"Amalan merayakan hari kekasih (Valentine's Day) tidak pernah di anjurkan oleh islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak islamiah serta di larang oleh islam."
Oleh itu, umat islam adalah di larang daripada melibatkan diri dalam meraikan hari tersebut.
Antara hujah-hujah mengapa kita dilarang menyambut Valentine's Day ialah....
- Sejarah Valentine's Day tidak ada dlm islam.Amalan, budaya dan hasratcperayaan ini mempunyai unsur-unsur kristian yang bercanggah dengan Islam.
- Dalam Islam tidak ada hari tertentu untuk meraikan kekasih atau kasih sayang.Islam sanagat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari dalam islam adalah hari kasih sayang.
- Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine's Day kerana amalan ritual keagamaan yang di amalkan boleh menggugat akidah Islam.
- Sekiranya seorang itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada seseorang pada 14 Febuarinbersempena dengan valentine, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah- olah meraikan konsep yang di bawa oleh Valentine's Day.
- Kebanyakan golongan remaja islam hari ini meraikan hari Valentine Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam.Gejala seperti kalau tidak di bendung akan merosakkan generasi umat islam akan datang.
- Nama sebenar Valentine ialah St Valentino, merupakan seorang paderi yan berpengaruh di zaman pemerintahan ratu isabella di Sepanyol dan juga merupakan orng terpenting yang telah menghancurkan umat Islam di Sepanyol.Oleh itu, Ratu Isabella telah menetapkan 14 febuari sebagai hari memperingati kemenangan Kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah olah dia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.
- Memang Islam amat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain.Tetapi untuk meluahkan rasa kasih sayang antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang di benarkan oleh syarak. Ia bukanlah menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dlarang dan maksiat.
- Sebagai alternatifnya, jika seluruh dunia berterusan menjadikan 14 febuari sebagai hari "percintaan rasmi" dengan pasangan mereka, marilah kita umat islam menjadikan setiap hari sebagai bersatunya ukhwah mukminin sesama mukminin dan mukminat sesama mukminat. Dengan memperkukuhkan ikatan ukhuwah, kasih sayang dan mencintai Allah dan RasulNya, demi menghadapi pakatan musuh Islam yang bertaanggungjawab menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol, serta pada massa yang sama mendeklamasikan penentanagn umat Islam kepada syirik dan penzinaan tajaan musuh-musuh Islam zaman berzaman...
0 comments:
Post a Comment