, mengapa bibirku sentiasa bergerak? Aku sekadar menjawab zikir.

Sebenarnya keluargaku amat menekankan zikir. Sepanjang masa digalakkan menggumam zikir. Jika diperhatikan, keluargaku bukanlah dari kalangan orang senang. Ayahku hanyalah guru biasa dan ibuku hanyalah pekerja bawahan di Majlis Daerah Johor Baru Tengah. Kedua ibu bapaku tidak pernah berhenti berzikir. Jika mulut tidak diperlukan untuk bersembang, zikir, tahmid, tasbih, takbir dan istighfar akan menghiasi kedua bibir mereka.

“ Ala bizikrillahi tautma’innul qulub” Ayahku pernah mengingatkanku dengan ayat Al-Quran itu. Maksudnya, dengan menngingati ALLAH, hati-hati akan menjadi tenang. Segala kesusahan yang keluargaku hadapi kebanyakan dipermudahkan ALLAH. Segala rintanngan baik yang mengejut mahupun yang diketahui, semuanya dapat dilalui dengan mudah.

Kini keluargaku senang lenang. Ayahku sudah menjadi Yang Dipertua Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Johor dan ibuku pula merupakan Yang Dipertua Majlis Bandaraya Johor Baru Tengah. Aku amat terkesan dengan perkara ini membuatkan aku turut sentiasa mengamalkan zikir sepanjang masa. Tidak pernah lekang dari kedua bibirku.

Kesannya dapat kurasakan. Walaupun aku ditimpa dengan pelbagai masalah, aku tetap dapat mengahadapinya. Malah pelajaranku juga sentiasa cemerlang. Bukan kerana aku pandai, tetapi kerana aku rasakan segala soalan telah dipermudahkan oleh ALLAH.

Lamunanku terhenti apabila aku telah sampai di hadapan musolla. Kuamati Musolla yang dibuat daripada kayu ini. Membuatkan aku teringat sejarah penubuhan sekolah ini. 30 tahun lalu dibina oleh sekumpulan manusia yang ingin menyebarkan Islam dalam kehidupan masyarakat. Sekumpulan manusia yang merasakan perlunya pendidikan yang berteraskan ajaran Islam yang sebenar. Sekumpulan manusia yang merasakan perlunya kefahaman Islam diterapkan dalam jiwa anak muda yang merupakan tiang kepada negara.

Mengikut cacatan di Tugu Sejarah Sekolah, mereka mula membina bangunan musolla ini terlebih dahulu. Dengan bertiangkan kayu jati dari Pahang, musolla ini terbina sebagai tempat solah, asrama dan juga sekolah. Kini, sekolah ini gagah berdiri dengan mempunyai lima blok akademik, empat bangunan asrama, tiga buah padang permainan, sebuah dewan serbaguna dan sebuah dewan makan dua tingkat.

Air wudhu’ kuratakan di kaki kiriku. Wudhu’ selesai. Perlahanku melangkah keluar dari tempat berwudhu’. Berdiri sebentar di hadapan cermin. Pantulan wajahku kelihatan. Aku cuba tersenyum. Kulihat pantulan wajahku juga tersenyum. Manis. Air wudhu’ kelihatan bergayutan pada janggut nipisku. Aku senang. Selepas melihat keadaanku telah kemas, aku segera melangkah menaiki anak-anak tangga yang hanya berada bersebelahan dengan kawasan berwudhu’

Kulihat ruang sembahyang lengang. Yang kedengaran hanyalah bunyi jam besar di bahagian hadapan. Dalam kegelapan yang amat pekat, terpantul warna hijau yang jelas menunjukkan nombor-nombor jam. Segera aku menuju ke ruang imam. Kubentangkan sejadah perlahan. Tenang aku menarik nafas, berdiri tegak. Memusatkan pemikiran. Yang kedengaran kini hanyalah bunyi angin yang bertiup menghentam dinding musolla. Aku mencari ketenangan yang tinggi dengan memjamkan mataku. Tenggelam jauh ke dalam diriku.

“ Allahuakbar” Suaraku memecah keheningan malam.

Perlahan-lahan doa iftitah meniti di bibirku. Kuhayati. Rasa sepi. Bertemankan sunyi. Aku membayangkan ALLAH berada di hadapanku. Sedang melihat diriku berdiri di hdapanNya. Aku membaca sehingga sampai kepada ayat

“Innasolati...” Aku berhenti. Mataku mula bergenang. Sukar untuk aku mengungkapkan janji. Janji menyerahkan segaloa kehidupanku untuk Illahi. Bukannya tidak suka, Cuma takut tidak terlaksana. Kugagahi, kelenturkan lidahku berbunyi. Perlahan-lahan janji-janji meniti.

Sesungguhnya solatku, segala amal perbuatanku, segala kehidupanku dan matiku hanyalah untuk ALLAH RABB sekalian alam.

Aku cuba menghayati setiap huruf yang melancar keluar dari bibirku.

Surah Al-Fatiah menggamit sayu.

Puji-pujian kepada ALLAH RABB sekalian alam.

Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang.

ALLAH jugalah yang menguasai Hari Pembalasan.

Merayu aku meminta Dia menunjukkanku jalan yang lurus.

Jalan yang diikuti oleh orang-orang yang ALLAH redhai dan sayangi.

Bukanlah jalan-jalan mereka yang ingkar dan sesat.

Berderai air mataku. Tersedu-sedu. Aku mennyambung bacaanku dengan Surah Toha, surah kegemaranku. Perlahan-lahan kumembacanya. Kuhayati segala isinya. Seakan dibuai-buai manja, didodoi mesra.

Bacaan Imam Pertama Masjidil Haram masa kini, Solah Al-Bidir menjadi bacaanku.

Pengalaman Nabi Musa menyabarkan isterinya, api dilihatnya.

Langkahan kakinya penuh harapan.

Diseru api menggelar dirinya Tuhan.

Diarahkan membuka seliparnya di atas kawasan suci Wadi Tuwa.

Bayangan perjalanan Nabi Musa seakan terpapar dalam mindaku.

Api menjelaskan dirinya ALLAH RABB sekalian alam.

Musa diarahkan sujud dan beribadah kepadanya.

Mukjizat dikurniakan.

Tangan bercahaya silau mengundang kejutan.

Tongkat menjadi ular raksasa menakutkan.

ALLAH menenangkan.

Diarahkan Nabi Musa berdakwah kepada Firaun, Musa berdoa risau.

Mengharap ALLAH memudahkan kalamnya difahami, Melapangkan sempit di hati, dan mengangkat Harun saudaranya menemani.

ALLAH mengatakan segalanya diperkenankan.

Penuh kasih ALLAH membalas menyuruh Nabi Musa mengenang bagaimana ALLAH menjaganya sedari lahir.

Ibunya diberi petunjuk mengalirkannya di sungai.

Sungai mengalir ke istana Firaun.

Kemudian ALLAH berkata bahawa dengan kasih sayangnya, ALLAH jadikan Musa menarik rasa belas manusia yang melihatnya.

Menyebabkan musuhnya Firaun tidak bergerak membunuhnya.

Dengan penuh kasih ALLAH menunaikan janji.

Musa pulang ke pangkuan ibunya.

Yukabid gembira.

ALLAH mengingatkannya lagi tentang bantuan ALLAH kepadanya di madyan.

Sampai pada ayat ini aku tidak dapat menahan. Tangisku menjadi-jadi. Luasnya kasih ALLAH kepada hambaNya. Mengapa aku mesti bersedih?

Aku menangis. Luasnya kasih ALLAH. Aku tersentuh. Bahuku terhenjut-henjut. Cuba kutahan esakku agar tidak mengganggu solahku. Kuangkat takbir. Ruku’ kupanjangkan. Air mataku menitik. I’tidal. Turun kusujud. Dalam sujud, rasa kerdilnya diriku. Aku menangis lagi.

Solatku agak lama. Dalam sujudku yang terakhir, aku mengadu sungguh-sungguh kepada ALLAH.

Segala masalahku,

segala rintanganku dan juga segala harapan dan perasaanku.

Tiada rahsia antara aku dan ALLAH.

Kuluahkan segalanya,

Aku menangis dan menangis.

Inilah yang aku ingin jumpai.

Perasaan sebegini.

Seakan aku rasa dibelai kasih ALLAH.

Aku rasa ditenangkan.

Aku rasa disabarkan.

Aku rasa dibuai mesra oleh ALLAH.

Aku menangis lagi.

Saat tiada sesiapa yang ingin mendengar keluhanku, ALLAH berjanji akan sentiasa mendengar.

Selama mana aku mengeluh merintih, ALLAH tetap setia mendengar.

Tidak berasa jemu dan letih.

ALLAH berjanji akan mengabulkan segala doa.

Pasti doaku tidak akan diketepikanNya.

Selesai memberi salam, aku beristighfar. Aku duduk berteleku agak lama. Bermuhasabah diri. Mengimbau segala kejadian yang berlaku baru-baru ini. Nyata ALLAH mengujiku.

“ Ujian daripada ALLAH adalah tanda kasih sayangNya” Tergiang kata-kata senior kepadaku suatu masa dahulu. Aku menarik nafas tersedu-sedu. Kutadah tangan berdoa.

Dalam layaran permintaanku, aku memohon kepada ALLAH agar ALLAH membantuku dalam menyelesaikan masalahku. Aku juga meminta ALLAH menetapkan keimananku agar tidak jatuh tersungkur diuji masalah yang melanda. Aku juga mengadu kepada ALLAH akan masalahku dengan sahabatku Amiri, masalahku dengan Atikah dan juga masalahku dengan Saifuddin dan rakan-rakannya. Semua kuadukan. Bersungguh-sungguh seakan selepas ini tiada lagi doa untukku. Ya ALLAH berikanlah aku jalan keluar. Permudahkanlah segala urusanku.

“ Cukuplah Rasulullah, ALLAH mendengar doamu” Seketika aku terimbau kata-kata penenang Saidina Abu Bakr kepada Rasulullah apabila dia melihat rida’ baginda jatuh kerana bersungguhnya berdoa.

Ketika itu juga aku menutup doaku. Dengan selawat rindu kepada Rasulullah, aku menyatakan kepada ALLAH bahawa Dia telah berjanji untuk mengabulkan permintaan hambaNya yang berdoa. Dengan segala puji yang tertinggi untukMu ALLAH, perkenankanlah doa ini. Amin....

“ Kita hidup, selagi mana masih berada di atas landasan kebenaran, mesti tegak berdiri tanpa gentar” Ayah berkata kepadaku sewaktu latihan seni tempur.

“ Kita perlu yakin bahawa ALLAH sahaja yang kuat dan Dialah yang menguatkan kita. Jadi bila kita berasa lemah memikul kebenaran, yakinlah bahawa ALLAH yang akan menguatkan kita” Ayah berkata lagi.

Aku tunduk mendengar dengan taat. Ayah sesekali membetulkan kekudaku yang salah. Tanganku yang kurang kemas digenggam agar tegar. Ayah amat teliti dalam mengajarkanku ilmu mempertahankan diri ini. Setiap hari sejak aku berumur sembilan tahun, dia akan mengajarkanku pelbagai latihan. Kami hanya rapat ketika sesi latihan ini. Luar daripada masa latihan, dia jarang sekali bersembang mesra denganku.

Ketika latihan, mulutnya seperti air dalam memberi nasihat. Sekiranya aku mempersembahkan peningkatan yang memuaskan, dia akan membawaku pergi makan di luar. Ayah memang seorang yang sederhana dan amat memahami. Dia sering memujiku seandainya aku mendapat tempat pertama di dalam kelas dan juga menunjukkan peningkatan dalam seni tempur. Dia akan menjadi amat berang jika mengetahui aku melanggar arahan ALLAH dan menyalah gunakan ilmu tempur yang diajari.

Pernah satu ketika, ayah menggantung tubuhku dengan tali di atas siling rumah selama lima hari kerana membelasah seorang hindu. Aku hanya diturunkan ketika waktu sembahyang. Makan pun disuapkan oleh ibu. Seminggu aku tidak hadir ke sekolah. Salah aku juga mengutuk tuhan mereka, si hindu berang dan menyerang. Malang sekali dia amat capek dalam langkah pertempuran. Aku membelasahnya sepenuh kudrat hingga dia dimasukkan ke hospital akibat patah tangan dan kaki. Teruk ayah dimarahi keluarga hindu itu.

Dalam adik-beradikku yang terdiri dari tiga lelaki dan seorang perempuan, hanya aku sahaja yang diajarkannya seni ini. Bila aku bertanya mengapa dia tidak mengajarkan seni ini kepada adikku yang kedua? Ayah hanya berkata, “ Aku lihat kau cemerlang dalam pelajaran, tetapi sering disuruh duduk di rumah dan selalu disuruh melakukan kerja rumah. Aku anggap ini sebagai menghiburkan kau” Aku seperti hendak menangis mendengar kata-katanya. Ayah memang perihatin. Dalam tegasnya dia mendidik aku, dia tidak pernah lupa menghiburkan aku.

Aku dan adikku yang kedua hanya berbeza setahun. Adikku itu mempunyai tubuh yang lebih besar dan dia lebih cergas berbanding diriku. Kini dia seangkatan dengan adik halaqahku, Shaheran mengganggotai kumpulan hoki sekolah. Dia merupakan wakil negeri ke peringkat kebangsaan. Baru-baru ini Persatuan Hoki Kebangsaan telah menjemputnya menjadi penjaga gol pasukan kebangsaan bawah 18 tahun. Dia jarang bercakap denganku. Tetapi di dalam keluarga, dia amat murah mulut dan amat disenangi ibu bapaku. Bapa selalu sahaja bersembang dengannya begitu juga ibu.

Berlainan sekali denganku, aku hanya seperti patung di rumah yang menunggu arahan untuk melaksanakan keja. Ibuku sering memarahiku agar aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Mereka akan menjadi marah apabila melihatku berbaring-baring rehat. Mereka juga amat mengaharapkan aku dalam kerja rumah. Sidai baju, buang sampah, sapu rumah dan mengemas, semuanya diletakkan di atas bahuku apabila aku pung bercuti. Adikku yang keuda jauh sekali menolong. Malah ibu bapaku mnemberikannya kebebasan untuk keluar rumah tanpa had masa. Dia bebas sahaja berkawan dengan siapa yang dikehendaki. Aku menjadi cemburu.

Sewaktu berlatih seni tempur sahaja aku rasa damai dalam keluargaku. Ayah akan mengusap rambutku setiap kali selepas habis latihan. Walaupun ibu sering membebel menyatakan bahawa latihan itu akan menganggu pelajaranku, ayah sengaja buat tidak mengerti. Ayah kata, dia tiada anak selain aku di medan tempur. Aku menjadi terharu.

Pernah satu kali adikku cemburu lalu mencabar diriku bertarung. Dia berkata, kalau aku tewas, ayah mesti mengajarnya sama. Ayah hanya tersenyum. Dia membawa kami ke tapak latihan. Ayah menjadi pengadil. Mula sahaja pertempuran, adikku yang bertubuh besar dan sasa ini memulakan serangan. Namun ternyata dia kukalahkan dengan hanya satu buah sahaja tanpa perlu mengeluarkan setitik keringat. Aku ingat lagi bagaimana dia terpelanting jauh ditumbuk dengan tumbukan yang amat keras, berat dan padu. Ayah hanya tersenyum melihat anak keduanya itu tergolek jatuh ke arahnya.

“ Aku melebihkan kamu dalam pelbagai hal, aku tidak mengongkongmu melakukan kerja rumah dan belajar. Aku berikan kamu kebebasan berkawan dan berjalan. Abang kamu terkurung seperti haiwan dan hanya tinggal di rumah menunggu arahan kerja, aku hanya melebihkannya dan bersembang dengannya di medan ini. Apakah yang kau tidak berpuas hati dengannya? Aku tiada anak di atas medan ini selain dia” Kata-kata ayah menjadikan aku lebih setia berada di rumah dan melaksanakan pelbagai kerja yang disuruh. Walaupun hidupku kurang bebas, kurang mesra dengan ibu dan ayah, tetapi hidupku amat tenang dan damai. Aku tidak punya masalah sosial dan pengaruh rakan. Aku sedar, walaupun ayah dan ibu kurang mesar denganku dalam kehidupan harian, mereka sebenarnya amat mengasihiku.

“ Ingat, anak sulung ayah adalah yang terbaik sebagai contoh kepada adik-adik. Jika kamu sentiasa menjaga hak-hak ALLAH, ALLAH tidak akan melepaskan hak-hak kamu” Ayah mengingatkanku sebelum aku berangkat menyambung sesi pembelajaran selepas bercuti seminggu. Aku dapat merasakan betapa besarnya harapan ayah. Ayaha amat baik kepadaku. Mungkinkah ayah juga adalah sahabat?

Aku bangun dari simpuhan. Kulirik jam di tanganku, sudah pukul satu pagi. Lama sungguh aku mengelamun dalam gelap pekat malam. Seusai sahaja solah tadi, aku terkenangkan ayah. Mungkin sahaja ayah sedang mendoakan aku. Aku menjadi teringat kepada ayah. Satu hari dia pernah berkata,

“ Sahabat yang baik adalah sahabat yang kamu cinta kepadanya dan dia cinta kepadamu, sahabat yang kamu mendoakannya, dia mendoakan kamu” Aku tersenyum. Lelahan air mataku selepas solah tadi sudah kering. Aku melangkah beberapa tapak ke belakang menjauhi sejadah di ruang imam. Di situ aku berdiri tegak.

“ Semoga ALLAH merahmati ayah yang megajarku ilmu tempur, yang mencurahkan kasih sayangnya di medan itu, semoga esok aku akan mampu berdiri di atas kebenaran dengan berani dengan papahan doanya dan sokongan daripada ALLAH Yang Esa. Esok akan kuhabis segala masalah yang mencengkam diri dengan empat sekawan itu” Azam kusemat di dada. Berkobar api semangat membara. Aku bangkit dari kesedihan. Semoga ALLAH membantuku.

“ Saifuddin, boleh kita bercakap sebentar” Aku berkata lembut.

Saifuddin yang sedang enak memakan mee kari tersentak. Segera aku ditolehnya. Pastinya dia tidak menyangka aku akan duduk di sebelahnya. Wajahnya beriak gelabah.

Suasana di kantin sekolah amat sibuk sekali. Rehat bagi pihak lelaki dengan perempuan diasingkan. Pelajar perempuan mendapat waktu rehat setengah jam awal darripada pelajar lelaki. Apbila pelajar lelaki turun ke kantin untuk rehat, pelajar perempuan akan beredar masuk ke kelas menyambung pelajaran. Suasana yang terjaga dengan batasan syara’

Saifuddin hanya seorang hari ini. Entah mana lagi tiga orang rakannya. Namun inilah ruang yang memberiku peluang. Aku mesti mengambilnya.

“ Rasulullah kata, kita mesti beradab ketika makan. Mana boleh bersembang” Anak Kiai Salleh cuba melepaskan diri dengan lontaran hadithnya.

Aku tersengih. Kupegang kemas bahunya. Dia terkejut dengan tindakanku itu. Mungkin dia menyangka aku akan mengasarinya.

“ Aku tidak kata sekarang, selepas kamu makanlah. Aku tunggu” Mata Saifuddin terbeliak sedikit.

Mungkin sahaja gerun dengan kesungguhanku. Mee Kari yang tinggal sedikit itu dimakan perlahan. Mungkin membeli masa sementara menanti tiga orang lagi rakannya tiba. Aku faham akan taktiknya. Namun kubiarkan sahaja.

“ Saifuddin, kalau kau takut nak bersemuka dengan aku, macam mana kau nak bersemuka dengan ALLAH hari esok?” Aku mengacahnya.

Mee yang sedang dikunyah terus ditelan. Saifuddin melihatkku kembali.

“ Baiklah, kau nak cakap apa?” Saifuddin meletakkan garfu dan sudu kemas di atas meja.

Aku tersenyum melihat dia akhirnnya mengalah. Terus aku mengambil peluang ini bertanya.

“ Siapa yang curi surat aku ini?” Aku menunjukkan surat berwarna biru milikku. Saifuddin nampak terkejut.

“ Ma...mana aku tahu?” Saifuddin cuba menafikan.

Aku sudah menjangka. Tidak mengapa.

“ Ada pelajar yang nampak kau, Omar dan Ali mengambilnya dari atas mejaku” Aku cuba memprovokasinya.

Meruntuhkan benteng penipuannya. Dia kelihatan gelabah.

“ Apa bukti? Siapa yang pandai-pandai buat cerita? Fitnah tu dosanya lebih besar dari membunuh tau” Saifuddin cuba membela diri.

Dasar anak Kiai Salleh.

“ Ramai orang nampak. Kemudian ada yang melihat Karim menulis sesuatu di atas kertas itu. Dia tulis nama Tengku Liyana Atikah bukan?” Aku semakin hampir membuatkannya mengaku.

Saifuddin kini hanya mendiamkan diri. Dia cuba melarikan anak matanya dari ditenung oleh aku.

“ Untuk lebih membuatkan kau ingat, ada pelajar yang mendengar kamu berempat ketawa besar selepas melihat aku keluar dari pejabat Ummi. Pelajar itu mendengar kamu semua berkata ‘rancangan kita dah berjaya’” Aku kini memegang erat bahunya.

Kulihat dahi Saifuddin mula berkeringat. Dia cuba membuka mulut untuk berhujah, tetapi aku memotong kata-katanya.

“ Kalau aku bawa semua saksi, nahas kamu berempat” kata-kataku mematikan hendaknya untuk membuat penafian.

Saifuddin senyap sahaja. Peluh membasahi mukanya.

“ Eh Omar!!!!” Tiba-tiba Saifuddin menjerit kuat.

Tangannya menunjuk ke hadapan. Aku segera menoleh ke arah yang ditunjuk. Tiada kelibat Omar di situ. Aku tertipu.

Melihat aku leka seketika, Saifuddin menolakku kkasar. Aku hilang keseimbangan lalu jatuh ke lantai. Saifuddin berlari pantas membelah pelajar-pelajar lain yang sedang memenuhi kantin.

“ Takkan kulepaskan” Aku menyemat semangat dalam hati.

Pantas aku berdiri. Segera aku memecut. Berlari pantas mengelak semua pelajar yang menghalang laluanku. Fokusku hanyalah Saifuddin. Sebentar sahaja aku sudah berada di belakangnya. Namun larianku masih belum menyaingi Saifuddin. Saifuddin berlari menuju ke dataran utama yang terletak di antara Musolla dan Blok Akademik B.

Aku menambah kelajuan larianku. Aku semakin merapati Saifuddin. Beberapa orang pelajar lelaki dan perempuan berhenti melihat keadaan kami. Apabila Saifuddin sudah dalamm jarak setengah meter dariku, aku pantas menarik bajunya. Langkahnya terhenti mengejut. Saifuddin terjatuh. Aku turut berhenti.

Saifuddin termengah-mengah. Dia memandang kepadaku. Kulihat wajahnya penuh dengan peluh. Pasti masam.

“ Kau nak apa?” Saifuddin menyoal.

Aku tersenyum. Dia mengalah nampaknya.

“ Aku nak kau beritahu aku siapa yang aniaya aku dalam kes surat kepada Tengku Liyana Atikah?” Aku menyoalnya sekali lagi.

Dia tunduk. Nyata dia tahu keadaan yang sebenar.

“ Sebenarnya...” Saifuddin mula membuka mulut.

Kata-katanya akan membantu aku dalam membersihkan namaku. Aku menumpukan sepenuh perhatian.

“ SAIFULLAH!!!!” Satu jeritan nyaring kedengaran.

Sejurus itu kepalaku dihentam dengan sesuatu dari arah belakang. Aku gagal mengawal diri lalu terjatuh di hadapan Saifuddin. Mataku menjadi berpinar-pinar. Kerasnya benda itu. Ketika ini aku dapat mendengar jeritan pelajar perempuan. Kepalaku rasa hangat. Waktu inilah aku melihat ada cecair merah yang mengalir di atas tar. Kepalaku cedera. Sakit. Aku gagahi diri menoleh ke belakang.

“ Hei Saifullah, kau jangan cuba-cuba nak buat bagus ya” Dalam pandanganku yang kabur, aku melihat Omar gagah berdiri memegang sebatang kayu.

Saifuddin sudah berdiri di sebelah Ali sambil mengibas seluarnya yang berdebu. Perlahan aku bangkit.

“ Aku hanya bertanya kepada dia siapa yang menganiaya aku dalam kes surat kepada Tengku Liyana Atikah” Jelasku setelah dapat menstabilkan diri berdiri.

Darah masih mengalir. Kepala masih sakit. Namun kugagahi.

“ Heh dasar pengawas tak guna, apa kaitannya dengan kami?” Ali menengkingku.

Nampaknya mereka ini benar-benar ingin menegakkan benang yang basah.

“ Aku ada saksi kata kamu berempat yang lakuakan” Ringkas kata-kataku. Keempat-empat mereka terbeliak.

“ Si..siapa?” Karim bertanya gagap.

Jelas terpapar ketakutan di wajah mereka walaupun Omar dan Ali cuba berlagak tenang.

“ Buat apa aku bagi tahu. Sekarang aku Cuma nak dapatkan kenyataan daripada mulut kamu sahaja” Aku mula memprovokasi.

Nyata mereka kurang teguh.

“ Kita nak buat macam mana ni?” Ali berbisik kepada Omar.

Omar melihat kepadaku. Aku sekadar meleretkan senyuman kejayaan. Menjolok api kemarahannya.

“ JAHANAM KAU!!!!” Omar bertindak di luar dugaan dengan membaling kayu ke arahku.

Pantas kayu itu kutangkap. Gerak langkah pendekar memang sebati dengan diriku. Mereka berempat terkejut. Tidak menyangka aku mampu menangkap serangan Omar itu.

“ BAIK KAMU SEMUA MENGAKULAH!!!!” Giliran aku pula menengking mereka berempat.

Terkejut mereka ditenngking sebegitu. Malah pelajar-pelajar di sekitar dataran utama yang memerhatikan kami turut dilanda rasa terkejut.

“ KAMUKAN YANG MEMFITNAH AKU DENGAN TENGKU LIYANA ATIKAH?!!!” Suara aku menggegak gempita.

Lantang menghentam gegendang telinga mereka. Karim yang terkenal pengecut itu memasukkan jari telunjuknya ke dalam telinga. Semua pelajar kini berkumpul mengelilingi dataran utama melihat kami.

“ Apa kecoh-kecoh ni Saifullah?” Satu suara yang besar kedengaran.

Aku menoleh kebelakang. Ustaz Mahadzir. Ketua Warden Asrama merangkap Guru Pendidikan Islam.

“ Eh, kenapa belakang kamu berdarah ni?” Pantas dia mengeluarkan sapu tangannya lalu ditekapkan di belakang kepalaku yang cedera itu.

“ Omar yang lakukannya ustaz” Satu suara mencelah.

Aku menoleh ke kanan. Abbas.

“ Abbas, jangan dekat. Jangan campur hal ni” Aku menghalangnya dari terus melangkah mendekatiku.

Bukannya aku tidak suka. Cuma aku risaukan keselamatannya. Namun dia tetap mendekatiku.

“ Benarkah apa yang Abbas cakap Omar?” Ustaz Mahadzir meninggikan suarannya.

Memandangkan ramai lagi saksi di dataran utama yang melihat kejadian itu, Omar mengangguk lemah. Dia hilang sumber untuk mempertahankan dirinya.

“ Kamu nak bunuh dia kah?” Ustaz Mahadzir memegang bahu Omar keras.

“ Tapi Ustaz, dia yang kejar saifuddin dahulu. Saya nak tolong kawan saya aje” Omar cuba mempertahankan dirinya. Ustaz memandang kepadaku. Aku pantas membuka mulut membela diri. Tetapi Abbas terlebih dahulu memotong.

“ Abang Saifullah kejar abang Saifuddin sebab mereka berempat ni menganiaya Abang Saifullah dengan memfitnah dia menghantar surat kepada Kak Liyana” Petah Abbas memberitahu.

Ustaz Mahadzir menoleh semula kepada Saifuddin dan tiga orang rakan-rakanya. Semuanya tunduk tidak mampu berkata apa-apa.

“ Saya saksi mereka lakukan perbuatan itu ustaz. Malah saya ada lima orang lagi teman yang melihat perkara yang sama” Abbas menambah.

Saifuddin dan rakan-rakan terperangkap. Senyap tidak mampu membela diri. Wajah Ustaz Mahadzir menyinga.

“ Abbas, kamu pergi ke pejabat dan panggilkan Puan Halimaton. Kes surat ini adalah di bawah tanggungjawabnya. Bawa sekali lima orang teman kamu yang menjadi saksi untuk membuat kenyataan” Ustaz Mahadzir pantas mengarah.

Abbas segera berlalu. Aku menjadi risau. Pasti keselamatan Abbas akan terjejas. Mereka berempat ini pengawas pun berani dicederakan, apa lagi pelajar tingkatan satu.

“ Kamu berempat, tunggu sahaja hukuman kamu. Kami pihak sekolah sebenarnya dah lama memerhatikan kamu. Ini adalah perangai buruk kamu yang terakhir di sekolah ini. Selama ini, teknik ‘masa sebagai ubat’ disangkakan boleh menyedarkan kamu. Tetapi nampaknya kamu semakin hari semakin melampau. Ustaz akan pastikan kamu menerima hukuman yang setimpal” Garang Ustaz Mahadzir bersuara.

Tangannya tetap kemas memegang belakang kepalaku. Rasa kasih sayangnya tumpah kepadaku. Saifuddin dan rakan-rakan sudah mengunci mulut. Hari ini mereka tewas. Dalam diam aku menggumam tahmid. Syukur kupanjatkan kepadaMu ALLAH, doaku pasti Kau dengari, permintaanku pasti Kau kabuli.

Kamu baik ke?” Ustaz Mahadzir bertanya risau.

Aku mengangguk sahaja. Darah sudah berhenti. Aku pun boleh berjalan sendiri. Rasanya kalau tingkatan satu bolehlah ustaz papah, aku kan dah besar.

“ Terima kasih ustaz. Saya dah boleh jalan sendiri” Ustaz Mahadzir hanya tersenyum.

“ Baiklah, Ustaz akan pergi berjumpa dengan Puan Halimaton untuk melaporkan apa yang terjadi sebentar tadi. Mereka tu mesti diberikan peringatan” Ustaz mengangkat tangan lalu beransur pergi.

Aku membalas dengan mengangkat tangan kananku. Ustaz Mahadzir memang seorang guru dan warden yang baik. Aku amat sayang kepadanya. Dia seoranng guru dan juga warden yang berusaha keras dan tidak kenal erti rehat. Asrama yang besar diuruskannya seorang. Sememangnya inspirasiku dalam berusaha bersungguh-sungguh.

Saifuddin, Omar, Ali dan Karim telah dibawa oleh Ummi ke pejabatnya. Dengarnya tadi, Ummi ingin membawa Mudir sekali untuk mendengar penjelasan mereka. Entahlah Saifuddin akan keluarkan hadith atau firman apa pula untuk mempertahankan dirinya. Jika dikira, Mudir merupakan tok guru kepada Kiai Salleh. Aku tertawa sendiri mengenangkan nasib mereka.

“ Awak sakit?” Satu suara yang lembut kedengaran.

Mulus menyentuh gegedang telingaku. Jantungku berdegup kencang sekali. Aku menoleh ke arah suara itu. Tengku Liyana Atikah sedang berdiri di sebelah Amiri. Anggun wajahnya meniup mataku. Sejenak mataku tidak berkelip. Sepi.

“ Maafkan aku Saifullah atas kekasaranku hari itu, tanpa usul periksa terus menyerangmu” Suara Amiri menyedarkanku.

Pantas aku berlagak biasa. Aku berdehem sedikit mensatbilkan keadaan. Hampir sahaja syaitan berjaya tadi. Terpandang sekali tidak mengapa. Tetapi kalau sekali itu lama-lama, sudah berdosa namanya.

“ Tidak mengapa, aku pun minta maaf sama menumbuk kau sehingga terguling sakit” Aku memandang Amiri tepat.

Mataku kukawal agar tidak memandang Atikah. Istighfar kembali menari dibibirku senyap.

“ Sekarang ALLAH dah tunjukkan hal yang sebenar. Adakah kita masih bersahabat?” Amiri bertanya sambil menghulurkan tangannya. Bersungguh menyambung semula ikatan yang tergganggu.

“ Perkara yang terjadi menyedarkan aku akan betapa kasihnya ALLAH kepada hamba-hambaNya. Sahabat adalah mereka yang merapatkan diri kita dengan ALLAH” Aku berkata tersirat.

Amiri tersenyum memahami. Segera kusambut tangannya. Kami berjabat tangan mesra. Persahabatan yang diniatkan hanya kerana ALLAH, pastinya diredhai, pastinya dijagai, mana mungkin akan berhenti di tengah jalan jika noktah bidayahnya tepat tanpa disangkal. Amiri menarik tubuhku kepadanya. Dia memelukku erat. Mulutnya mendekati cuping telingaku,

“ Uhibbukafillah lillahi ta’ala” Perlahan dia berkata.

Berderai air mataku. Besarnya rahmatMu ALLAH.

“ Uhibbukafillah lillahi ta’ala aidhan akhi” Aku membalas.

Dapat kurasakan yang Amiri juga sedang mengalirkan air mata. Dalam keadaan itu. Mataku sempat mmenangkap wajah Atikah yang turut dibasahi air mata. Mungkin terharu.

“ Saya juga minta maaf atas kekasaran saya hari itu” Atikah bersuara lembut. Amiri meleraikan pelukannya. Aku mengesat air mata. Perlahan aku mengangguk.

“ Yang telah berlalu, biarkan berlalu. Itu pengajaran yang ALLAH hadiahkan kepada kita” Aku menjawab segan.

Wajahku kutundukkan ke bawah. Tak pandai aku cakap panjang-panjang kepada perempuan.

“ Sudahlah tu, aku minta diri dulu. Aku nak pergi ke pejabat asrama untuk ammbil handy plus. Luka ni kena tutup. Kalau tak berkuman” Aku cuba berundur.

“ Biar aku teman” Amiri ingin membantu. Aku tidak kisah. Lantas memulakan langkah meninggalkan dataran.

“ Tak payah susah-susah ke pejabat” Tiba-tiba suara Atikah menghentikan langkahanku.

Amiri menoleh segera kepada adiknya. Aku lihat Atikah mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Handy Plus!

“ Waktu Omar memukul awak, saya ada di koperasi. Bila dengar pelajar lain berkata yang awak cedera, saya risau. Jadi saya terus beli handy plus ni” Atikah menghulurkan benda itu kepada abangnya.

Amiri dengan cermat menampalkannya menutup luka di belakang kepalaku.

“ Terima kasih” Aku mengucapkan terima kasih dengan rasa segan.

Baik hati betul. Ambil berat juga dia dekat aku. Hish, aku ni. Apalah. Fikir yang bukan-bukan.

Pantas kuusir perasaan yang menganggu hatiku. Aneh perasaan ini. Sukar untuk kutafsirkn. Selepas mengucapkan terima kasih sekali lagi, bersama Amiri aku melangkah pulang ke kelas. Syukur kepadaMu Ya ALLAH. Sesungguhnya Kau memang benar-benar Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Pasti Kau tidak akan menganiaya hambaMu.

Hari ini masa pembelajaran dibatalkan untuk sesi pagi. Satu perhimpunan tergempar diadakan. Semua pelajar dikehendaki untuk berkumpul di musolla. Sebaik shaja aku sampai di atas musolla, mataku menangkap kelibat Ummi sedang berbincang dengan Ustaz Sya’ari. Kulihat Ustaz Sya’ari terangguk-angguk mengiyakan sesuatu.

Semua pelajar duduk mengikut barisan kelas masing-masing. Hanya empat pelajar sahaja yang tidak duduk. Mereka ialah Saifuddin dan rakan-rakan. Mereka berdiri di sebelah Mudir. Abang Irfan menjadi pengerusi majlis.

Setelah berucap kata alu-aluan dan memberikan beberapa nasihat yang berguna, Abang Irfan telah menjemput Mudir untuk berbicara. Mudir yang telah tua dengan tenang berdiri di tempat berucap. Selepas memuji-muji ALLAH dan berselawat ke atas Rasulullah, Mudir mula berucap mengenai pentingnya kita menjaga akhlak dan adab. Kata-kata beliau amat menyentuh hati. Suasana yang tadinya sedikit riuh menjadi bening dengan suaranya yang lembut.

Mudir berkata bahawa Rasulullah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia, justeru kita sebagai ummahnya sewajibnya mendidik diri untuk mempunyai akhlak yang mulia. Kata beliau, akhlak yang mulia sukar diraih. Namun sekiranya manusia berusaha, pastinya ALLAH akan memudahkan jalan untuk mendapaytkannya. Mudir membacakan firman ALLAH yang mulia,

“Kami tidak akan sesekali mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah apa yang ada di dalam diri mereka terlebih dahulu”(Surah Ar-Ra’d ayat 11)

Mudir juga berkata, syaitan pastinya tidak menyukai usaha manusia yang ingin mencari redha ALLAH dan ingin mengikuti sunnah Rasulullah. Mudir mengingatkan kami supaya sentiasa mengoreksi diri dan bermuhasabah. Setiap langkahan yang silap perlu diiringi dengan taubah. Mudir membacakan firman ALLAH kepada kami,

“Sesungguhnya ALLAH amat menyukai mereka yang sering bertaubat dan beramal soleh”

Justeru mudir berpesan kepada kami supaya sentiasa bergerak mencari redha ALLAH dan memahami deenNYA sekaligu mempraktikkannya. Mudir memberikan perumpaan sebuah batu. Batu yang sentiasa bergolek tidak akan sesekali dihinggapi lumut berbanding baatu yang tetap pada tempatnya.

“ Kamu adalah murid-muridku, semoga ALLAH meredhaiku hanya dengan memberikan yang terbaik kepada murid-muridku” Mudir menutup ucapannya dengan doa agar kami lebih kuat berusaha mendalami deen ALLAH dan mempraktikkannya.

Selepas mudir duduk, Abang Irfan menjemput pula Ustaz Sya’ari untuk memberikan ucapan. Ustaz Sya’ari berseloroh sedikit selepas memuji ALLAH dan berselawat ke atas Raasulullah.

“ Ustaz berdiri kat hadapan ni bukannya nak cakap panjang-panjang, tetapi ustaz nak jual roti panjang” Berderai tawa menggegar musolla. Ustaz Sya’ari kembali serius dengan mengingatkan kepada kami bahawa melanggar peraturan merupakan kesalahan yang amat berat. Malah Ustaz Sya’ari menyatakan bahawa peraturan sekolah kami adalah merupakan implimntasi daripada Al-Quran dan as-Sunnah. Bukan sekadar rekaan sahaja. Setelah menerangkan kepada kami beberapa perkara yang berkaitan dengan masalah disiplin pelajar, Ustaz Sya’ari memperkenalkan kepada kami empat sekawan yang sedari awal tadi berdiri di hadapan. Semua mereka sedikit tunduk.

Malu.

Saifuddin dan rakan-rakannya yang lain telah dijatuhkan hukuman gantung sekolah. Mereka juga telah disebat di khalayak ramai. Selepas peristiwa penganiyaan aku terbongkar, pihak sekolah dapat juga membongkar sekali segala salah laku yang mereka lakukan. Menurut kata-kata Ustaz Sya’ari sebagai guru disiplin sekolah, antara kesalahan mereka yang lain ialah,

1. Mengadakan perjumpaan yang terlarang dengan pelajar perempuan

2. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran

3. Merokok

4. Pergi ke pusat hiburan

5. Membawa bahan bacaan lucah

6. Mencederakan pengawas

7. Memecah masuk pejabat asrama

8. Merosakkan harta benda sekolah

9. Mencuri makanan di kantin

10. Bertindak biadap dengan guru-guru

Malah menurut Ustaz Sya’ari lagi, terdapat banyak lagi kesalahan yang tidak disebutkan di dalam perhimpunan itu. Mereka telah dikenakan tiga sebatan di depan guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah. Harapnya mereka sedarlah selepas ini.

Mereka akan digantung selama dua minggu. Esok pagi berkuat kuasa. Aku lihat muka Saifuddin mencemik selepas diisebat. Omar pula wajahnya merah menahan malu. Karim yang penakut itu menangis. Ali sahaja yang tenang. Memang anak tentera. Apalah sangat sebat tiga kali di punggung. Sebatan dilakukan oleh Sir Mohd Abduh yang terkenal dengan ketegasannya.

Sebenarnya sebatan itu tidaklah sakit sangat. Itu hanyalah sebagai peringatann. Guru memukul bukan untuk menyeksa. Tetapi untuk menyedarkan murid. Aku harap Saifuddin dan rakan-rakannya akan insaflah selepas ini. Setahu aku, kalau mereka melakukan kesalahan lagi, mereka akan dibuang sekolah.

Dalam barisan pelajar, aku dapat melihat wajah senior. Dia tenang sahaja. Tampak sihat. Lama juga aku tidak bersembang-sembang dengan dia selepas peristiwa dia menarikku hari itu. Kadang-kadang aku diamuk rasa bersalah. Tetapi egoku masih tinggi. Aku masih tidak mengerti mengapa senior menghalangku pada hari itu. Seakan-akan ada satu dinding yang mengahalang pemikiranku dari memahaminya. Kini Saifuddin dan rakan-rakannya telah dihukum. Bukankah itu satu petunjuk daripada ALLAH yang menyatakan bahawa aku adalah di pihak yang benar? Adakah masih aku yang bersalah kepada senior hari itu?

“ Nah,” Suara senior lembut menghulurkanku air soya.

Aku memandangnya kosong. Dia tetap berdiri di sebelahku dengan senyuman menghiasi wajahnya. Dia amat maklum aku menggemari air soya.

“ Ambil baliklah” Aku menolak perlahan air soyanya.

Hatiku masih terluka. Aku tiada kuasa hendak melayannya. Aku lihat cawan air soya itu tidak bergerak. Aku menoleh ke arah senior. Dia masih berdiri di situ dengan senyumannya.

“ Kan saya kata ambil balik?” Aku meninggikan sedikit suaraku sambil mengerutkan muka.

Senior tetap tersenyum. Dia memang terkenal dengan kesabarannya yang tinggi.

“ Masih marahkah?” Dia bertanya lembut.

Aku mendengus kasar. Tanda protes. Senior menghela nafas.

“ Apakah tiada lagi ruang untuk senior memberikan penjelasan dalam hati kamu?” Dia bertanya lagi.

Kata-katanya meruntun jiwaku. Hampir sahaja kelopak mataku bergenag. Namun riak wajahku mengawal seadanya. Egoku masih tinggi. Maruahku amat mahal sekali. Aku mengeraskan diri.

“ Tiada...tiada walau sedikit pun” Aku berkata ringkas.

Kemudian terus aku bangun dan berlalu. Meninggalkan senior keseorangan tanpa memberikannya peluang untuk memberikan penjelasan. Meninggalkan senior seorang ditemani kerumunan pelajar yang sibuk memenuhi kantin. Aku menuju ke musolla untuk solat dhuha. Dalam perjalananku, aku diamuk rasa bersalah. Pastinya senior terluka hati dengan kata-kata dan sikapku sebentar tadi. Ah, biarlah. Siapa suruh dia cari fasal hari tu, getus hati kecilku.

“ Abang teringat siapa tu? Kak Liyana ye?” Gurauan Abbas mengejutkan aku.

Rupanya-rupanya aku menggelamun di atas katil. Segera aku melihat jam tangan. Sudah pukul 6.30 petang. Wajah Abbas menggantikan memoriku bersama senior.

“ Hish, apa tiba-tiba Kak Liyana pulak ni?” Aku menyoal sengaja.

Nampaknya Abbas sudah pandai bergurau denganku.

“ Gosip-gosip ni tak baik tau, sama macam fitnah” Aku mengingatkannya.

Abbas tersenyum. Dia duduk di sebelahku. Tenang wajahnya melihatku.

“ Abang tak main bola tampar ke hari ini? dari sebelum saya pergi main lagi saya lihat abang baring atas katil?” Abbas mengubah topik perbualan.

Aku meretkan senyuman.

“ Tak ada apa-apa, sekadar berfikir” Aku menjawab ringkas.

“ Fasal apa?” Abbas bertanya.

Aku mula mencari alasan. Takkan nak bagitahu yang aku berfikir mengenai hubunganku dengan senior?

“ Adalah...” Aku menjawab rahsia.

Untuk mengelakkan aku dari berbohong. Baik aku sembunyikan sahaja. Wajahku selamba. Abbas memuncungkan mulutnya. Mungkin kecewa dengan jawapan aku yang dirasakan mengenakannya. Aku tertawa melihat wajahnya yang sebegitu.

“ Oh ya, Abbas malam ni free tak?” Aku bertanya mengubah topik.

Abbas memandangku semula. Mengangguk. Aku tersenyum.

“ Boleh abang ajak Abbas dating?” Perkataan dating mengundang tawa Abbas.

Aku tersenyum sahaja. Pastinya perkataan itu menimbulkan rasa pelik denngan orang yang mendengarnya. Tapi bagi aku dengan Abbas, perkataan itu sering digunakan kalau aku hendak membelanjanya makan selepas waktu prep. Kulihat Abbas mengangguk tanda setuju. Aku mengusap rambutnya lalu menyuruhnya mandi.

“ Bau busuk” Aku menyakatnya.

Pantas dia mencemikkan muka. Serupa, hatiku berdetik. Kalau dah adik beradik, pasti ada persamaannya.

“ Abang pun mandilah cepat, abang pun bukannya wangi sangat” Dia membalas dan terus segera menghilangkan diri.

Aku tertawa. Terkena jugak aku. Pantas aku bangun mencapai peralatan mandi dan menuju ke kolah belakang asrama. Bersiap untuk solah Maghrib.

Alhamdulillah. Segala kerja aku telah selesai. Aku menyusun buku-buku pelajaran yang bertimbun di atas mejaku. Aku juga memastikan segala peralatann pelajaran aku untuk hari esok tersedia lengkap. Aku tidak mahu menjadi orang yang bersedia pada saat terakhir. Sebagai seorang muslim, aku mestilah pandai menguruskan dan juga bersedia bagi menjadikan kehidupanku licin dan lancar.

Aku duduk sebentar di atas kerusiku. Melepaskan lelah dan letih selepas satu jam setengah menngulang kaji pelajaran dan menyiapkan kerja rumah. Dalam masa yang terluang, zikir ALLAH tidak kulupakan. Sememangnya aku ini kalau nakk diharapkan qiammullail, amat sedikit sekali. Justeru aku tidak pernah meninggalkan zikir bagi menampung amalanku. Aku harap ALLAH akan menerima amalku ini.

Dua bungkus Nasi Ayam Masak Merah kukeluarkan dari bawah meja. Semerbak harum bau makanan itu menggamit rasa laparku. Inilah makanan kegemaranku. Abbas juga amat meminati menu ini. Aku keluarkan sekali dua bungkus air Jus Epal. Minuman kegemaranku dengan Abbas. Banyak persamaan antara kami membuatkan aku rapat dan sennag dengan Abbas. Aku segera bangun dari tempat duduk. Memandangkan aku orang yang terakhir keluar dari kelas, aku memadamkan lampu.

Udara sejuk tangkas membelaiku sebaik sahaja aku melangkah keluar dari kelas. Kedudukan kelasku yang letaknya di tingkat tiga bangunan Akademik Blok C membuatkan angin bertiup kuat di sini. Aku mengambil peluang ini dengan menghirup udara malam yang sejuk sambil memandang ke padang hoki yang letaknya berhadapan dengan bangunan ini.

Malam ini kelihatan tenang dengan ribuan bintang di langit. Rembulan hanya menyembunyikan diri. Aku menghirup udara malam sepuas-puasnya. Dari tempat aku berdiri, aku dapat melihat padang hoki yang terbentang di hadapanku. Di sebelah barat, terletak bangunan kantin sekolah yang bersebelahan dengan bangunan koperasi. Jika berjalan ke atas sedikit, di situ terletaknya Bangunan Akademik Blok B, dataran utama dan musolla. Berdekatan dengan padang hoki, terletaknya dewan makan bagi pelajar lelaki dan perempuan. Di belakang bangunan dewan makan, tersergam bangunan empat tingkat asrama pelajar perempuan. Di sebelah timurku pula, terletaknya bangunan empat tingkat asrama pelajar lelaki. Di belakang bangunan asrama lelaki, ada sebuah padang bola yang besar. Gelanggang bola tampar pula terletak di sebelah kawasan tempat mandi pelajar lelaki. Kawasan tempat mandi terletak di bahagian barat asrama. Jika aku duduk di atas kerusi tempat belajarku, aku boleh melihat dengan jelas gelanggang bola tampar dari situ.

Aku menghirup udara segar lagi sambil memandang kosong ke arah padang hoki. Ketika itu juga mataku menangkap kelibat empat orang manusia sedang berlari pantas merentas padang hoki. Apa yang dikejar mereka? Aku memandang ke arah tujuan mereka. Aku lihat kelibat seorang manusia tetapi bertubuh kecil sedang berlari menjauhi empat orang tadi. Aku tidak dapat mengenal pasti siapa mereka. Aku melihat arah mereka berlari menuju ke arah tiang lampu. Pastinya lampu itu akan membantu menunjukkan siapakah mereka. Aku menunggu sebentar. Mereka pasti melalui sinaran cahaya lampu itu sebentar lagi.

“ Abbas?” Aku terkejut apabila kelibat manusia kecil yang berlari di hdapan itu adalaha Abbas.

Aku kehairanan. Mengapa dia berlari? Siapakah yang menngejarnya. Aku mula berasa tidak sedap hati. Namun aku bersabar dengan menunggu sebentar. Pastinya oarang-orang yang mengejarnya akan melalui sinaran cahay itu juga.

“ Saifuddin? Omar? Ali? Karim?!!!” Aku seakan tidak percaya. Abbas sedang dikejar oleh Saifuddin dan rakan-rakan.

Malah aku lihat dengan jelas Saifuddin dan teman-temannya membawa kayu sebagai senjata. Pasti Abbas dalam bahaya. Mereka pastinya berdendam dengan Abbas atas tindakan berani Abbas memecahkan tembelang mereka.

Bungkusan Nasi Ayam Masak Merah dan Jus Epal kulepaskan. Segera aku berlari pantas menuruni anak-anak tangga. Jantungku berdegup kencang. Risaukan keadaan Abbas. Tangga yang terakhir kulangkahinya sekaligus dalam satu lompatan. Aku berlari sekuat hati mengejar mereka berlima. Mereka berlari menuju ke dewan makan. Berdekatan dengan asrama puteri. Aku mempercepatkan lagi larianku yang sememangnya telah pantas. Aku tidak mahu apa-apa yang buruk berlaku kepada Abbas. Dalam hati aku berdoa, Ya ALLAH selamatkan hambaMu itu. Selamatkanlah adikku itu. Selamatkanlah sahabat kecilku itu!!! Hatiku menjerit.

Setibanya aku di kawasan dewan makan, sinaran lampu yang terbias dari asrama puteri membuatkan aku nampak salah seorang dari mereka sedang mengangkat kayu untuk memukul Abbas. Tanpa menghiraukan rasa penat aku mengejar mereka sebentar tadi, aku memecut sekali lagi. Pastinya sempat.

“BERHENTI!!!!” Aku menjerit.

Semua mereka menoleh kepadaku. Mungkin sekali terkejut dengan jeritanku. Rancanganku untuk mengalihkan perhatian mereka sementara berhasil. Pantas aku melompat sambil melayangkan sepakan. Terpelanting si pemukul dalam jarak dua meter. Jatuh tertiarap di atas tanah.

Aku segera berdiri membelakangkan Abbas selepas berjaya mengimbangkan diri. Aku lihat Omar, Ali dan Saifuddin di hadapanku. Nampaknya Karim yang tercampak tadi.

“ Abbas tak apa-apa?” Aku bertanya tanpa memalingkan wajahku melihat Abbas.

Bukannya apa, cuma takut Saifuddin mengambil peluang menyerang hendap.

“ Tidak, mereka tidak sempat memukul. Terima kasih abang” Abbas bercakap dengan nada termengah-mengah.

Pastinya dia sudah berlari dengan agak lama. Aku menajamkan pandanganku melihat Saifuddin, Omar dan Ali.

“ Kamus semua dah GILA KE HAH?!!!” Aku menengking.

Mereka bertiga tidak menunjukkan sebarang reaksi. Omar melangkah ke hadapan.

“ Memang kami dah gila. Lepas kena sebat hari itu, kami rasa bengang sangat kat budak ni yang mulut banyak. Hari ni kami nak habiskan dia” Omar berkata berani ala-ala gengster.

Reaksinya nampak menakutkan. Namun aku cuba mengawal ketenangan. Ketenangan kunci kemenangan.

Ali pulak melangkah ke hadapan. Dia menyuakan kayu ke arah wajahku.

“ Nampaknya kau datang sekali, bagus. Biar dengan kau sekali kami habiskan” Ali berbicara laksana pendekar. Tangannnya menunjuk garang ke arahku.

Apakah dia sedar apa yang dia katakan. Mereka seakan sudah hilang kewarasan.

“ Saifullah, semenjak kau jadi pengawas, semenjak Abang Khairul kena buang, semenjak kau jadi tumpuan orang ramai kerana memecahkan tembelang Abang Khairul, kami memang benci dengan kau. Jadi bersedialah menerima hukuman pada hari ini” Saifuddin pula mengambil peluang berbicara.

Nampaknya tiada lagi hadith atau firman ALLAH yang digunakan. Mana ada firman ALLAH menyuruh menegakkan benang yang basah.

“ MATI KAU HARI INI SAIFULLAH!!!!!” Omar yang paling hampir nekad menghayunkan batang kayu yang kelihatan keras itu.

Aku pantas mengelak. Saifuddin pantas menyertai pertarungan. Aku sedikit sukar menjangka pergerakan mereka memandangkan gelap malam mengahalang penglihatanku. Ali turut menyerang sekali. Satu lawan tiga. Tiga bersenjata, satu bertempur tangan kosong. Tidak adil langsung. Abbas sudah menjerit kerisauan. Aku menyuruhnya berlari meminta pertolongan.

“ Lari? Mana boleh. Kalau nak kena tikam, larilah” Karim si pengecut kulihat sedang berdiri bersebelahan dengan Abbas.

Entah bila dia sudah bangkit kembali. Pantulan cahaya menunjukkan pisau pemotong sayur yang sedang dipegangnya. Sudah gila sungguh mereka ini.

“ Kamu semua ini dah hilang akalkah? Kan berdosa begini” Aku cuba mengembalikan kewarasan mereka dalam gerak mengelak serangan Saifuddin, Omar dan Ali.

Namun mereka terus menerus menyerang tanpa menghiraukan kata-kataku. Memang sudah tidak waras lagi. Bersungguh-sungguh mereka menghayun batang kayu di tangan mereka. Memang benar-benar ingin menghabiskan riwayat aku pada malam ini.

“ Baiklah, kalau kamu begitu bersungguh-sungguh” Aku menanam tekad dalam diri.

Mereka ini mesti kuuruskan. Aku tidak boleh berbelas kasihan. Aku yang sejak dari tadi hanya berundur mengelak serangan berhenti melangkah secara tiba-tiba. Langkah Tempur Tangan Kosong kubuka.

“ Dah mengalah ke?!!!” Ali menjerit.

Pantas batang kayu di tangannnya dihayunkan ke arahku. Tiada belas kasihan langsung. Aku menampannya dengan siku. Batang kayunya terangkat sedikit melawan daya yang dikenakan. Mata Ali terbeliak. Tidak menjangka.

Omar pula menyerang. Tanpa membazirkan masa, aku segera menangkap kemas kayu milik Ali untuk menjadi pertahanan diriku dari pukulan Omar. Ali terdorong sedikit ke hadapan ditarik olehku. Batang kayu milik Omar pula terhenti apabila menghentam kayu Ali. Aku berkira ingin melepaskan sepakan padu kepada mereka, namun hajatku tidak kesampaian apabila melihat Saifuddin mara ke arahku.

Ketika ini juga Saifuddin menghayun ganas batang kayu miliknya menuju ke rusuk kananku. Aku segera mengangkat kaki kananku untuk memberhentikan kayunya. Betisku menjadi pertahanan.

Kayu milik Saifuddin dapat kutahan. Tetapi aku rasa kakiku seakan dicucuk dengan benda yang tajam. Tertusuk agak dalam. Sakitnya menjalar ke seluruh urat nadi.

Amat berbisa.

Aku melihat Saifuddin tersengih. Sebentar perhatianku lolos. Omar mengambil peluang ini dengan menendangku keras. Aku terpelanting terseret ke belakang.

“ Abang Saif!!!!!” Abbas menjerit.

“ Diam!!!” Karim memarahi.

Abbas kembali senyap. Aku sekadar mampu melihatnya dalam keadaan diriku sendiri kesakitan.

“ Aku punya kayu ada paku kat depan” Saifuddin menunjukkan aku hujung batang kayunya.

Gelap malam menghalangku menyedarinya tadi. Sakitnya menjalar ke seluruh tubuh badanku. Aku pantas berdiri. Namun langkahku sudah tempang sedikit.

Mereka kini memusatkan serangan ke arah kakiku. Aku cuba mengelak. Namun selepas serangan Ali dapat kuelak, serangan Saifuddin pula menyusul. Tujuannya ke arah kepalaku. Aku menunduk pantas. Ketika ini aku melihat kasut Omar pula menuju ke arah wajahku. Tepat!!!

Terpelanting aku jatuh ke tanah. Mulutku mengalirkan darah hangat. Sakit sekali. Nampaknya aku dalam bahaya. Mereka bergelak ketawa melihat keadaanku. Aku tidak dapat melawan. Seperti orang cacat. Semuanya gara-gara serangan culas Saifuddin yang menggunakan paku sebentar tadi.

“ Matilah kau hari ini Saifullah” Ali cuba menakut-nakutkanku. Mereka bertiga ketawa. Mungkin merasakan kemenangan sudah berada di dalam genggaman mereka. Aku berderam marah. Aku tidak boleh mati di sini.

Sakitku kulupakan sementara. Dengan mempraktikkan teknik sepakan gunting, Ali yang leka berjaya kurebahkan. Tubuhnya deras mengehentam bumi Aku pantas bangkit menyepak perut Ali yang mengerang kesakitan. Keras dan padu sepakanku tepat mengenai perutnya. Terpelanting dia menghentam dinding yang tidak jauh dari tempat dia jatuh.

Melihat keadaan ini, Omar melibas kayunya ke arah kepalaku. Sudah kujangka serangannya, pantas kutunduk. Omar terdorong ke hadapan. Momentum yang digunakannya menghasilkan inersia. Tanpa memberikan celahan masa kepadanya, aku segera menjamu perutnya dengan tumbukan yang amat pantas.

Omar mengerang kesakitan. Pasti senak perutnya. Dia menggeletar lalu jatuh terbaring di atas tanah. Sebaik sahaja aku mengangkat semula kepalaku, anak mataku menangkap hayunan Saifuddin. Segera kusendengkan tubuhku keluar dari pusat serangannya. Tersasar serangan Saifuddin. Aku menggunakan peluang ini menumbuk padu dadanya. Batang kayu berpaku pegangannya terlepas dan dia mengerang kesakitan di atas tanah.

“ Sekiranya kamu bertempur, musuh tiada akan memberikan belas kasihan. Jika kamu memberi belas ihsan, tiada belas kasihan bagi kamu” Pesan ayah tergiang-giang dalam corong memoriku.

Ayah mengajarku seni mempertahankan diri ini ketika usiaku sembilan tahun. Stamina, ketangkasan, dan juga kekuatan dilatih seiring tumbesaranku. Seni ini seakan sudah mendarah daging dalam kehidupanku. Ayah cukup serius dalam memastikan aku menguasai seni ini. Ayah kata, anak sulungnya mesti perkasa dan kuat untuk mempertahankan maruah deen Islam masa kini.

Ayah kata, aku merupakan salah satu penjuru dari penjuru-penjuru Islam. Musuh akan menyerang dari penjuruku, maka aku mesti memperkuatkan diri agar dapat menghadang musuh dari maju melalui penjuruku. Itu adalaah hadith yang ayah sering gunakan dalam memberikan motivasi untuk aku menguatkan diri.

Jika bertempur dengan musuh yang ramai, Seni Tempur Tangan Kosong memegang prinsip menghabiskan musuh dengan satu serangan. Oleh kerana itu aku sentiasa melancarkan serangan yang berat ke atas titik penting di atas tubuh musuh agar mereka tidak mampu menyerang balas dengan cepat.

Prinsip ini amat efektif, menjimatkan masa, menjimatkan tenaga malah memberikan impak yang dasyat kepada lawan. Momentum yang dikenakan dalam masa yang singkat akan meningkatkan kesan daya yang terjadi. Lawan akan menerima impak yang besar dalam masa yang singkat hanya dengan serangan yang ringkas.

“ Jangan cuba bertindak apa-apa, kalau tak aku pancung budak ni” Karim mengugut aku apabila melihat aku berjalan mara ke arahnya.

Saifuddin, Omar dan Ali sedang tertiarap kesakitan di atas tanah. Pastinya tidak mampu bangkit membantu. Dengan wajah yang berkerut marah, aku memakukan pandangan kepada Karim yang pengecut. Dalam keberanianku, sekelumit rasa risau kepada Abbas muncul. Risau jika Karim bertindak melulu. Aku mesti melakukan sesuatu.

“ Kalau kau pancung dia, jangan ingat ALLAH akan biarkan kau. Kau ingat dosa bunuh orang ni kecil ke?” Aku melancarkan perang psikologi.

Karim mula menggeletar ketakutan. Aku mengukir senyum tenang.

“ Nanti le....lepas ni aku tau....taubat lah!!!” Karim cuba mencari alasan keluar.

Aku meleret senyum. Berlagak tenang.

“ Kalau macam tu, kau takkan lepas dengan undang-undang. Kau akan ditangkap dan dihukum gantung” Aku mencuba lagi untuk meruntuhkan bentengnya.

“ Aku baru tingkatan lima...., ma....mana mungkin dihukum gantung” Karim membalas lagi.

Aku menggelengkan kepala melihat ketakutannya. Takut sehingga lupa umurnnya sendiri.

“ Kau tingkatan lima, tapi umur kau sembilan belas tahun kan?” Kata-kataku menyedarkannya.

“ Kes kau bukannya kes juvana lagi” Aku menambah lagi. Wajah Karim menjadi pucat.

Tangannya menggeletar lebih kuat. Pisau pemotong sayur di tangannya terjatuh. Kebenaran yang tidak dapat disangkal. Karim terjelepok melutut ketakutan.

Mendapat peluang, Abbas segera berlari mendapatkanku. Aku memeluknya. Alhamdulillah.

Sebenarnya Karim pernah masuk ke Pusat Tahfiz sebelum melangkah masuk ke sekolah menengah. Dia lewat masuk ke sekolah menengah selama dua tahun. Oleh kerana itu kini dia berumur sembilan belas tahun. Alhamdulillah sekali lagi kulafazkan. Seketika kurasakan suasana kembali tenang. Abbas kupeluk erat. Alhamdulillah.

“ JANGAN INGAT KAU DAH LEPAS SAIFULLAH!!!!!” Satu hentaman keras tepat mengenai bahagian kanan wajahku.

Aku tergolek di atas tanah. Abbas terlepas dari pelukanku. Darah meleleh keluar dari wajahku. Aku lihat Omar sudah bangkit dengan wajahnya yang menyinga. Batang kayunya dipegang kemas. Ali sedang memegang erat Abbas. Terkejut sungguh aku. Tidak sekali pun menyangka bahawa mereka mampu bangkit lagi. Mungkin sahaja kecederaan di kakiku menyebabkan seranganku kurang berbisa. Nampaknya tragedi ini masih belum berakhir.

“ Bagi aku pisau ni, kau ni memang tidak berguna langsung!!!!” Tengking Saifuddin sambil mengambil pisau di lantai.

Karim hanya tunduk menggeletar. Aku cuba berdiri. Namun Saifuddin lebih pantas memijak dadaku. Aku terlentang di atas tanah dibebani berat tubuh Saifuddin. Wajahnya dirasuk amarah menggila.

“ Hari ini, hari terakhir kau. Mengucaplah” Saifuddin hilang kewarasan. Dia memegang hulu pisau pemotong sayur. Mata pisau pemotong sayur diacukan kepadaku.

Aku menutup mataku. Berzikir memohon pertolongan. Saat-saat hidup mati ini begitu lama rasanya. Aku menyerahkan segala jiwa ragaku kepada ALLAH. Aku bertwakkal sepenuhnya kepadaNya. Nyawa aku milikNya. Yang hendak menarik hanya Dia. Malaikat maut pun tidak akan mampu mencuitku tanpa izinNya. Apa lagi Saifuddin.

“ MAMPUSLAH!!!!” Aku hanya mendengar jeritan Saifuddin.

Mataku kupejam rapat. Bukannya takut, sekadar persediaan menghadapi maut.

Abbas menjerit. Tetapi aku tidak melihat kerana aku menutup mataku. Hanya ALLAH sahaja yang menentukan. Aku hanya bertawakkal. Segala bunyi, jeritan Abbas, teriakan Saifuddin, semuanya lenyap sebentar. Hanya aku dengan ALLAH.

Titisan darah kurasakan mengalir perlahan. Hangat. Tetapi pelik. Tiada rasa sakit. Tiada rasa pedih. Tiada rasa perit. Perlahan-lahan kelopak mata kubuka.

Wajah senior berada betul-betul di hadapan wajahku. Dia tersenyum. Aku terkaku. Tidak berkkata apa-apa. Kemudian aku perasan ada aliran darah di hujung simpulan senyumannya. Mengalir perlahan melalui dagunya. Bergayutan sebentar kemudian menitis di atas tubuhku. Ketika ini baru aku perasan tubuh senior bermandikan darah.

Saifuddin kelihatan melutut terketar-ketar. Ketakutan. Abang Irfan memegang kemas bahunya. Aku mencari pisau pemotong sayur di tangannya, tiada.

Senior tertiarap jatuh di sebelahku. Aku terkejut.

“ SENIOR!!!!” Aku menjerit.

Pantas aku mengalihkan tubuhnya. Aku lihat di belakangnya tertusuk pisau pemotong sayur. Darah merah pekat mengalir berbau hanyir. Aku menggeletar. Tanpa berfikir panjang aku mencabut pisau pemotong sayur itu. Darah membuak keluar. Senior merintih sakit. Aku segera memangku senior. Aku yang biasanya tenang menjadi gelabah amat ketika ini. Abbas berlari mendapatkan senior dan aku.

“ Jahanam kau Saifuddin!!!!” Aku berdiri hendak membelasah Saifuddin.

Abbas kubiarkan memangku senior. Tetapi tanganku seakan ditarik. Aku lihat Senior memandangku sambil tangannya memegang kemas tanganku. Aku kembali memangkunya.

“ Ja....jangan, cu...cukuplah k...kau denga...ngan Ab...Abbas selamat” Sukar senior bercakap.

Kolam mataku mula bergenang. Aku mengusap perlahan rambut senior.

“ Jangan cakap lagi,sabar senior, rakan senior sedang telefon ambulan” Aku cuba menenangkannya.

Aku lihat bibir senior mengukir senyum.

“ Aku tidak.....ge.... gelisah mahu...pun takut, jan...ngan kau ri...sau” Senior gagah mengangkat tangan kanannya memegang kepalaku.

Kolam air mataku tumpah. Dalam saat yang sebegini, masih kurasakan kasihnya tumpah kepadaku.

“ Mengapa senior? Mengapa?” Aku menjerit.

“ Meng....apa .....apa?” Senior tenang sahaja memulangkan pertanyaanku yang tidak lengkap.

“ Mengapa senior selamatkan saya? Mengapa senior sanggup buat begini untuk selamatkan saya? Bukankah saya sudah tidak menghiraukan senior? Bukankah saya dah sakitkan hati senior? Kenapa Senior?!!!” Bertubi-tubi soalan kuluahkan.

Air mataku mengalir deras. Mengapa senior? Hatiku mengamuk tidak percaya akan tindakan yang dilakukan manusia dalam pangkuanku ini.

“ Se...seba...bab kamu sahabat, Saifullah. Sebab.... kamu adalah..... sahabat aku, bukankah.... seorang sahabat.... akan sanggup berkorban untuk..... menyelamatkan .....sahabatnya?” Lembut Senior menjawab.

Jawapannya menyentak hatiku. Tangisanku semakin deras.

“ De...dengar sini. Abang nak.... jelaskan kepada kamu akan tindakan..... abang hari itu” Senior menggagahi diri untuk berbicara.

Abbas menasihatkannya agar tidak banyak bercakap. Namun senior menggeleng. Dia berkeras untuk meneruskan. Aku hanya kaku. Buntu. Lantas senior membuka bicara.

“ Jika kau..... meneruskan penumbukmu..... pada hari itu, yang.... akan dianggap bersalah adalah kamu” Suara senior semakin perlahan.

Aku merapatkan telingaku dengan mulutnya.

“Malah, kalau nak diikutkan..... dari uslub..... da’wah, tindakan kamu nyata salah. ALLAH pula akan marah”

Seketika senior menarik nafas lagi. Nampak sukar pernafasannya.

“ Jika dihitung dari peraturan..... sekolah, bukankah pengawas.... dilarang mencederakan pelajar? Kau akan dipanggil..... menerima hukuman. Ibu..... bapa mereka akan datang men....cari kamu..... untuk memarahimu, semua orang akan.... ingat dengan..... kekasaran kamu” Aku sudah mula jelas akan sebab tindakan senior.

“ Pastinya kau.... akan menanggung.... sukar ketika itu” Tangisanku kini seperti perigi zam-zam, membuak deras tanpa henti.

Abbas turut menangis sepertiku.

“ Mana.... mungkin abang.... membiarkan sesuatu menyukarkan.... k...kamu?” Aku menggeleng lemah.

Tidak percaya begitu rapi sekali perkiraan senior. Begitu sekali dia mengasihi aku. Dia amat sabar sekali dengan perangaiku. Air mataku mengalir bercampur dengan darah yang meleleh di wajahku. Menitis jatuh ke wajah senior.

“ Bukankah...ka..kamu sahabat abang?” Lembut kata-kata itu terlontar keluar dari dua bibir senior yang penuh dengan darah merah.

Bukankah kamu sahabat abang? Bukankah kamu sahabat abang? Bukankah kamu sahabat abang? Kata-katanya yang terakhir itu menghentam-hentam perasaanku. Mencerut jantungku, merentap kasar hatiku. Beginikah manusia yang bergelar sahabat? Sungg...sungguh mulia. Aku.... aku dah bersalah. Aku dah bersalah kepada senior selama ini. Betapa mulianya hati senior.

“ Se...senior?” Aku menggerakkan tubuh senior.

Aku ingin mengucapkan terima kasih kepadanya. Tetapi senior tetap kaku.

“ Senior?” Aku memanggil lagi.

Senyap tanpa jawapan. Tiada balasan. Sepi.

Matanya telah terpejam rapat. Aku menggoyang-goyangkan tubuhnya. Tiada reaksi. Aku terdiam. Abbas melihatku, aku tidak berani menatap wajahnya.

“ ABAAAAAAAAAAAAAAAANG!!!!!!!!!” Abbas menjerit nyaring.

Dia menggoyang-goyangkan tubuh senior.

“ Abang bangun bang, jangan pergi dahulu bang. Abbas tidak mahu abang pergi, Abbas tak mahu abang sulung Abbas MATI!!!” Abbas berteriak hiba.

Senior merupakan abang sulungnya. Namun semenjak aku berkonfrontasi dengan senior, aku sudah terlupa akan hal itu. Rakan-rakan senior bersama empat paksi kejahatan yang telah kemas dalam pegangan mereka hanya tunduk melihat suasana ini. cukup meruntun hati, kalam bicara Abang Irfan turut terkunci.

Aku hanya senyap memangku senior. Air mataku terus mengalir. Ketika ini sayup-sayup kedengaran bunyi ambulan. Pastinya kenderaan itu baru memasuki taman perumahan di hadapan sekolahku. Sudah terlewat.

“ ABAAAANG!!!!” Satu lagi jeritan nyaring kedengaran.

Kini lebih nyaring. Aku dapat menjangka siapa. Tidak mustahil dia boleh muncul di sini. Kawasan ini hanya bersebelahan dengan asrama puteri. Aku tidak berani menoleh. Pemilik suara itu pantas duduk di sebelahku. Hilang rasa segan.

“ Saifullah kenapa ni?” Tengku Liyana Atikah bertanya gelabah.

Sambil menepuk-nepuk pipi abangnya yang kaku, dia melihat wajahku. Ada titisan jernih yang mengalir di pipinya yang putih.

“ Senior....senior selamatkan saya daripada ditikam oleh Saifuddin, akhirnya dia...dia yang menjadi mangsa” Jawapanku membuatkan Atikah terlopong.

“ Astaghfirullah” Dia beristighfar.

Tanpa menghiraukanku, dia pula yang memangku abangnya. Dia terus mennepuk-nepuk wajah abangnya sambil menangis. Ya, mereka sekeluarga. Aku buntu. Aku rasa kehilangan. Kehilangan yang taramat sangat. Sedu tangisku seakan memutuskan pangkal jantungku. Aku hiba.

Ambulan tiba. Ustaz Mahadzir yang baru selesai dengan urusan luar pulang serentak dengan ambulan. Dia amat terkejut dengan apa yang berlaku. Dia sungguh tidak menyangka Saifuddin dan rakan-rakan akan bertindak sejauh ini. Hilang segala letihnya. Hilang segala penatnya. Pantas sahaja tangannya menampar empat paksi kejahatan itu.

“ Kamu semua dah gila ke?” Herdiknya. Saifuddin dan rakan-rakan hanya tunduk. Sesal dahulu pendapatan. Sesal kemudian tiada guna lagi.

Ustaz Mahadzir segera menghulurkan tangan membantu paramedik mengangkat senior ke dalam ambulan. Aku lihat dia berusaha sedaya mungkin mengimbangi ketenangannya. Pastinya pelbagai perasaan bercampur baur dalam jiwanya sekarang. Sedih, penat, dan marah pastinya kolaborasi yang wujud.

Dia sempat juga melihat keadaanku. Dia menenangkan Abbas dan Atikah. Sebelum dia pergi bersama ambulan, dia mengusap kepalaku lembut dan berpesan jangan risau. ALLAH tidak akan menganiayai hamba-hambaNya yang berjuang di jalanNya. Aku hanya diam. Kelu tidak terucap.

Selepas ambulan pergi, polis pula tiba memberkas Saifuddin dan rakan-rakan. Pastinya Ustaz Mahadzir yang melaporkan. Perkara ini nampaknya tidak akan ada tolak ansur. Mereka berempat mesti mendapat hukuman yang setimpal.

Aku diarahkan ke balai polis untuk membuat keterangan atas apa yang terjadi. Namun Abang Irfan dengan rela hati menawarkan dirinya untuk menggantikan aku. Dia maklum dengan keadaanku yang tidak stabil dan kepenatan. Sebelum dia pergi dia juga memberikan pesanan yang sama seperti pesanan Ustaz Mahadzir.

“ Walaupun abang turut risau, kita sepatutnya yakin dengan kuasa ALLAH, terus berdoa” Dia mengusap rambut Abbas sebelum pergi. Abbas tersedu-sedu menahan esak. Aku sayu.

Ahli-Ahli Majlis Tertinggi yang lain sekadar menepuk-nepuk belakang tubuhku menyuruhku bersabar. Abang Zubair, Abang Hanifah, Abang Amru, dan Abang Luqman memberikan sedikit kata penenang.

“ Jangan kamu mengira kamu akan memasuki syurga selagi mana kamu tidak diuji sebagaimana ujian yang dikenakan kepada ummat sebelum kamu” Firman ALLAH itu menjadi kata-kata penenang mereka.

“ Kami juga risau, tetapi kamu yakinlah dengan ALLAH, ALLAH pasti akan menyelamatkannya” Nasihat Abang Zubair sambil menepuk-nepuk bahuku.

Aku membisu. Mereka meninggalkanku sebaik sahaja selesai menansihatkanku. Tinggal Tengku Muhammad Abbas dengan kakaknya sahaja. Mereka masih menangis dengan wajah yang sugul. Aku masih membatu. Aku buntu.

Aku tidak tahu hendak buat apa kini. Seakan dunia sudah teramat sempit bagiku. Seakan semua anggota badanku sudah lumpuh. Seakan jantungku sudah berhenti berdegup.

Aku buntu.

Menangis tiada henti. Menyesal yang sudah rugi. Sudah terlambat. Aku dalam hati mencaci maki diriku yang bodoh dalam menilai senior. Aku yang bodoh dalam memahami erti sahabat. Aku yang bodoh menilai ketelusan hati seorang insan bergelar sahabat. Aku memang bodoh. Bodoh. Bodoh.

YA ALLAH, apa Kau akan memberikanku peluang yang kedua?

“ Abang, nama abang siapa?” Soalanku itu menghentikan pergerakannya. Dia menoleh kepadaku. Mata kami bertentang.

“ Nama abang.....” Dia tersenyum misteri.

Manis.

Aku sedia mendengar.

“ Tengku Saifullah Al-Maslul bin Tengku Muhammad” Aku terbeliak.

Abang Amiri ke? Malah namanya serupa benar dengan namaku.

“ Sebab tu abang kata nama kamu hebat” Dia tersenyum kemudian pergi meninggalkanku.

Mataku mengekori langkahannya. Sekilas hatiku tertarik dengan peribadinya. Walaupun baru sahaja berkenalan, aku pasti dia akan membawa perubahan dalam hidupku. Hatiku terdetik sendiri. Kemudian aku tersenyum.

Bagus jugak ada orang sama nama dengan aku. Aku gembira sendiri.

Aku tersenyum sendiri. Abang Irfan merenung ke arahku.

“ Teringat apa?” Dia bertanya lembut.

“ Takde apa-apa” Aku berahsia.

10 tahun berlalu. ALLAH telah memberikan aku pengajaran pada hari itu. Aku lebih mengerti erti persahabatan dan sejauh mana persahabatan itu mampu pergi. Aku sedar setelah hari itu, persahabatan mampu menggapai pintu syurga, persahabatan juga boleh mengetuk pintu neraka. Memori lalu yang menggamit kembali pada hari ini amat menyentuh hatiku. Manis dan pahit bersatu. Aku diam seribu memandang kuburan di hadapanku.

Aku mengangkat jag air mawar. Perlahan-lahan aku menjirus air itu ke atas kubur. Airnya tumpah membasahi tanah yang menutupi. Air perlahan-lahan meresap ke dalam tanah. Sejak hari itu, aku mula prihatin kepada sahabat. Aku tidak pernah mengecewakan sahabat. Buku hadiah ayahku, Dengarkan Suara Hati telah kuhadam kefahamannya. Aku cukup tersentuh. Alangkah baik sekiranya aku menghabis bacanya sebelum peristiwa berdarah itu terjadi. Namun menyesal sekarang sudah tidak berguna. ALLAH sahaja yang mengetahui apa yang bagiku. Mungkin sahaja di dalam peristiwa itu terselit satu hikmah yang amat besar. Mungkin aku masih belum diberi peluang untuk memahaminya. Tetapi aku amat bersyukur ke hadrat ALLAH, sekurang-kurangnya ALLAH telah memberikan kepadaku pengalaman yang berharga.

Aku sekarang sudah bekerja sebagai pensyarah Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, tempat ayahku bekerja. Baru-baru ini, pihak sekolah telah menganjurkan program reunion untuk semua pelajar lepasan sekolah dari pelbagai generasi. Program yang berjalan selama tiga hari itu akan berakhir pada hari ini. Semuanya menggamit memori.

Aku mengungkap syukur kepada ALLAH yang memberikan aku peluang untuk kembali singgah di sini selepas sepuluh tahun berlalu. Peluang ini kugunakan untuk menyingkap kebodohanku akan pengertian sahabat. Apabila kembali di sini, aku seakan-akan melihat diriku yang sepuluh tahun lepas berjalan dengan kebodohannya. Cukup menyentuh hati mengenangkan semua itu.

Sekarang aku sudah dewasa. Aku sepatutnya memandang ke hadapan. Aku sepatutnya hanya sekali-sekala menoleh kebelakang untuk dijadikan pengajaran. Benar kata-kata pujangga, ‘Masa yang telah berlalu, selaju mana kamu berlari mengejarnya, ia tetap lolos untuk ditangkapi’.

Alhamdulillah, kurasakan ALLAH telah banyak meringankan bebanku dalam sepanjang kehidupanku. Selepas peritiwa itu, setelah aku sedar akan kedunguanku, aku mula berubah menjadi lebih serius dalam semua perkara. Aku akan pastikan masa yang berlalu itu berkualiti, dan aku tidak akan melepaskan peluang untuk menjalin hubungan persahabatan dengan sesiapa. Aku mengikat tali persahabatan dengan sesiapa hanya kerana ALLAH. Aku ingin mereka mencontohi akhlakku dan aku ingin mereka mencintai ALLAH sebagaimana aku. Aku ingin meraih pahala dengan menjadi qudwah hasanah kepada masyarakat sekeliling. Akhirnya hari ini, ALLAH telah meletakkan aku pada tempat yang aku kehendaki. Alhamdulillah.

“ Hai kamu berdua, termenung jauh kat kubur ni buat apa?” Terkejut aku dengan Abang Irfan.

Serentak kami berdua menoleh kebelakang. Berdiri seorang pemuda. Wajahnya bersih. Berpakaian putih. Dia berdiri dengan senyumannya yang berseri. Perlahan dia melangkah mendapatkan kami. Aku mengukir senyum melihatnya. Abang Irffan juga sama, mengukir senyuman manis.

“ Oh, senior” Spontan aku berkata.

Dia melebarkan senyumannya. Aku bingkas bangun berjabat salam dengannya. Abang Irfan menuruti perbuatanku. Senior kulihat tenang seperti selalu. Kami berdiri dan berbual-bual tentang beberapa perkara sebentar sambil diselangi senyuman dan tawa kecil. Sungguh indah. Sungguh mesra. Amat menyenangkan.

Aku amat bersyukur ALLAH tidak menarik senior pada hari itu. Imbauan kenangan sepuluh tahun yang lalu membuatkan aku ingat dan sedar akan penting serta berharganya seorang sahabat kepada kita. Senior banyak menyedarkanku akan hal ini. Senior selamat apabila diberikan rawatan kecemasan yang segera oleh pihak hospital. Namun aku amat yakin ALLAH yang menyelamatkan senior dan ALLAH telah memberikan aku peluang kedua untuk mengharagai dan memahami seorang sahabat.

Selepas peristiwa itu, aku bersungguh dalam menjaga senior dan memberikan sepenuh perhatian kepada senior. Aku tidak pernah berenggang dengannya malah membawanya bermalam di rumahku di Johor.

Ukhuwwah kami bertaut rapat. Akhlaknya yang baik, tutur katanya yang lembut, sabarnya yang tinggi dan ketenangannya yang kukuh semuanya tumpah dalam diriku. Benar kata senior dahulu, sahabat adalah bayangan diri kita. Aku amat menghormatinya. Dia menjadi qudwah terdekatku. Sehingga kini gelaran senior masih lekat padanya walaupun dia sekarang....

“ Abang, dah habis ke?” Satu suara lembut menyapa kami secara tiba-tiba.

Aku, Abang Irfan dan senior menoleh ke luar kawasan kubur. Tengku Liyana Atikah berdiri anggun bersama payung menahan bahang panas matahari. Abang Irfan mencuitku. Aku memandang Abang Irfan kembali dan menyikunya sedikit. Senior tersenyum.

“ Abang yang mana satu?” Senior bergurau.

Wajah Atikah menjadi merah.

“ Abang Saifullah Al-Maslul bin Abdurrahman Arshad” Tersipu-sipu dia menjawab.

Kami tertawa. Aku meninggalkan Abang Irfan dan senior apabila melihat Atikah memuncungkan mulutnya seakan merajuk kerana disakat.

Aku senang sekali melihat keadaannya. Pantas aku berlari anak keluar dari kawasan kubur untuk mendapatkannya. Tangannya kupegang erat.

“ Susah betul nama sama” Atikah merungut manja.

“ Itulah yang istimewa” Aku menjawab sambil mencubit lembut pipinya.

“ Sayang dah nak balik ke? Dah puas jumpa kawan-kawan lama?” Aku bertanya lembut.

Atikah sekadar mengangguk. Aku memandang kepada senior dan Abang Irfan.

“ Marilah kita pulang” Aku mengajak mereka beransur.

Senior dan Abang Irfan sekadar tersenyum. Mereka menggeleng.

“ Pergi dahulu, kami ingin duduk lama lagi di kubur Mudir ini. Kami juga ada banyak benda untuk disembangkan. Lagipun Kami pun tak nak kacau merpati dua sejoli. Bukankah kita sahabat?” Senior berkata riang.

Abang irfan sekadar tersenyum. Lama tidak berjumpa, pasti ada banyak cerita antara mereka. Ya, mereka juga sahabat. Pastinya ada banyak kenangan untuk dikenang bersama.

“ Ya, Ukhuwwahfillah abadan abada” Aku membalas sambil mengukir senyum.

Aku meninggalkan mereka sebaik sahaja senior dan sahabat karibnya itu kembali duduk di atas tikar dan berteleku di hadapan kubur Mudir. Aku dan Atikah beriringan berjalan meninggalkan tanah perkuburan. Suami isteri lah katakan.

Memang reunion yang baik. Lain kali aku akan sarankan agar reunion semua generasi pelajar sekolah ini diadakan dua tahun sekali. Barulah ukhuwwah muslimah itu terjalin erat.

“ Abang fikir apa lama-lama kat kubur Mudir tadi?” Atikah bertanya apabila melihat aku senyum sendiri.

Aku melihatnya. Lebih tepat lagi aku melihat wajahnya yang kini halal bagiku. Satu perasaan tenang membaluti jiwaku. Setelah berkahwin dengannya pada usia kami dua puluh dua tahun, baru aku sedar bahawa perasaan aneh yang selama ini menghantui diriku adalah perasaan CINTA. CINTA yang baik pastinya mempunyai pengakhiran yang baik. Hadiah daripada ALLAH buatku. Aku menggumam syukur setiap kali aku melihat wajahnya jelita.

“ Adalah, rahsia...” Aku menyimpul senyum sambil mencuit lembut hidungnya.

Dia mencemikkan wajahnya. Tetap ayu. Mengundang tawa kecil daripadaku. Dia turut tersenyum selepas itu.

“ Shuraish mana?” Aku bertanya.

“ Saya bagi kawan saya Nur ‘Awani jaga” Dia menjawab.

“ Bila lagi nak jalan dua-dua macam ni” Dia berkata lagi sambil melentokkan kepalanya di atas bahuku.

Manja. Aku tertawa lalu mencubit kembali hidungnya.

“ Macam budak-budak” Atikah tersenyum manis. Ibarat bidadari.

Shuraish anak kami, sudah berumur lima tahun. Kami membawanya ke mari untuk menunjukkannya sekolah kami. Moga-moga dia bila besar nanti akan ingin bersekolah di sini mereguk udara tarbiyyah yang telah mendidik kami. Anak kami yang kedua dan ketiga kami tinggalkan di kampung. Susah kalau bawa ramai-ramai.

Kami berjalan beriringan pulang ke sekolah yang letaknya tidak jauh dari kawasan kubur. Dalam perjalanan, betapa aku rasa bahagia dengan segala nikmat yang ALLAH berikan. Memang benarlah, ALLAH tidak akan menganiayai hambaNya yang berjuang di atas jalanNya.

Pengertian ukhuwwah dalam persahabatan yang mendalam. Sepanjang hidupku hingga ke hari ini, sahabat itu merangkumi semua. Ayah adalah sahabat, ibu adalah sahabat, yang lebih tua juga sahabat, yang sama umur juga sahabat, yang rendah umurnya juga sahabat, yang jauh daripada kita juga sahabat, yang dekat dengan kita juga adalah sahabat, malah beberapa hari ini aku dapati bahawa, isteri juga adalah sahabat. Alhamdulillah ALLAH memberikanku peluang merasainya, Alhamdulillah ALLAH memberikanku peluang menghayatinya dan Alhamdulillah ALLAH memberiku peluang untuk mengimbauinya.

Jika ditelusi dengan lebih jelas, ukhuwwah yang baik dapat memimpin seseorang ke syurga ALLAH. Semoga ALLAH memberikan nikmat ini kepada semua manusia.

Pastinya.

“ Sesungguhnya setiap mu’min itu bersaudara”

Karya ini adalah garapan cerita daripada suasana yang kualami, daripada pengalaman yang kutempuhi, daripada tumpahan ilham yang ALLAH beri, dengan segala rindu dan kasih dalam selawat ke atas Rasulullah S.A.W. yang kukasihi, segala puji bagi ALLAH yang memberikan kupeluang untuk meluahkan segala perasaan dalam karya ini. Semoga diri ini tetap diberikan kekuatan untuk mencoretkan lagi karya yang memberikan sumbangan kepada ISLAM.

________________________________________________________Laksmana Angkasa


Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template